Monday, November 30, 2009

Movement

Career-wise:

Heard there'll be a massive movement of our batch starting tomorrow. Gosh.. dah masuk Disember rupanya. Time flies even when you're not having that much fun. Heh. Tunggu lah surat. Kalau tak memangku, KUP la dulu. Sangat tak best kalau KUP. Beban tugas banyak.. gaji sikit. Sigh!~ *Hoping for the best, preparing for the worst*


Personal life :

Baru balik from a much needed break. Malas nya nak datang kerja harini, after a 10 day break. Pulak tu. ramai yang masih bercuti raya.. jadi, ofis ni lengang. Lagi la tak semangat nak bekerja. Hehe. Ada aja alasan.

Anyways, our little family, along with MIL adn FIL went to visit my BIL and SIL and little Almaz in Doha. No need to guess who had the most fun. Hehe. Mestilah si kecik tu. Excited naik aeroplane. Dah sampai KLIA balik pun, nak naik aeroplane lagi. Parents dia dah kematu duduk dalam a/c lama sangat. Tapi, alhamdulillah, not much problems travelling with her on that kinda long-haul flight. Masa a/c ascend and descend pun dia tak complaint sakit telinga ke apa. Gelak and happy-happy sahaja adanya. Kitorang ni punyala bawakmacam-macam bekalan, dari coklat, koko krunch, biscuits, coloring book, magnetic board, stickers, story books... huh.. just to keep her entertained. Most of the things tak sentuh pun. Lols... Kalau sentuh pun lepas sampai destinasi. Hahaha..

Rekod la, aku punya trip ke obersi kali ni, aku ada RM60 je dalam wallet. Huhuhu.. Aku lupa kuar duit kat KLIA. Bengong. Oleh yang demikian, shopping pun atas belas ihsan hubby je adanya. Tak best langsung. Nasib baik credit card buleh swipe. Last time, pernah sekali tu kad takleh swipe sebab tak call dulu credit card centre informing that i'd be abroad. Kali ni buleh pulak. Pelik. Tapi.. alhamdulillah. Dapatla shopping sikit-sikit. :)

Doha was a nice place. Since masa tu dah nak masuk winter kan.. takla panas sangat. The weather was quite pleasant, cuma keringla. Tiap-tiap hari tenyeh moisturiser. Sarah pulak pipi dia kering sampai sekarang. Dah sapu lotion everyday pun belum hilang lagi. Sigh!~

Happy dia dapat jumpa kakak Almaz dia. On the day kitorang nak balik, dia relax je, excited seperti biasa sebab nak naik aeroplane. Kakak Almaz dia nangis kat pintu. Sedih tengok. Semalam, MIL cakap dia demam, sekali dengan prents dia semua tak sihat. Sian diorang. Mesti penat bawak kitorang berjalan-jalan haritu.

Whatever it is, it was a fun-filled holiday. Penat memangla penat. Sampai balik sehari sebelum raya. Pagi raya masing-masing tak boleh bangun. Jetlagged. Hahaha.. Pukul 12 baru sedar. Iskk.. Walaupun penat, bila tengok how happy sarah was, it was all worth it. :)

Wednesday, November 18, 2009

...

Pagi-pagi... phone rang:

Him : I heard you're going somewhere ya? Qatar ke apa..
Me : errrmmm... ya??
Him : Oh... i've personally nominated you for this...
Me : yeah, well, can't make it. family thing. lepas raya boleh la.
Him : lepas raya cannot la..
Me : Lambat sangat kan? hmm.. sorry.
Him : It's ok then.

Sigh!~ Nomination untuk join jawatankuasa KERJA for the thingy i mentioned yesterday.
Whatever..

Semalam, ada orang cakap ada yang jeles sebab aku yang tercalon. Yennadey.. kalau nak sangat, pergi la mohon nak join. I'm sure the jawatankuasa will appreciate volunteers. Tak payah jeles2...

Had a lengthy conversation with hubby last night on this matter. Apa hubby cakap memang ada betulnya. Dia kata, if you're good at doing your job, you'll get more s*it. Ye la, bosses will definitely go for people yang dia boleh harap. Orang yang takboleh harap akan sentiasa tak ada kerja. Yangboleh harap, kerja bagai nak gila. Gaji, dua-dua dapat sama. Yang reti kerja ke, tak reti kerja ke, gaji sama jugak, beban tugas? Sorang dail bertimbun-timbun... sorang relaks, takde duduk kat bilik pun. Sigh!~

