I'm Backkkk...
Salam kengkawan... Terima kasih kerana memeriahkan kapet ku di sebelah itu. Syok je balik2 tgk kapet meriah!! Yeay!!
KDilla : Aku pun jeles gak kat Nurul sbb dia kurus gilak. Huhu.. Anak dah dua tu.. Takleh jadi nih.
Alqas : Aku baru masuk opis harini and tengok mcm ada kecoh2 dekat padang tepi office. Baru tau ada belon udara panas thingy... Meh la tengok. Aku pun tak tgk lagi...
Nura : Menten montoks.. janji hubby kata best. ;)
Azeno : Waw... body cun pakai PB ye. Isk.. aku ni kalau beli buat perhiasan je kang dalam lemari tu. Sigh!~
Azanie : Ko pun nak gi nipon gak ke??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah, pagi selasa yang lepas, aku telah selamat sampai balik ke Mesia. Misi jaringan antarabangsa ku telah berjaya (aku la rasa berjaya. Heh.) Dapat jugak aku peluang menjejakkan kaki ke bumi Paris. :D
Aku pergi khamis malam. Sampai jumaat awal pagi, dalam 5.30 macam tu. Driver amek, hantar gi hotel kat St. Germain Des Pres. Check in then lepak jap sambil bfast, pastu dah kena pergi expo ground for conference, perasmian dsb... The first day segala2 mcm terlupa. Biskut kering yang aku bawak buat bekal masa lapar pun terlupa.. so lapar la sampai dalam kol 5 petang, baru dapat makan. Makan KFC kat Paris... haha.. tak sedap pun. Org embassy kata KFC kat Paris halal sbb owner franchise dia Arab. Kitorg pun kira halal la labu... Masa beli pun tgk ada gak org pakai tudung membeli.. so halal la tuh...
Malam, jalan2 kat area hotel. Hotel ni dekat dengan Notre Dame. Happening gak la situ malam2. Aku rasa makan kat Paris tak masalah sangat. Org Arab/Lebanes/Tunisian ramai kat sana. So malam, kitorg makan kebab dengan pita bread. Besar gila satu helping. Harga pun, kalau ikut currency sana tak mahal la. Dalam 5 Euro dapat la satu kebab tu. Sengkak perut la makan kan. Kalau convert, jadikla dalam 20 hengget. Iskk..
THe next day, cadangan awal nak pergi balik ke expo and buat kerja. Tapi memandangkan hari ahad banyak kedai tutup, bos kata kita work smart. Kita keje hari ahad, hari sabtu masa kedai bukak, kita jalan2 shopping apa yang patut. So, lepas breakfast (breakfast dia sangatla simple.. roti dalam 3-4 jenis, butter, jam, coffee, yoghurt, cheese - 10 Euro. Huh.) kitorg pun memulakan perjalan. Pergi Gallaries Lafayette, the biggest shopping mall kat Bld. Hausmann. Tengok je la kan. Kalau ikut hati, gatal je nak beli LV ke Furla satu.. tapi otak kata jangan buang duit.. sekarang ni recession, kena menabung.. so dapat cuci mata pun jadi la...
Lepas tu, pergi pulak ke Champs Ellyssee. Jalan la dari area Zara sampai la ke Arc de Triomph. Ada la beli barang sket kat Zara sbb murah la compared ngn kat sini. Makan kat McD.. fries dengan berry yoghurt. Pastu sambung pulak, ke makam Napoleon dan seterusnya ke Eiffel Tower. Tapi tak naik pun tower tu. Beratur panjang. Malas la. Lagipun Menara KL pun tak naik lagi. Heheheh.. lagi tinggi Menara KL tu. :p Malam, sambung lagi souvenir shopping kat area hotel tu. Huh.. AS i said earlier, murah la kalau ikut currency sana. Tapi kalau convert... sigh!~
Ahad, mula bekerja. Pergi expo, buat market intel dari pagi sampai petang. ADa satu booth ni, jual lingerie. Cantik, flirtatious dan murah! One set dalam 28Euro, taht is around RM 140 la lebih kurang. Kalau kat sini yang serupa macam tu punya style, dapat bra je... Heheh. Yang bestnya, dalam goodie bag, diorg bagi thongs satu. Pergi kedai diorg dia bagi set chemise dgn boxers pulak. Pastu sbb dia tak menjual haritu, dia bagi kitorg amek mana2 set.. free! Aku memula mmg ingat nakbayar.. Lepas dia pack2, dia kata tak payah bayar.. So dapat la aku 2 set underwear free.. Best!!!
Petang tu, balik dr ekspo, kitorg singgah ke Louvre Museum. Malangnya, dah tutup. Tapi masuk je la kan... Sampai ke ticket counter je la. Malam, kitorg amek pakej cruise at the Seine river and cabaret performance at the Crazy Horse. Heh... Crazy. Aku sorang je pompuan bertudung. Aku pergi ngan bos aku n another bos from our agency. Hehehhe... Biasa je la.. Takleh lawan PatPong punya experience. :p Tapi, it's good to note that some of the showgirls pun ada cellulite gak. :p Heh. That's a relieve! Tapi cun la diorg.. Isk.. Termotivasi utk kurus semula!! Nak buat crazy horse show kat hubby... Wahahahahaa....
THe next day, it's time to go home. Malam tu pulun tak tidur, kononnya dalam flight nak layan tidur la. Hampeh.. tidur 3 jam pastu terjaga. Huhuh... Sampai2 tu bengong.. Dan amek, balik rumah mandi2 pastu tidor..... Samapai petang amek sarah dari school.. Rindunye kat sarah. Kat sana tengok budak2 all bundled up (sbb kat sana still agak sejuk, transition into spring) sangat comel.. dan aku mesti teringat kat anak aku. Huhu... Semalam aku cuti sehari sbb aku rasa masih weng. HArini masuk office tengok surat jemputan mesyuarat atas meja. Hadeyyy... Lepas ni buat report.. minggu depan bos masuk dia buleh check.
Sebelum2 ni yg bz gile tak sempat nak memblog ni la keje aku, prepare utk mission. Bulan ni ada 3 mission jalan at around the same time. Sekarang ni, 2 sets of colleagues takde, sorang gi Dubai, lagi satu kat washington. MInggu depan baru ketemu semula.
Nak update gambar.. tapi menyampah connection slow. Nanti la ye. Gambar sarah punya bay pun tak update lagi.. Sigh!~
No comments:
Post a Comment