Tuesday, March 31, 2009

A Quick One...

Just a quick one before i go off for a meeting.

Tu kat bawah tu, i tried this scrapblog thingy. I wanted to paste a scrap-page-photo-thingamajig but ended up that that scrapblog page uploads it in slide format. Isk.. Tak rock la. Heh.

Came across this beautifully written site. At least for me la. The writer's writings were witty and i find them amusing. Lifted me up a bit after an entah-apa-apa memo i received this morning. Cis.. celaka betul.

Anyways.. that blog kinda make me frisky.. Heheh.. is it the blog, or is it the supplement i'm taking? Hmmm... *purrrrr...*

And... off i go to the meeting. urgh. KSU chair pulak tu. Sigh!~
Getting My Hands On Scrapbooking

Let see what happens...

Thursday, March 26, 2009

Nightmare

Last night, sarah fell asleep in front of the tv. I joined in, lying down beside her while watching CSI. When CSI was over, i flipped to Awani. The results for Puteri Wing was announced. As the names were being called out, i drifted to sleep. Suddenly i woke up, like you do when you had a nightmare. Guess what had woken me up? Heh. When the winner for Pemuda's Top Post was announced.

Just goes to show what the perwakilan pemuda are made of. Lembaga tataterib terang2 kata terlibat politik wang, tapi dipilih jugak.

Sigh!~ Murah sangat maruah sampai boleh dijual beli.

The Malaysian politics.

Tuesday, March 24, 2009

Long Postponed Update

Just to update on sarah's birthday piccas... Thanks to KC for the luvly pics of the birthday.




Friday, March 20, 2009

Jatuh Kerusi!!

Sarah, sarah... Semalam, aku kena pergi parlimen, half day dah di sana, cikgu sekolah dia call, tanya kalau aku boleh datang skolah tgk sarah. Dia kata sarah jatuh kerusi. Aku dgr suara cikgu tu quite calm and collected, so aku pun takdela rasa macam panik sangat. aku gi parlimen tak bawak kete, tumpang member ofis. So nak balik, kena call kete pejabat la. dah kaw tim dgn officer parlimen dgn akak sorang ni, kitorg pun call la driver.

Driver plak call tak angkat2. Pastu cikgu call lagi, minta IC number aku. Dia kata dia kat spital.. HUaa.. mula dah aku menggelabah semacam. Nasibbaik masa tu driver dah dapat dihubingi. Tak lama lepas tu driver sampai. Tapi sementara tunggu driver tu, cikgu dia sms kata dr dah check and kata tak perlu xray. Phew!~ Lega sikit.

Sampai balik ofis, terus amek kete and gi skolah dia. Tengok dia elok je main2 n nakal2 macam biasa. Cikgu cerita la... dia duduk kat satu sofa single seater dalam bilik tu. Cikgu dia paling ke belakang kejap nak buat susu. Tiba2 jatuh. Headfirst tapi sideways. Cikgu check balik from cctv recording. Cikgu dia dah panic2 sampai nangis2. Cakap kat headmistress pastu diorg bawak gi klinik. Since sarah tak nak dicheck oleh dr kat situ, dia refer gi hosp putrajaya ni. PErgi la spital. by the time, sakit pun dah kurang kot, sarah pun dah ok sikit. Dr pegang and picit2 sikit kepala tanya sarah does this hurt? Dia kata "No". Dr pun pandang lain macam je kat cikgu dia yang dok nangis. Heh. Macam macam.

Jatuh2 ni.. part of growing up la, kan? Aku tak salahkan skolah tu. In fact aku appreciate diorg inform aku and bawak anak aku gi checkup straight away. Sarah, sarah...

Malam tu pulak, Dan drove myself and sarah pergi amek cake, haritu order untuk nikah Siti Nor, my cousin on my dad's side. Cousin kedua from that side yang nak kawen. Lepas amek cake tu, daddy terlanggar kete org masa reverse kete. Sikit je, org kete lagi satu tu pun kata takpe. But daddy being daddy, he was very upset about it. Dia dok la membebel2 over that incident. And anakku yang prihatin ni tanyala daddy dia "What's wrong daddy?" Quite surprised by her keprihatinan. Hehe. So proud of her.

Thursday, March 19, 2009

I'm Backkkk...

Salam kengkawan... Terima kasih kerana memeriahkan kapet ku di sebelah itu. Syok je balik2 tgk kapet meriah!! Yeay!!

KDilla : Aku pun jeles gak kat Nurul sbb dia kurus gilak. Huhu.. Anak dah dua tu.. Takleh jadi nih.