Entahla.. aku yakin, aku bukanla sorang yang pandai dan rajin berkerja. Tak macam some of my officemates, stay back sampai malam-malam buat kerja. Ni, masa kerja pun ada masa layan fb, blog dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Akujugak bukanla seorang yang vokal dan berani suarakan pendapat bila meeting dgn orang besar-besar. Cuma, kalau meeting melibatkan bahagian aku, benda-benda yang aku tau, bila ditanya benda-benda tu dalam meeting, of course la aku boleh jawab, sebab kerja aku yang aku hadap tiap-tiap hari, yang bajetnya aku prepare.. memang la aku tau kan.. Isk.. Kalau orang lain pun, sama jugak.. Bila dah hadap kerja tu tiap-tiap hari, mesti dia well versed dan boleh jawab bila orang tanya pasal kerja dia. Jadi, tak timbul masalah hebat ke takke, pandai kerja ke tak ke..

Sepatutnya la kan, bila semua orang buat kerja yang dia patut buat (walaupun dia turut buat benda-benda lain yang bukan kerja di waktu kerja).

aku argue dengan hubby.. habis tu, takkan nak buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. It's just not me. Kalau kita dapat assignment, nak buat sebaik-baik yang kita boleh. Dia kata, yes, he agrees. He's like that too, but he have learnt his lesson. Kita buat kerja sebaik mungkin, oranglain takes credit for it. At the end of the day, kita jadi kuda.

Sigh!~ kerja elok susah.. kerja tak elok.. esok kat akhirat apa nak jawab?? Dah la gaji pakai duit awam. Sigh!~

Tuesday, November 17, 2009

Kena Tukar... Ke?

Rentetan pembentangan MKRA oleh jawatankuasa RMK-10. KSU suruh buat another team to discuss.

Balik ofis, bos suruh aku bersiap-siap. Aku cakap, cuti aku dah lulus sampai raya, tak boleh join the aforesaid team.

Bos kata, bukan untuk join team.. tapi transfer ke bahagian lain.

Sigh!~ Itu ke yang mereka discuss tadi? Bukan keanggotaan team tersebut ke? Salah faham ke aku ni?

That bahagian yang supposedly aku kena join, JPA pun tak approve lagi.. cuma secara pentadbiran. Anggotanya so far personaliti yang hebat-hebat, sama ada hebat kerja atau hebat bodek. Heh. Alasan aku (mungkin) ditarik ke sana? Entah? Hebat ke aku (sangatlah tidak)? Bodek ke aku (rasanya tak jugak)? Sigh!~

Sedih jugak.. tapi takmo la emosi lebih2 sebelum sesuatu yang final transpired kan. See how it goes. My last resort, as i've posted earlier, sambung studies.

Malas fikir. Yang penting, starting Thursday, aku cuti sampai raya. Going away for awhile. Much needed break.

Thursday, November 12, 2009

Funny

Ahhhh.. funny, funny day it was yesterday.. At least, for me.

Guess what. Yesterday marks the fourth year of my beautiful marriage with dear hubby-wubby. Anddd.... the funniest part was that.. i FORGOT about it untul later in the day around 3 pm!!!! Itu pun masa dalam meeting, as i was writing down the date, i thought that the date looked familiar. Macam terfikir... macam ada sesuatu yangberlaku pada tarikh ni, tapi mula-mula tu tengah blur, takleh pin point apa benda... Lepas tu baru teringat.. OMG, it's my anniversary! Baru la terkial-kial text hubby, wishing him. Nasib baik dia tak wish aku lagi. Dia kata dia pun terlupa jugak mula-mula, but teringat lagi awal la dari aku, tapi saja bagi aku chance wish dulu. Elehhhhh... alasan. Bila akubalik, dia dok hint-hint, tanya aku "Where's our pillow honey?" Dia buat-buat tanya. Aku yang blur ni cakapla.. "It's there.. why?" Hehe.. didn't get the hint. Dia letak card anniversary atas bantal. Wakakaka.. He had to point it out. Duruh aku pergi tengok apa atas bantal. Sigh!~

Malam tu, i bought us dinner. Celebrate biasa-biasa je. Iskk.. Giler. Too pre-occupied with things (especially work) that i forgot my own wedding anniversary. I FORGOT MY WEDDING ANNIVERSARY????? Sigh!~ Teruk betul. :p

After the meeting, i was like telling everybody that i forgot my wedding anniversary. nasib baikla ada acquaintance tu cakap, wife dia pun selalu lupa. Dia yang dok peringat. Sigh!~ Adala sikit consolation. At least i'm not the only women in the world who's very happy in her marriage but ermm.. fail to remember her wedding anniversary!

Hehe..

