Saturday, January 31, 2009

Update

Baru sampai dari menyertai bengkel yang aku anjurkan. Huhuh.. kira one-man-show jugek ni lebih kurang. tu yang gile bizi last week sampai naik bersawang sikit2 bloh nehh. Tapi nasib baik jugakla bos2 ku sporting & very supportive. Alhamdulillah, aku rasa bengkel ni boleh la dikatakan berjaya. At least, target was clear and we got to what we aimed to achieve. Except the penyelarasan kalendar aktiviti part. Takpe. Yang tu nnt aku buat sendiri and hantar to agencies for feedback.

Anyways, i'm quite proud of the workshop. The group was a very interactiveone with great ideas. Combination of people was pretty good, as it combines people from the top management as well as the desk officers per se. It enables the consultant to capture the grunts and various perspectives of participants in achieving our target.

Hasilnya dari bengkel ni? Hehe.. more, and more work. Sigh!~ Tapi, takpe. I've started to feel some passion in this field. Peranan bos pun sangat penting. Bos yang baik akan boleh pupuk minat anak buah dia terhadap kerja, walaupun dulu anak buah dia tatau amende pun pasal kerja tu. Bos yang baik akan membuatkan anak buah merasa yang kehadiran dan peranan dia tu cukup besar, penting dan dihargai. That's what i get from my bosses and i'm thankful, akhirnya Allah beri aku peluang belajar dari bos yang bagus. Kena perli dua tiga baldi tu biasala. Gelak2 je sudah, sbb kita tau bos buat camtu bukan utk bagi kita teruk, tapi to make sure that we improve ourselves.

Tadi bos aku buat resolusi bengkel. From his speech, aku macam dapat link kan dengan niat aku masa mula2 aku join service. I still remember, ustaz ckp apa kita niat kita dapat. Jadi, masa aku mula2 nak interbiu PTD, aku pasang niat, aku nak tolong bangsa aku. Tu je. Bila selesai interbiu, dapat, dan diberi first posting kat Kem. Pemb. Usahawan n Koperasi. Mula2 aku down sikit, sbb aku rasa Kem. ni tak powerful, tak byk benda yg aku blh buat utk tlg bangsa aku. Tapi, aku silap. kat sini mmg peluang berlambak2 nak tlg bangsa sendiri. Tinggal aku larat buat ke tidak je. Ni la Allah bagi apa yang aku dah niatkan, yang aku baru tersedar dan akan terus jadi motivasi aku utk buat kerja sebetul2 yang aku mampu. Ye la.. aku ni manusia yang bukannya baik sangat. Bila tiba time termotivasi tu, keje bersungguh2. Bila tiba mim-alif-lam-sin tu, menengok selagi ada blog je la sehari suntuk.. Huhu...

Okla.. itu je... hehe.. tatau dah nak wat ending camne. Kepala weng.. Ngantuk smlm tak tdo betul2.

Tiramisu

Saje je nak post gambar tiramisu aku buat, pakai resepi kDilla yang aku dah amek bertahun2 yg lalu. Hehe.. Ujung minggu lepas baru aku dapat buat. Tapi kan, aku rasa, kalau kat mesia ni, baik beli je la tiramisu tu kalau terasa nak makan. Kos nak buat dia aku rasa ada la nak dekat 60 hengget (kalau ikut resepi betul2 ler). Itu pun bhn2 aku pakai separuh sukatan je. Sponge finger je dah 16 hengget. Cheese dia 20, creme fraiche lagi 20. Ready made custard, 10 hengget. Pulak tu, barang2nya susah nak dapat. Kalau gi supermarket yang cater utk higher end/expats je yang ada jual. Iskk.. beli je la... Lebih economical.



Pose CNY

Aku nak post gambar ni masa CNY haritu, tp tak dapat transfer gambar. Pesal tah. Anyways.. ni aku post kan gambar anakku itew berbaju cheongsam melaram dgn sunglasses tok mak dia (takde power punya).


