Wednesday, October 13, 2010

A Few More Days

Well.. 2 more days to be exact. Minggu depan, aku akan mula di tempat baru. Buat masa ini, masih di aras yang sama, tapi blok yang berbeza. Dari Datin E ke Dato' E. Sigh!~ Bersiap sedialah aku jiwa dan raga. Hehehe...

Barang-barang masih belum berkemas. Masih sebagaimana aku baru pindah dari bangunan lama. Hehe.. You know how i hate mengemas. Walaubagaimanapun, azam bila berpindah ke tempat baru, nak stick to the 5S principle kononnya.. (simpan, sorok, selongkar dan yang sewaktu dengannya..)

Nota serah tugas pun belum siap... Huhuhu.. Begitu lah lemaunya keadaanku ini. Haa.. suruh lagi aku extend. Dah sah-sah aku lemau yang bangett..

Other than that, well..boss aku selalu perli-perli aku about me getting the transfer. Sukati dia la. Lagi banyak dia buat macam tu, lagi aku yakin memang dia teraffected dengan keputusan yang aku ambil. And somehow, that made me feel appreciated ^__^. Don't ask me why.

Oh... lupa. Perlu cerita just to keep my motivation high. I have a personal trainer now! Chewah. Been training lebih kurang 3 kali seminggu. Tapi, baru 2 minggu je training. Dayet baru start minggu ni, alternate days, trainer suruh aku try fruit diet. Which i don't really believe tapi just give it a shot la. Elok pun for detox. So, tmrw i'm gonna fill myself with fruits. Training-wise, sekarang dia tengah concentrate on things yang to build and strengthen my leg muscles. A lot of squats and steps and leg press machine. Dia kata aku ada strength, cuma nak ringankan sikit kaki supaya mudah training yang lain nanti. This sunday insyaAllah, he will start me on kickboxing. Woohoo!! Nervous and excited at the same time.

I've also been joining yoga classes at the gym. Bukan yoga yang ada mantra2 tu ye. Yoga untuk kesihatan je. Best gak buat yoga ni. Nampak pergerakan simple, tapi rasa muscle2 yang digunakan, especially the core muscles. I loiiikkkeee the yoga classes so much! Buat yoga yang konon relaxing pun, boleh berpeluh2 sebaldi ok. I pun cam surprised (ketujut kata anak i)..

Oklah... see if i can get closer to my goal of becoming one hot mama! Hehe.. Nity nite peeps!

Wednesday, October 06, 2010

Life Is Full of Ups and Downs

Baru-baru ni, aku betul2 merasai kesan dunia itu bulat. Kadang-kadang putaran dunia itu buat kita berada di bawah, dan adakalanya, kita di atas. Namun, the earth tilts at an angle, yang mengingatkan aku fairness tidak berlaku di dunia ini. . Heh. The irony..

Anyways, setelah berminggu (atau mungkin sebenarnya berbulan?) aku rasa sangat tidak seronok dengan how life is going for me, Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, bebanan yang pada aku begitu berat dikurangkan satu persatu. Terima kasih kawan2 yang turut sama mendoakan kegumbiraan aku.

Selesai episod minta transfer, Alhamdulillah, minggu lepas lebih berwarna warni, ceria dan gumbira. Permohonan aku pun dah disokong oleh Sec Gen, dan sekarang aku dah dapat posting di tempat baru. Cuma sekarang extended by 2 weeks, untuk settle a few things, dan siapkan nota serah tugas. Nak pack barang lagi. :)

Lagi, minggu lepas ada penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang, dan aku salah seorang penerima. Tapi, tak kira sangat, sebab for last year, division aku nominate ikut undi, macam AF. Hehe. Apapun, aku bersyukur, sekurang-kurangnya ada la jugak rasa dihargai kerja teruk macam beruk itew.

Khamis, aku terpaksa jadi bidan terjun untuk satu seminar. Alhamdulillah, banyak positive feedback, even from the Sec Gen. Siap ada orang datang minta aku buat freelance emcee-ing tak tahan tu. Muehehehee.. Boleh la aku pertimbangkan nanti, bila aku rasa nak kena carik duit lebih untuk sambar beg longchamp / coach yang diidamkan. :D

Dan kejayaan yang paling best untuk aku minggu lepas, kitorang dah dapat tau peruntukan for rolling plan under RMK10. Projek yang aku dan officer lain berhempas pulas buat penilaian, paper proposal dan bentang to central agency, dapat peruntukan yang besar!! Even bigger dari peruntukan for the whole of RMK9! I was like... whoaaaa.. Tak sia2 menunggu sampai malam untuk present masa budget consultation lepas. Tapi kesian kat officer aku nanti. Peruntukan banyak, kerja pun banyak. However, i really, truly hope pengganti aku tu tak amek kesempatan terhadap officer aku yang kebanyakannya masih baru dan green, sebaliknya dapat guide diorang in fulfilling their responsibilities as government officers. Aku tau, aku sendiri pun banyak kekurangan dalam jalankan tugas aku tu, hence my need for a transfer. Sebab tu, aku harap my replacement can do better than me, for the sake of my juniors, and also for the min. la kan...

Having said that, aku bersyukur ada sinar untuk aku buat masa ini. Aku harap sinaran itu lama bersinar, tapi kalau ia mula malap pun, aku akan redha, insyaAllah, dan dalam masa yang sama cuba perbaiki apa yang perlu supaya yang malap dapat dicerahkan semula. Akusebenarnya macam nervous gak nak berhijrah ke tempat baru... Well, a change is always scary kan. Hope i can adapt well soon enough.

Ok kawan2. Sleepy already. Hubby's away on detachment pulak tu. Boring jugak. Til then, have a good night and a good life. :)