Tuesday, September 14, 2010

Aidilfitri

Salam Aidilfitri sahabat2. Kepada mereka yang hantar text message ucapan raya, maaf i tak balas mesej uols. Telefon di waktu cuti sudah seperti satu wabak penyakit yang perlu dihindari, sebabnya more often than not, the calls would be from the office, yang akhirnya mengakibatkan aku meluat terus nak pegang atau berdekatan dengan telefon semasa cuti.

Alhamdulillah, raya tahun ni masih bernafas. Pulak tu, diberi cuti seminggu lebih. Syukur. I do need the break. Dan, dalam waktu percutian ini, aku temui semula the joy that i have almost forgotten. The joy of being with the family. Aku dapat luang masa dengan suami, anak, catch up on house work, cleaning up, do things that we like and enjoy. Semua tu dah lama aku tak rasa, sebab utamanya my life had been controlled by my job. It takes so much away from me... my time, my enjoyment, my fulfillment, my LIFE, my happiness... It draining me each day until i become an automated being. Everything runs on automatic. Pagi - bangun - subuh - siap anak - hantar anak - kerja - amek anak - balik rumah - dinner - siap anak - tidur. Day in, day out, everything runs automatically, without any feeling. No enjoyment. Just dread, one day after the other.

Seminggu sebelum bercuti, Allah beri aku kekuatan. Aku jumpa bos, dengan surat minta bertukar di tangan. Aku masuk can kata, "D***, boleh jumpa sekejap?" Dia suruh duduk. Tanpa berlengah dan tanpa mukadimah, aku terus kata, " Saya nak minta transfer. Minta D**** tandatangan." Dia cuma kata ok. Mungkin dia pun terkejut.. atau mungkin dia gembira. I don't know.. and i try not to care. Kemudian dia tandatangan dan minit - Disokong dengan pengganti serentak. Sigh!~

Isnin sebelum mula cuti, aku ke HR. Bawa surat sokongan dan minta tukar. Bos HR kata akan bincang dengan KSU. As of now, belum ada berita. Oh yeah. On the NKEA thing yang aku nak tu. Posts had been filled, dan aku tak terpilih. Bos aku tahan. Tapi, aku jadi wakil bahagian ke Delivery Monitoring Unit tu. A colleague who was also a newbie to the Ministry asked me if i was shocked to have been chosen. I said no, since it's a common practice for the ministry the have the same people in whatever task force it may have come up with.

Rabu, bos dah cuti. Aku ambil kesempatan tu pergi ke JPA. Jumpa pegawai yang in charge jaga perjawatan kami. Kebetulan, dia belum cuti raya. Jumpa, cerita masalah. Dia kata susah kalau tak ada surat. Kalau ada open post, dia akan cuba, atau tunggu keputusan profiling penempatan haritu... Tunggu lagi. Ya, memang aku boleh tunggu. Tapi, dalam masa aku menunggu, aku tak boleh janji prestasi kerja aku akan sama seperti sebelum ini, sebab aku dah tak happy. Apa yang aku boleh janji, aku akan bekerja dari jam 8.30 hingga 5.30. Aku berazam tak nak dan akan kata tak nak pada mereka yang menuntut aku kerja lebih dari itu. For what?? Anugerah Khidmat Cemerlang? Anugerah, kononnya, tapi pada dasarnya diberi ikut rotation... Duh!~

Aku diberikan AKC untuk tahun 2009. Bos ada bagitau, tapi belum dapat lagi. Sebelum raya haritu duit ganjaran AKC dah masuk agaknya, dan aku pinjamkan kepada colleague yang nak pergi trade mission, tak sempat buat pendahuluan diri. Sebelum ni aku kerja keras sbb aku enjoy doing my job. Now, that enjoyment had died a painful death. Kalau orang nak kata lepas ni, aku dah tak kerja keras sebab aku dah dapat AKC.. kata lah. Honestly, sebelum ni memang it matters so much to me that i make a good impression to everybody. Sekarang, lantaklah. I have to remind myself that i am paid to work from 8.30 am to 5.30 pm. After that time, its family time, regardless what other people tells me. Kerja macam nak mampus ke, kerja cukup2 ke, curik tulang ke, you still get the same pay. I don't want to overwork myself. Cukuplah. Bukan aku nak retire JUSA pun. :p

Isnin depan, aku mengharapkan ada sinar baru untuk aku. Kalau berkesempatan jumpa KSU on the matter, aku nak minta transfer ASAP. Kalau tak dapat within the Ministry, aku akan minta dia benarkan aku minta transfer keluar Kementerian. Aku hanya mikrooraganisma di Kementerian tu. Tak jejas pun kalau aku keluar, kan? kan?

Sigh!~ Penat dah mengalirkan air mata. Semoga ada jalan yang lebih baik untuk aku.

P/S: Kerana aku suram akibat kerja, raya aku tahun ini pun agak suram. Sebab tu, aku tak post ucapan raya di facebook atau sms ucapan raya kat kawan2. Sorry. Aku agak lemau tahun ni. Semoga semangat ku dapat dibakar semula, dan tidak lemau lagi di hari2 mendatang. Amiinn!~