"Happy CNY y'all"



"I'm busy blogging too mommy...Btw, thanks for the little stroller"

Monday, January 19, 2009

Dulu dan Sekarang

Semalam, balik dari umah MIL kat Pandan, malam masa tu, macam2 insiden atas jalan raya. Ada satu motor, from opposite direction, sah2 lampu merah sbb belah kitorang hijau, dia zoom gak. So kete kitorang dekat la nak kena dia. Pastu dok pandang2 kitorang sambil gelak2. To them it's a joke. It's funny. I wonder if they would feel the same if it was a big truck instead of a car, and their bikes were under those huge tyres and their brains were scattered on the road. Would they still thought it was funny to cross red lights then?

Then, there was another motorcyclist. atas kepala ada topi, helmet sangkut kat lengan, bawah siku. Helmet tu gunanya nak protect kepala, i.e the brain dari kecederaan teruk kalau accident. Well i guess not everybody's brain is in their head. That guy's brain was obviously in his elbow, i fathom.

Macam-macam dunia sekarang. Tu baru cakap pasal road savviness, tak masuk bab lain lagi.

Sigh!~

Dunia sekarang... semua orang nak airport sendiri... Hahaha.. sorry.. didn't know where that came from.



Eh..korang semua tak nak ke propose buat airport kat laman rumah korang? Menteri pengangkutan cakap tak payah refer kat MOT pun...

Wednesday, January 14, 2009

Wow! Big One...

Adeih... tarik nafas sket. Banyak betul keje awawal tahun ni. Well.. memang high time la division ni buck up and get down and dirty, so to speak. Heheh.. Amendela aku merepek.

Anyways, kisah ni bermula sabtu lepas. kitorang gi Digital Mall, sebab ada la orang tu dok teringin nak henpon baru, lepas tu dok hint2 kat aku. Jadik, aku belikan la jugak, dia kata cukupla present ni utk cater for anniversary, birtdhday ngan v-day. Suka hati la. Punyela seronok dapat phone baru.. Hihi..

Lepas beli phone, kitorang pergi pulak kat this party shop kat deret mall tu jugak. Survey barang2 yang nak dibeli untuk birthday sarah nanti. Kedai ni, barang2 dia mostly untuk cater birthday party, tapi ada la juga barang2 untuk adult party and costume party. So, tengah menengok2 tu, perhatian anak aku tertarik kat this particular box. Masa tu salesperson/shop owner tu duduk dekat dengan kitorang. Box yang menarik perhatian sarah tu mengandungi stress balls, ala, bola lembut2 yang kita genggam/picit kuat2 untuk legakan stress tu. Yang menarik perhatiannya, stress ball ni dibuat berbentuk breast. Hehe.. Kira banyak la breast sebijik, sebijik dalam box tu. Sarah tengok, dia senyum dengan penuh cheeky nya and cakap.. "Nak ni, this one" Ni dia punya term kalau dia nak bf. Lepas tu dia amek sebijik, dia kata "Wow! Big one" dengan muka penuh cheeky. Hadey... aku ngan Dan dah tak tertahan gelak.. salesgirl tu pun dah tersenigh2.. ADuuuhh.. malu pun ada gak. Sabar je la... Cabaran bila anak dah pandai cakap.... Sigh!~

Hmm.. semalam lak terjadi kejadian yang tak best. sarah jatuh kat daycare (skolah lama), masa main2 dengan toy car yang tolak2 dengan kaki tu. Cikgu dia kata kuat jugak. Tapi aku tengok dia macam ok. Tak muntah2, tak demam. Geram gak aku ngan daycare tu. Toy tu kalau budak 4 tahun ke, dah stable okla. Budak2 2 tahun and below, nak kena monitor closely, sebab balancing diorang tak elok sangat lagi. Satu cikgu ni siap cakap, " oo.. kereta yang tu memang bahaya, licin sikit." Dah tau bahaya kenapa bagi main? Kenapa letak kat situ? Hangin betul.