Alqas : Aku baru masuk opis harini and tengok mcm ada kecoh2 dekat padang tepi office. Baru tau ada belon udara panas thingy... Meh la tengok. Aku pun tak tgk lagi...

Nura : Menten montoks.. janji hubby kata best. ;)

Azeno : Waw... body cun pakai PB ye. Isk.. aku ni kalau beli buat perhiasan je kang dalam lemari tu. Sigh!~

Azanie : Ko pun nak gi nipon gak ke??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, pagi selasa yang lepas, aku telah selamat sampai balik ke Mesia. Misi jaringan antarabangsa ku telah berjaya (aku la rasa berjaya. Heh.) Dapat jugak aku peluang menjejakkan kaki ke bumi Paris. :D

Aku pergi khamis malam. Sampai jumaat awal pagi, dalam 5.30 macam tu. Driver amek, hantar gi hotel kat St. Germain Des Pres. Check in then lepak jap sambil bfast, pastu dah kena pergi expo ground for conference, perasmian dsb... The first day segala2 mcm terlupa. Biskut kering yang aku bawak buat bekal masa lapar pun terlupa.. so lapar la sampai dalam kol 5 petang, baru dapat makan. Makan KFC kat Paris... haha.. tak sedap pun. Org embassy kata KFC kat Paris halal sbb owner franchise dia Arab. Kitorg pun kira halal la labu... Masa beli pun tgk ada gak org pakai tudung membeli.. so halal la tuh...

Malam, jalan2 kat area hotel. Hotel ni dekat dengan Notre Dame. Happening gak la situ malam2. Aku rasa makan kat Paris tak masalah sangat. Org Arab/Lebanes/Tunisian ramai kat sana. So malam, kitorg makan kebab dengan pita bread. Besar gila satu helping. Harga pun, kalau ikut currency sana tak mahal la. Dalam 5 Euro dapat la satu kebab tu. Sengkak perut la makan kan. Kalau convert, jadikla dalam 20 hengget. Iskk..

THe next day, cadangan awal nak pergi balik ke expo and buat kerja. Tapi memandangkan hari ahad banyak kedai tutup, bos kata kita work smart. Kita keje hari ahad, hari sabtu masa kedai bukak, kita jalan2 shopping apa yang patut. So, lepas breakfast (breakfast dia sangatla simple.. roti dalam 3-4 jenis, butter, jam, coffee, yoghurt, cheese - 10 Euro. Huh.) kitorg pun memulakan perjalan. Pergi Gallaries Lafayette, the biggest shopping mall kat Bld. Hausmann. Tengok je la kan. Kalau ikut hati, gatal je nak beli LV ke Furla satu.. tapi otak kata jangan buang duit.. sekarang ni recession, kena menabung.. so dapat cuci mata pun jadi la...

Lepas tu, pergi pulak ke Champs Ellyssee. Jalan la dari area Zara sampai la ke Arc de Triomph. Ada la beli barang sket kat Zara sbb murah la compared ngn kat sini. Makan kat McD.. fries dengan berry yoghurt. Pastu sambung pulak, ke makam Napoleon dan seterusnya ke Eiffel Tower. Tapi tak naik pun tower tu. Beratur panjang. Malas la. Lagipun Menara KL pun tak naik lagi. Heheheh.. lagi tinggi Menara KL tu. :p Malam, sambung lagi souvenir shopping kat area hotel tu. Huh.. AS i said earlier, murah la kalau ikut currency sana. Tapi kalau convert... sigh!~

Ahad, mula bekerja. Pergi expo, buat market intel dari pagi sampai petang. ADa satu booth ni, jual lingerie. Cantik, flirtatious dan murah! One set dalam 28Euro, taht is around RM 140 la lebih kurang. Kalau kat sini yang serupa macam tu punya style, dapat bra je... Heheh. Yang bestnya, dalam goodie bag, diorg bagi thongs satu. Pergi kedai diorg dia bagi set chemise dgn boxers pulak. Pastu sbb dia tak menjual haritu, dia bagi kitorg amek mana2 set.. free! Aku memula mmg ingat nakbayar.. Lepas dia pack2, dia kata tak payah bayar.. So dapat la aku 2 set underwear free.. Best!!!

Petang tu, balik dr ekspo, kitorg singgah ke Louvre Museum. Malangnya, dah tutup. Tapi masuk je la kan... Sampai ke ticket counter je la. Malam, kitorg amek pakej cruise at the Seine river and cabaret performance at the Crazy Horse. Heh... Crazy. Aku sorang je pompuan bertudung. Aku pergi ngan bos aku n another bos from our agency. Hehehhe... Biasa je la.. Takleh lawan PatPong punya experience. :p Tapi, it's good to note that some of the showgirls pun ada cellulite gak. :p Heh. That's a relieve! Tapi cun la diorg.. Isk.. Termotivasi utk kurus semula!! Nak buat crazy horse show kat hubby... Wahahahahaa....

