Tuesday, January 26, 2010

Piring orang sebelah

Jiran sebelah aku Chinese. Dia rajin bagi makanan kat kitorang. Makanan yang kita boleh makan la, dessert biasanya. Dulu, masa first time kitorang punya community buat potluck, dia buat dessert, some sort of air macam lai chee kang la, campur macam-macam. Aku cakap kat dia, sedap, lepas tu, everytime dia buat, dia musti kirim kat aku. Dan, everytime dia hantar kat aku, kena la aku fikir apa pulak nak balas, kan?

Sebulan yang lepas, dia bagi kuih, sort of bingka. Sedap jugek. Masalahnya, sampai hari ni piring dia ada kat aku lagi. Huhu.. Malu gak sikit-sikit. Tak tau nak masak apa untuk pulangkan piring itew. Malas pun ada jugak. Huh. Nak buat cream puff haritu, tapi sampai la tak berbuat-buat lagi. Sigh!~ Apa aa nak masak??

Uh.. tadi neighbour depan call. Dia maklumkan ada break in kat umah lorong belakang aku semalam. Awal malam pulak tu. Aduhh.. panic gak aku, since aku berdua je dgn sarah kat rumah sekarang. Dan detachment. Maid dah hantar balik. Huhu. Nasib baik mak ada relatives kat PDRM. They're going to make patrols around our area. Selamatkanlah kami Ya Allah. Sigh!~ Kenapa la orang jahat-jahat sekarang??

Huh.. putus dah idea nak blogging. Runsing kepalo den. Apa pun, kawam-kawan, please be safe ok? Praying for our safety. Take care. good night.

Saturday, January 23, 2010

Huru Hara

Tengah tengok Nigella Bites. Mungkin ni episod di awal kemunculan Nigella Lawson di kaca tv. Kurus!! Huh.

No.. bukan itu yang huru-hara.

Aku yang huru-hara. Haiyooo...

Mula tahun baru, seperti yang dikatakan oleh bos baruku itew, gerak full force. Tiap-taip hari, sampai pukul 1.30 pun aku masih bekerja (beRkerja ke bekerja??). Tak sempat i nak pergi gym tau. Pukul 2 lebih baru lunch. Tu pun break dalah 20 minit je. Huh. Rasa dah macam keje private dah nih. Gaji je tak macam private. Huhu. Balik lewat gak. Last Tuesday, balik pukul 10.15.. malam ye, bukan pagi. Rabu, pukul 6.00.., Khamis, pukul 7.00... lotih mak!

Dua minggu sudah, aku terpaksa dan dipaksa join retreat kat PD. Half of me felt quite proud, sebab konon-kononnya group tu selected people, handpicked by Sec-Gen. Tapi, aku bukanla kes selected tu, sebab sec-gen bukan kenal aku punnn... aku kena pilih oleh bos baru aku, atas dasar dia baru dan aku jaga Pembangunan, so dia bawak la aku.. Huhu... Habis 6 hari di bulan Januari, away from my family.

Last week, masuk office. Pindah pejabat pulak. Dari bangunan lama, ke bangunan kem. baru kami. Pejabat sementara. Bulan 10 ni pindah lagi. Ofis nomad. Haha. Penat la. Bos baru ni, kadang-kadang menyakitkan hati jugek. Tapi, dia bagus la buat kerja. Cuma kadang-kadang jeritan dia tu je yang menyenakkan kepala otak aku (dan colleagues yang lain). Tapi,memang awal2 dulu dia dah cakap.. suara dia memang kuat. Huh. She's right about that! Dah la ofis sementara ni sangat open. Kalau kena marah dalam bilik or dalam mesyuarat, memang kaw-kaw la.. Semua orang tau.. Huhu...

Sangat bizi. Birthday sarah pun tak sempat lagi nak plan. Apesal aku bizi ntah. Dulu bos-bos aku rilek je. Iskk...

Semalam pulak, hantar maid balik. Alhamdulillah. Tak ada dah masalah dengan maid. Hehe. We caught her by surprise. Hari nak hantar tu, pagi tu jugak bagitau. Dia nak balik tu nangis-nangis. Tak tau la crocodile tears ke, ikhlas ke. Entah. Tak nak tau. Kadang-kadang, bila ikir aku cam kesian gak kat dia. Nanti dia takde keje camne kan. Tapi.. entahlah. I guess, we've had enough of her crap.

Oleh yang demikian, pagi tadi aku terpaksa bangun awal dan berkerja keras. Esok, lagi sekali. Ini akan membuatkan my weekends will become very precious. Semua benda nak dibuat masa weekend. Tak nak kemana-mana. :)

Harini, hubby pulak pergi detachment dua minggu ke Manila. So now, i feel so lonely. Sigh!~... Bestnya kalau gi karaoke. Hahahahaha.. Mengarut aku ni.