Balik tu pulak, masa tukar diaper dia, aku nampak satu kesan lebam dekat bum dia. Kecik, tak besar sangat. Aku tanya what happened? Sarah nangis2 suruh aku jangan pegang kat situ. Sakit la tu kot, kan? AKu suspect dia kena cubit, sebab kalau kata dia terjatuh dari toy, terduduk atas toy, agak mustahil nak lebam sebab area yang lebam tu protected by diaper. Tapi, nak main serkap jarang je pun tak boleh jugak, kan? Huhu.. Aku pun tak tau how to react sebenarnya. Kang aku marah2 caretaker tu kang, dia treat anak aku tak elok pulak bila aku takde. Tapi takkan nak biar je. Aku pun tak cubit anak aku, inikan pulak sampai lebam2 kan.

Aku cakap kat Dan semalam, maybe it's a good idea to send her to the new school terus. Mahal la sikit, tapi service dia ikut standard. Takdela biar je budak main ikut suka, janji dia tak nangis... Sigh!~

Friday, January 09, 2009

Working out the daily stresses

Some days, when i get too bogged down with work, and my head gets dizzy from endless paper writings, i read selected blogs for a few reasons. To get in touch with current political things, to get a new persepctive of matters, to expand my vocabulay (those blogs are written in really good english) .. things like that. I've yet to edit my blogroll to include my weekly must reads. Even chedet's link is not updated. Will do so soon. Often times, what i read from these blogs about the current issues are so stressful and sometimes i feel that the issues are entirely dumb, it irks me so much and drives me up the wall! Things like the issue of the privatisation of IJN, the building of another LCCT in Labu.. urgh. You can just imagine how much money goes to waste (and into the pockets of some).

Anyways... these daily stresses need proper outlet to be channeled. Thus, in line with one my goals to be a better and hotter mommy (chewah!), i've started to hit the gym. :) Yeay! Claps for me. After two years of inactivity, i've finally started out on my quest for fitness. I go to the gym during lunch with my two colleagues. The gym is not in our office building though. We have to take the car there. Nevertheless, it's a public gym, no fees required. You may come and leave as you please (according to specific times). The equipments there, though not as abundant as there are in fitness centres, are satisfactory and in working condition, which is good, considering that it's a public facility. There's a trainer who helps out with the machines and advices on excercise. (He's a very fit 52 year old, FYI). We're quite happy with the gym and try to go there at least thrice a week, and planning to attend a poco poco session for the other 2 days.

Hubby's also been visiting gym on a frequent basis now. Yeay for us both. Have to keep up with sarah's agility.

Thursday, January 08, 2009

Mula Sekolah

Harini genap 4 hari budak2 sekolah. Teringat dulu masa kecik2, mama hantar gi sekolah masa darjah 1. Mula-mula parents nak hantar gi skolah St Gabriel kalau tak silap.. tapi takmau, nak skolah macam kak long. K.Long amekkan borang, dapat la juge i belajar di sekolah kat bukit bintang tu. Masa first day masuk, duduk sebelah dengan this chinese girl. Nama dia Seok Wei. Dia tanya aku nama aku in english. Dia tanya "What is your name?" Aku tak reti sepatah haram.. Aku cakap "No." Hahaha... aku citer kat Dan.. dia gelak. Isk.. aku pun gelak jugak.. Aku rasa ramai budak 2 tahun sekarang yang vocab nye jauh lebih banyak dari aku masa aku umur 7 tahun. Dengan anak aku pun aku kalah. Banyak dah berubah.