THe next day, it's time to go home. Malam tu pulun tak tidur, kononnya dalam flight nak layan tidur la. Hampeh.. tidur 3 jam pastu terjaga. Huhuh... Sampai2 tu bengong.. Dan amek, balik rumah mandi2 pastu tidor..... Samapai petang amek sarah dari school.. Rindunye kat sarah. Kat sana tengok budak2 all bundled up (sbb kat sana still agak sejuk, transition into spring) sangat comel.. dan aku mesti teringat kat anak aku. Huhu... Semalam aku cuti sehari sbb aku rasa masih weng. HArini masuk office tengok surat jemputan mesyuarat atas meja. Hadeyyy... Lepas ni buat report.. minggu depan bos masuk dia buleh check.

Sebelum2 ni yg bz gile tak sempat nak memblog ni la keje aku, prepare utk mission. Bulan ni ada 3 mission jalan at around the same time. Sekarang ni, 2 sets of colleagues takde, sorang gi Dubai, lagi satu kat washington. MInggu depan baru ketemu semula.

Nak update gambar.. tapi menyampah connection slow. Nanti la ye. Gambar sarah punya bay pun tak update lagi.. Sigh!~

Wednesday, March 11, 2009

Nose Bleed

Last night masa baru lepas terjaga dr tidokan sarah, ingat hati nak packing barang la.Barang2 dah asing2kan dah, cuma nak susun cantik2 dalam beg je.

Dalam dok fikir2 apa lagi yang nak bawak, tetiba terpandang sarah, nampak ada darah menitik dari hidung dia. Masa tu dia tidur lagi. Pastu dia mula meresah2 dan terbangun... Pastu agaknya dia tak selsa hidungberdarah, dia lagi la hembus. Lagi la berhambur darah. Huh.. aku pun apa lagi. Panik la juga nengok darah yang agak banyak tu. Baju dia kena darah. Pastu dia dok sondol2 kat aku, dengan baju aku sekali berdarah2. Isk. Dalam kaget2 tu aku bawak dia pegi bilik air. Berdirikan dia. Aku picit hidung dia marah. Dah la dia tengah mamun2 kan. Sian dia. Tapi masa tu aku tengah panik sikit. Sarah pulak dok blow hidung dia. Aku pun dah meninggi suara la, panik punya pasa. Mana taknya, lagi dia hembus, lagi banyak darah. Huhu. Aku cakap kat dia, don't blow your nose. Relax, be calm. Heh. Masa tu aku cakap kat sarah. Tapi aku rasa aku cakap kat diri aku tu... Pastu dia cam dah stable sikit, aku dukung dia and riba. Kasik dia upright sikit. Pastu dia dah mula tidur balik, walaupun cam ada darah lagi sikit2. Kejap lepas tu dah takde darah dah. Tapi aku nak kesat2 pun dia tak bagi...

Yang pelinknya, kenapa tiba2 hidung dia berdarah? Tak pernah jadi pun sebelum ni, eventhough dia pernah demam sampai 40deg C before. Tu yang merisaukan aku. Takut gak.. ada internal bleeding ke, haemorrage in the brain ke hape ke. Bukan aku mintak, tapi risau la.. anything can cause it kan? Aku check lagi telinga ke, mata ke, takde pulak berdarah. Huhu.. nak kata denggi berdarah, dia tak demam pun.... nauzubillah, moga dijauhkan dari benda2 macam tu. Biar la anak aku sihat wal 'afiat.

Huh. Lagi berat hati aku nak pergi....

Tuesday, March 10, 2009

Update

Weekend yang panjang.... Aku nak update blog ngn gambar sarah.. tak sempat. Huhuh. Ari sabru kena datang keje.. walaupun kejap je, dalam 4 jam.. tapi kena dtg keje gak.. Huhu..

Pastu weekend tu aku bizi ke hulu ke hilir membuat persiapan. Aku kena ikut trade mission. Khamis ni aku pegi. Selasa pagi minggu depan aku sampai balik ke sini. Excited tu ada gak sikit2... tapi bila dah dekat2 ni, aku mula rasa cam tension... sbb kena tinggal sarah... :(

Haru... harini dah selasa... aku cakap kat sarah aku kena keje dari khamis malam sampai selasa pagi baru balik.. Dia pun dok mencebik2.. sian lak aku tengok. Huhu.. mummy pun cebik juge.. tapi dalam hati. Sigh!~

Serabut betul la.