Thursday, December 31, 2009

Ushering In The New Year

Alhamdulillah, just chaired my first meeting. Expected the familiar faces je, sekali yang datang ramai la pulak.. Berdebor gak.. tapi, insyaAllah, ok kot.. A lot to improve, by time and experience, it will get better. :)

Esok, mula tahun baru 2010. Tutup sudah tirai 2009. Azam tahun baru? Entah.. tak sempat la nak buat azam. Bizi. Boleh tak macam tu? Apa yang pasti, the same old thing yang nak di-achieve, nak lose weight. Hahaha.. dah berapa tahun punya battle daaa.. tak menang-menang gak. Entahla. Ni lagi tengah takde motivation nak diet. huh. Tapi, kena bagi ada motivation jugak. Kena ingat, umur dah lanjut, metabolisme dah slow, hormone pun makin kurang, penyakit pun dah mula nak datang. Most of the penyakits starts with being overweight. I have to always remind myself that if i want to be a sparkling mama by the time my daughter gets married, and enjoy my retirement having numerous holidays, i have to keep my health in check. Kalau tak control dari sekarang, nanti dah berumur, jalan sikit sakit lutut la, sakit itu la, makan tu tak boleh, ni tak boleh. If i don't want that to happen to me, I HAVE TO CHANGE MY LIFESTYLE AND EATING HABITS. Tolong ingatkan saya ye kawan-kawan. :)

Huh.. semalam got a hair cut. Cakap kat hairdresser, rambut gugur. Dia tunjuk at both sides of my temples, memang nampak rambut gugur dia kata. Gosh.. i was like.. oh mann.. is my hairline receding already??? Huhu.. nanti botakkkkk.... Pastu masa dia tengah gunting rambut, i looked at myself in the mirror and i thought i looked horrible. My skin has lost its glow, ada pigmentation, ada frown lines pun!! Uban pun nampak macam dah bertambah lagi sehelai...Huhu.. badan, organ, kulit, rambut dah nak masuk 30 tahun..... So, if i want things to be as close and as good as it was 10 years ago, i'd better kick myself in the ass now and get started taking care of myself. Ingat tu!!!

So, i guess, that will bring me to my azam for 2010. I want to take care of myself, as good as i take care of my daughter and my husband. At the same time, i want to kick ass at work, not by being a bitchy boss, but for doing what is right. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami untuk tahun-tahun mendatang. Semoga kehidupan kami diredhai olehMu.

With that, i'm closing my 2009 chapter and eagerly waiting to start a new one in 2010. :) Wishing everyone a merry and prosperous new year!

Thursday, December 24, 2009

Syukur

Alhamdulillah, akudah dapat surat kenaikan pangkat aku. KUP la dulu, enam bulan kot.. lepas tu baru boleh memangku, bergantung kepada recommendation ketua jabatan. Nak confirm, tunggupulak 8tahun dalam servis. Sigh!~ Macam-macam.

Apa pun, buat masa ni, dah naik pangkat, tapi gaji 44 la. Dan, yangaku happy,naik pangkat di tempat yang sama. LAst week, heboh aku kena tukar ke tempat lain.Memang aku down gila masa tu. Sebab kita happy kan kat tempat ni, ada big plans konon-konon for the industry, tetiba kena tukar pulak. Frustrated and sad! Mujur ada colleague maklumkan pada bos, bos tanya terus kat tksu... tksu sms head of sm.. hehe.. dan bila dapat surat hari isnin, dikekalkan.

Bukannya aku nak duduk bahagian ni sampai bersara. At least sampai blueprint siap bulan mac, and perancangan rmke-10 dah setel. Tu je. Lepas tu, boleh la aku beralih angin ke tempat baru. :)

Ok.. enuff about work.

This weekend, nak naik Cameron. Sepupu Dan kahwin. Last week di rumah perempuan kat Ipoh. Waaa.. mengimbau kenangan gitu... Medan Kidd, Taman Golf, Kg. Rapat... hehehe... kedai kek Sentosa (aku nampak je dari tepi jalan, tapi tak berhenti, sebab masa tu tengah kenyang daaa...) Sarah ok la, tak la mengaruk dalam kereta...