Anyways, honey, i've had a marvelous 4 years being married to you. I know, it'll only get better as we get older together (i've got 2 ubans already!!!). Love you always.

Another funny thing that happened yesterday.... aku kena ngurat!! Hahahahahaa... I'm a hot hoochie mama... hell yeah! Hahahaha...

Aku pergi meeting kat KL semalam, so aku naik LRT. Aku pakai baju korporat la masa tu, shirt korporat yang free itu dengan skirt hitam. Masa balik tu, turun dari LRT nak gi tempat menunggu, nak tunggu hasben i la kan, ada mamat datang dari belakang tegur aku... Dia cakap camni," Excuse me miss, i was actually waiting for my father over there. And then i saw you, and i really admire you,do i came here to say hello to you. Here is my card. Don't worry, i'm not trying to sell anything to you."

Ekspresi muka aku yang penuh kepelikan tidak dapat diselindungkan lagi.

Aku cakap kat dia, "I'm waiting for my husband."

Dia kata, "but we can still be friends, right?"

Dalam hati aku kata, "Yeah, right. Cepatla laki aku mai..."

Dan, masa aku tengah pelik2 tu, my dashing husband came and rescue me. Mamat tu sempat tanya aku ada name card tak. aku cakap, tak dak. Dia tanya camne dia boleh contact aku. Aku macam.. gila ke hape mangkuk ni... Pastu aku kata.. i gotta go... pastu aku chow...

Sebelum aku masuk kereta, dia sempat tanya, aku kerja kat MPOB ke? Mungkin sebab baju aku kot? Aku bertambah la pelik...

Yang lebih pelik... lelaki tu india, aku ni dengan tudung semua... uish.. 1 Malaysia sungguh...

Pastu, masa dalam kereta, aku tengok la kad dia. Bawah nama company tu, ada tulis, syarikat berdaftar dengan MPOB.. So, aku rasa, sebab dia ingat aku kerja kat MPOB la yang dia sibuk nak kenal dengan aku. Ada la tu benda yang dia nak dari MPOB... cheh... penat aku percaya aku hot. Hihihihi....

However, kita lupakan saja part tadi dan biarkan aku flattered ye. :)

Wokey.. gtg.. jap lagi ada meeting pulok... Meeting je nak-nak habis tahun ni. Sigh!~

Friday, November 06, 2009

Lagi-lagi Pasal Maid

Sigh!~ Seperti biasa bila cakap ttg maid, ada susah, tak ada pun susah.

MIL telefon tadi. Cerita kisah maid. aku tiba2 rasa stress yang amat. Isk. Nak nangis pun ada. Nak cite kat siapa pun tak tau. Blog je la tempat meluah rasa.

Camni ceritanya. My MIL ada sorang maid. Bukan live-in maid. She comes in 3 times a week untuk b uat kerja rumah, and bila-bila yang my MIL perlukan la. She's been working with my MIL for years now, and memang baikla dengan my MIL.

And, as you know, i have a maid, tahun depan, bulan 6, habisla kontrak 2 tahun maid aku ni. Nak jadi cerita, selalunya kalau pergi rumah MIL, aku akan bawak maid aku. Dan kadang-kadang, maid MIL ada jugak di situ. From then on, diorang berkawan.

it seemed like my maid kinda trust my MIL's maid la, anggap macamkakakla kot. So dia cerita macam-macam kat dia, kita namakan maid MIL as T, and my maid B (for bitch).

tadi MIL called. She said taht yesterday, apparently B called T up, planning things. Our family is planning to go on vacation tak lama lagi. Memang akan tinggalkan dia la. Sebelum ni, tak sure lagi nak tinggal dia kat mana, most probably my mom's la. Semalam, dia kata pada T, dia nak minta cuti while kami pergi vacation. Kononnya, kalau kami tak bagi dia pergi cuti, nanti bila kitorang nak hantar dia balik, dia nak lari. MIL cakap, mungkin dia ada boyfriend or something andplan to go on holiday with him la.

Haritu, dia ada bagitau, yang bulan 2 ni lebih kurang dia nak kena balik. Dia kata diakena attend court proceeding sebab ex-hasben dia nak amek custody anak dia. Me being naively-me, percaya je la, and was willing to let her go. I told Dan, and kitorang memang tak ada buruk sangka langsung, memang nak bagi dia balik. Bila akutanya dia berapa lama, dia kata tak tau, dia tanya aku, biasanya court proceeding berapa lama? Mana la aku tau. So, takpe.

Berbalik kepada cerita pertama tadi, kononnya, kalau aku tak bagi dia cuti while we're on vacation, masa dia nak balik dalam bulan 2 tu yang dia plan nak lari. She was so confident that we're going to send her to the airport by cab, and kononnya da dia nak bagitau the cab utk pergi tempat lain and fled off la. Tu yang dia bagitau T.