Okla.. nak basuh PB... pastu solat.. pastu off to bed. Nite2 people. Semoga minggu depan relax sikit. Sigh!~

Wednesday, January 06, 2010

Opening

Hmm, setelah hampir seminggu masuk ke tahun baru, barulah ada kesempatan nak update blog ini. :) *Ayat skema*

Adey... brain freeze pulak. Tadi beriya-iya, selagi ada benda nak post. Bukak je page ni hilang segala idea. Sigh!~

Adik aku nak bertunang.. (again!). Orang jauh jugak. Segamat. Dia plan nak bertunang bulan depan. Isk.. sibuk bulan depan ni. Dengan kerja lagi, birthday anak lagi, dia nak bertunang pulak... Huhu.. Takpelah. Rezeki dia dah tiba agaknya. Walaupun dalam hati aku ni risau, ye lah, adik kita kan... Kita membesar sama-sama dengan dia, sampai bila-bila pun kita akan rasa dia macam budak-budak. Ye lah, adik. Sama la macam anak kita. No matter how old he/she gonna get, they will always be our babies, betul tak? Tapi, he will have to move on with his life. Aku tau, dia budak baik. Tak ada la merempit2 semua tu. Hisap rokok pun tak. aku tau, dia seorang yang bertanggungjawab. Cuma, aku just risau je la. Sebab dia adik aku.. heheh.. apa la yang aku mengarut.

Kisah kedua, pasal maid (lagi!). Tak habis-habis. Remember the story about my maid, B and the linkage with my MIL's maid, T?Ok.. last weekend, we spent some time with MIL on her birthday. MIL pun bukak la cerita, masa kitroang pergi CH for the wedding, T got a call from a male yang tak dikenali. Bila T tanya, siapa yang bagi nombor phone T tu kat dia; dia kata, B guna phone dia untuk call number T. Wahhh.. melompat la aku!! Kalau maid aku guna phone lelaki mana ntah untuk call T, ada 2 kemungkinan je. Either dia keluar pergi mana entah masa aku takde, or worse, dia bawak jantan tu masuk rumah. Perhhh.. penas gila hati. Pulak tu, T pernah dengar dia bagi instruction untuk ke rumah aku over the phone kat sapa entah. So, we're quite worried on our safety la kan. Ye la, macam-macam cerita dah keluar about maids ni. Haritu siap ada maid bunuh tuan pun ada kan, so of course we're worried.

Minggu yang sama tu jugak, maid aku mintak untuk transfer rm1.4 k balik rumah dia. Mula-mula mintak kat hasben aku. Terus hasben aku kata tak boleh. Esoknya, B call aku kat ofis, nangis-nangis. Dia kata bapak dia sakit, nak pakai duit tu. Masa dia cakap kat hasben aku, Dan cakap dia rilek je. Me being a person who takes things at face value, aku pun rasa simpati la kat B. Masih la ada rasa simpati walaupun hati aku ni menyimpah segala kemenyampahan kat dia. The last weekend, kitorang kira-kira balik gaji dia and how much dia dah pakai. Rupanya, kitorang dah overpay dia by about 600+, and dia dah guna more than half her gaji. Kalau ikut agreement, dia boleh hantar half je gaji dia balik. So, hubby bagitau dia, dia takleh dah hantar duit. Dia dah hantar berpa banyak (sambil bagi dia list gaji dan penggunaan gaji). Siap tanya kamu nak calculator? Dia kata tak. So, nampak macam dia dah tau, memang tak boleh sebenarnya, and dia sedar we have overpaid her, tapi saja, nak push her luck.

So, atas sebab-sebab itu, we've had it. We've had enough of her crap. Tak dinafikan, our lives is made easier by her presence, but at a cost! So, kitorang dah call balik agent, untuk hantar dia balik ASAP. Agen cakap, since he's still holding her passport, dia akan urus dan boleh hantar dia terus balik this weekend. We're keeping mum on this matter. We'll only tell her when the agent comes and asks her to pack her stuffs.

Aku terfikir jugak, kesian pulak dia nanti tak ada kerja. But then, she brought all these on herself! we treated her nicely, gave her good food, pakaian dia semua, tak ada maki-maki dia and this is the way she treats us. So, she can go to hell. She can pack her bacgs and leave. After all, dia memang tak nak kerja dengan aku dah kan. She did mention about fleeing in february or something, under the disguise of balik kampung sebab perbicaraan kan? there you go. We're going to send you home so taht you can make yourself useful, jaga bapak ko yang sakit tu. Not the way you intended, fleeing lepas tu nak cari kerja lain pakai permit yang we had paid for you and nanti bagi masalah pulak kat kitorang nak amek maid lain sebab tak ada sign check-out memo. Beatch!!

Ok, dah kurang sikit berat kepala. Sambung keje pulak (konon-konon)...