Btw, Sarah dah berjaya di potty-train!! Last week, hari Khamis, cikgu bukak je diaper dia kat sekolah. Setengah jam dia dok pegang je seluar, sebab rasa pelik kot takde diaper? Balik rumah, accident sekali, masa duduk atas sofa. Huhu... Aku suruh pergi potty tak nak.. pastu bocor. Sigh!... Lepas tu ok, dia cakap kalau nak shee-shee. Semalam lagi satu episod accident, sebab dia dok bebai2, aku suruh gi potty tak nak konon... Tapi ok la.. 95% of the time dia akan cakap kalau nak shee-shee or poopie... Alhamdulillah.. berjaya jugak potty training, walaupun anxiety aku terhadap perkara ini sangat tinggi! Diaper punya stok pun banyak jugak kat rumah. Takpe.. she still needs them for the night. Huh.. dah besar anak aku...

So that's it.. nak setelkan kerja-kerja. Next week, ramai orang berholiday. Aku pun jugak la.. tapi dua hari je.

Enjoy the long weekend! I know i will. ;)

Tuesday, December 15, 2009

Hapdet

Alahai.. lama nye tak update. Tak sempat. Bizi. Dapat bos baru pulak.

Sigh!~ Surat dah sampai. Penempatan di Kementerian yangsama. Bahagian tak tau lagi. HAritu ex-boss dah lobby untuk aku ditempatkan di Bhg. ini juga. Dengarnya TKSU setuju, tapi tiba-tiba boss tu pulak yang kena tukar.*Sigh!~* Bila dah tukar bos baru, rentak yang dah rancak, kena mula la slow beat balik. Tak seronok. Ada senior pernah pesan, "love your job, not your boss".. tapi faktor bos ni penting, kan? They can make you love your job, or hate it; they can make you stay on withthe job, or leave it. Happened to me once. Tensen!!

Hmm.. pendaftaran untuk MBA bukak bila ek? hmmm....

Sekarang tengah prepare RM10 proposal. Kalau boleh, akunakbuat sungguh2, supaya bila aku tinggalkan semua ni, orang yang ganti takla lost macam aku dulu, masa aku amek benda ni di tengah-tengah. Hasrat aku nak baiki keadaan, baru i cabut. Ada orang kata kat aku semalam. Buat apa you fikir banyak-banyak sangat. You kena fikir your career path. Hmm.. memangla. Tapi, entah. Bila aku rasa aku minat sesuatu, it become a passion. Bila dah jadi passionate about something, we'll try our very best, kan?

Ke memang aku suka aktiviti merancang ni? aktiviti monitoring not really my cup of tea.. hehe. Bolehke pilih-pilih?

Entah apa la yang aku mengarut.

Tahun depan, ramai rakan-rakan akan sambut kehadiran orang baru, i.e. new baby. Tahniah buat semua. Aku doakan pregnancy kali ini dimudahkan, dan delivery will be a breeze. Semoga kalian tak stress dan tension, especially masa confinement (macam aku dulu, huhu.) Aku? Hmm.. entahlah. Neutral. Mengharap tak, putus asa pun tak. Kalau Dia kata jadi, letak lah halangan besar KLCC pun, pasti jadi. So, whatever. Ada rezeki, dapatlah adik kat Sarah. Kalau tak ada rezeki, aku cukup bersyukur dengan kehadiran Sarah Aiesha dalam hidup kami.

Speaking of which, budakkecil itu semakin besar! Dah agak tinggi. Agaknya capai dah 1 meter.. (1meter to 100 cm kan? - almaklumlah, bukan engineer lagi.. hehehe). Beratpun dah 14kg. Kira kalau ikut development curve, in the 50 precentile la. Orait la tu. Mulut macam bertih goreng. Akal pun dah panjang.

Semalam dia inta nak guna marker, sebab tokmak dan tokbapak belikan white board kecik untuk dia. Tapi, dia pernah tercoreng seluar dia dengan marker,makanya aku dan daddy tak bagi lagi dia main marker. Dia kata, "Mommy, i want to use the marker to the drawing biard please." (walaupun ayat dia masih tunggang terbalik, kami paham la apa dia nak). Aku cakap, "No sarah. Daddy said no too."