Dia jugak bagitau T yang dia tak suka MIL. My MIL dah biasa ada maid, and knows how toput them to their place. Kalau maid tu sedar diri akan tempat dia sebagai maid, tak ada masalah pun dengan my MIL. T ok je dah berapa tahun pun. Cuma this bitch yang tak sedar diri komplen, tak suka dengan my MIL. Dia cakap suka duduk denagn my mom sebab dia rasa diri dia macam majikan. Ye la, my mom orang kampung, tak reti nak ada maid ni. Siapa yg duduk rumah tu, treat macam family. Dia kata, kat rumah my mom, my mom yang akan masak, letak atas meja, dia datang makan je. Gila panas hati aku dengar. Celaka punya betina.

Well.. aku pun jenis yang tak biasa ada maid. Aku tak pandai boss people around, so aku rasa tu salah satu faktor yang dia naik kepala tu.

Sigh!~ Seriously. Aku rasa stress dan sangat bengang sekarang. Somehow, it doesn;t help la pulak posting ni. Nak kena cerita dengan seseorang jugak. Tapi siapa?????? Sigh!~

Tuesday, November 03, 2009

Pause

Hmm.. lama jugak tak post. A lot had happened. Tak sempat nak blog. Sigh!~


Of Kuching and a Loss

Rabu lepas, aku ke Kuching, sebagai organizer seminar francais di sana. Sepatutnya di sana samapai hari Sabtu. Kiranya, buat pertama kali selepas 2 visits yanglepas aku akan duduk di Kuching lama sikit. Mungkin, kali ni, aku sempat rasa mi kolok yang sangat sinonim dengan pekan Kuching itu. Hari Rabu, lepas samapi di Kuching dalam pukul 5 petang, aku sibuk berulang alik ke airport samapai malam. Heh. Mengambil bos2 adanya.

Hari Khamis, event mula. Perasmianjam 2.30 petang. Pagi, aku ke bilik sekretariat, lepas tu bawak notebook ke cafe berhampiran utk berwi-fi dan check email penting. Sempat la minum jus nenas. Sangat sedap! Balik semula ke bilik sekretariat untuk sambung kerja.

Sambil2 buat kerja, telefon bunyi. Mama. Dia kata nenek dah tak ada. Aku cakap kat bos, terus rush amek the first flight home. Sampai di Sepang dalam pukul 6. Terus ke tanah perkuburan, tak sempat tengok nenek untuk kali terakhir. Tak ada rezeki tengok nenek.. dan.. bukan rezeki aku duduk di Kuching lebih 24 jam.

Alhamdulillah, semua perkara berkaitan pemergian nenek berjalan lancar. Nenek pun pergi dengan mudah. Mama lagi sekali berpeluang ada bersama one of her parents at their very last hour. Dulu, masa arwah atuk pergi, mama jugak orang yang terakhir ada dengan tuk. Nenek pun macam tu. Mama jaga dan teman mereka di hospital. Rezeki dia agaknya. Aku harap, aku juga berpeluang jaga mama nanti, dan sarah tak rasa beban menjaga aku bila giliran aku tiba.

Tahlil ketiga di rumah nenek selesai pada hari Sabtu. Hmm... memanglah, setiap yang hidup, pasti akan mati, kan? Lagipun di usia nenek dan keadaan dia yang tak begitu sihat kebelakangan ni, ada terdetik di hati aku yang nenek akan pergi bila mama bagitau yang dia akan teman nenek di sopotal pada hari Selasa. Walaupun dah expect kejadian itu, sedih tetap ada. Teringat dulu, masa kecil, nenek pernah jaga aku, manjakan aku. Bila aku pregnant, nenek masak macam-macam benda yang aku teringin. Sedih, aku tak dapat kerap jumpa nenek, kadang-kadang tak singgah jumpa nenek bila aku balik ke rumah mama. Kesal pun ada.

Tapi, aku rasa, nenek had a good life. Walaupun masa mudanya mungkin susah, tapi, di usia tua, i think, life had treated her better. Nenek dah berpeluang buat haji, kerjakan umrah, ada jugak makcik-makcik bawa dia berjalan, sempat jumpa cucu cicit, samapi cukur jambul cicit terbaru dalam dua minggu lepas. Masa tu la aku terakhir kali jumpa nenek.

Apapun, yang pergi, dah selesai tugas mereka di dunia. Kita yang hidup perlu teruskan hidup. Nenek, you will be missed. Al-Fatihah.