Dia diam kejap, fikirkan comeback kot? Pastu dia cakap. "But Daddy's not here..."

Iskk.. aku la budak nih....

Aku selalu dengar radio masa driving. Sekarang dia boleh nyanyi sikit-sikit lagu "Meet Me Halfway" by the Black Eyed Peas. Huhu.. Tak tau nak gelak ke nak nangis. Sigh!~ .. Pastu boleh pulak ada lagu peberet. Lagu "Party in the USA", Miley Cyrus, dengan lagu "Replay" sapa tah penyanyi dia. Dia panggil lagi Replay ni lagu "Lemody".. Hahah.. sebab dalam lirik lagu tu ada dia sebut melody, tapi anak aku sebut sebut lemody... Kira boleh la...

Lepas ni kita belajar ngaji pulak ye...

Dah la.. lapar pulak. Dulu lapar buleh tahan. Sekarang takleh aa.. kalau tahan, jadi sakit kepala la, apa la.. Dah tua kot... Tahun depan, the big three - o... woohooo...

Friday, December 04, 2009

Up and down, down, down

Earlier in the week, my spirits were really up high. Felt good about myself, heard that the long-awaited letter from JPA has landed in the HR department, had confident-boosting words showered onto me. Sigh!~ Felt so good.

Sayangnya, panas tak sampai ke petang. Musim hujan kan, cerahnya sekejap, hujannya berpanjangan. Sigh!~

Awal pagi semalam kami dikejutkan dengan berita our head of department kena transfer out of the ministry. Everybody was dumbfounded. Takde ribut, takde taufan, tiba-tiba kena tukar. Korek punya korek cerita, rupanya alasan orang atasan. Hmmm.. semua benda "wahyu".

(aku ada type something kat sini tadi, tapi tak pasal-pasal terdelete. mungkin tanda kandungan tersebut tak sesuai untuk posting kot??)

I dunno about my other colleagues, but i think most of us feels down, disappointed, sad and upset on the matter. He has his weaknesses, of course, tapi dia amat ambil berat tentang staff dia that i think most of us love him as our boss. Aku pulak anggap dia macam bapak since bini dia orang sekampung mak aku, and he knows my mom's siblings and family.

To make matters even worse, our x-director's new posting ke post yang tak sesuai dengan jawatan dia. Aniaya kat dia. I feel so sorry for him. That man only have a year and a half to go for his retirement. Kenapa la orang buat dia macam tu.

He is a very knowledgeable man. Cuma kadang-kadang dia tak reti kontrol apa yang keluar dari mulut dia. Orang yang faham dia, ok lah. Macam orang di kem. baru yang tak kenal dia lagi, mesti pandang rendah kat dia because of the things that comes out from his mouth. Orang dah tak nampak betapa valuable nya dia in terms of his experience and knowledge.

Entahlah. Mungkin ujian bagi dia. Tapi, aku sedih terhadap apa yang berlaku. Dan aku lagi sedih sebab aku tak mampu nak tolong dia. Aku rasa setakat ni, dia je bos yang pernah tengok aku menangis. Bukan sekali, tapi dah 3 kali. Sekali tu aku nangis sebab dia taipkan benda yang sepatutnya aku buat sebab aku kena balik because something came up. Benda tu pulak urgent. Kali kedua, aku nangis sebab aku dengar bahagian kami nak dimansuhkan. Kali ketiga semalam, masa aku cakap terima kasih dan ucap selamat kat dia. Memangla aku mungkin akan jumpa dia lagi kat kampung... tapi he will no longer be my boss.

Dia sibuk kesiankan kitorang di Bahagian tu. Apa nak jadi dengan kitorang nanti. Aku kesiankan dia sebab posting dia yang macam hampeh tu.

Apapun, aku harap sangat Allah akan kurniakan keadilan pada dia yang aku rasa amat teraniaya. Dan aku harap orang-orang yang bertanggungjawab aniaya dia akan terima balasan masing-masing di dunia dan akhirat.

Do you think i'm going to be happy working in a place where the top management sanggup aniaya orang bawah sendiri?