Semalam, first day aku hantar sarah ke sekolah. Well.. not to say school kindergarten. More to childcare tapi ada enrichment activities la. Dia masuk ECP - Early childhood program. Tapi, dalam kelas tu, dia sorang je toddler. Lagi 2 baby yang abru lepas pantang. Isk.. sian dia. Dia kawan la dgn budak2 kat kelas prescool.. Umur nak masuk 3 tahun. Sabtu sebelum tu, gi hantar barang-barang dia ke sekolah. Bila balik dari hantar barang, aku dengan Dan anxious gila2 nak hantar sarah. Segala macam negative feeling dirasakan. Ntahape2. Come wednesday, aku gi hantar sarah dengan Dan. Stay kejap samapi kol 8.30, since it was her first day. Dia dah warm up sikit, selambak je dia babai kat aku siap dengan flying kiss. Kita ni beriya2 la risau macam mana dia nak adapt kat sekolah barula, itu la, ini la.. Dia ok je. Alhamdulillah.. first day went well. Tak seperti yang dirisau2kan. Dah tunjuk dah aksi2 tarian little teapot dia dan lain2.. Heheh.. Memang pandai goyang macam mummy. Hahahahaa...

Harini hantar ke sekolah baru jugak. InsyaAllah..ok kot. Esok hantar daycare biasa balik, sebab amek 2 days program je. So weekly, dua hari je htr kat new school. Tiga hari lagi kat daycare.

Hmm.. baru nak masuk sekolah main-main dah risau camni. Kang dia nak masuk darjah 1? Tingkatan satu? kang kalau dia nak masuk asrama pulak? pastu kang nak belajar abroad pulak ke... huhuhuhuuuuuuu.....

Friday, January 02, 2009

Welcome 2009

Alhamdulillah, nampaknya aku diberi peluang untuk greet 2009. :) Tapi, tahun ni, no fireworks for me, despite the fact that i adore fireworks displays so much. I can't stop thinking of how it works. Tahun ni, dengar je la fireworks meletup2 kat luar, sambil mendodoikan sarah tido... hehe.

Last year had been an ok year for me i guess. Apa ye yang berlaku thn lepas? Hmm.. takde benda major sangatla. Alhamdulillah, unlike 2007, 2008 ni aku takdela kuar masuk hospital sbb sarah tak sihat. 2008 ni banyak career agenda. I went for my induction (finally!~ gila dah 3 thn keje baru nak induksi), aku dapat confirmation, dan sekarang aku tgh memangku 44. Alhamdulillah. Personal and family pulak, 2008 ni aku rasa banyak improvement dari 2007. We've coping better and better with family life, with the little one, and for once, i feel that my life is back on track. Macam dulu-dulu, masa baru kawen. I manage to follow a skincare regiment, that's good news enough for me. :) Takdela muka aku nampak sembab macam gambar raya 2007. Hehe. However, i'm still trying to get my workout routine on track. Yang ni payah sikit nak masukkan dalam jadual harian. I'm very interested in pilates. Tapi takde pilates centre yg dekat2 dgn rumah, or better, dekat2 dgn umah MIL. Buleh tumpang sarah sementara i go for my workout.

A new year ahead, new hopes and aims to fulfil. Aku plan apa ek thn ni?
1. Better delivery at work (kurang main2, reading political blogs...)
2. Better energy level
3. Regular workout sessions
4. Take pilates lesson
5. Take tailoring lesson
6. Take piano lesson
7. Learn salsa/ballroom/any dance with my hubby (i dont think he'll approve, but what the heck..)
8. Take at least 2 holidays
9. Potty train sarah
10. Stop sarah from nursing
11. Encourage sarah to sleep in her own bed
12. Be a better cook, better wife for my hubby
13. Be a better and hotter mommy ;)
14. Buy an oven and start baking stuffs... yumm...
15. Be less lazy and less procrastination - at work and at home
16. Be a better muslimah - amalan2 yang better quality. :)

Well.. cukupla tu.. although actually there's still a lot of things that i need to do. Well.. we can't be too ambitious, can we?

Apa pun, i think it's still not too late to wish everyone a happy new year. May this year be a good, blessed year for all of us. Semoga dengan datangnya tahun baru, berkuranglah gejala2 sosial dan jenayah, terutamanya terhadap kanak-kanak. Semoga berkuranglah juga hipokrit2 dan racist2 di Malaysia ni. Semoga perwakilan ke MAU 2009 memilih calon2 yang boleh berkhidmat utk agama, bangsa dan negara, bukannya untuk duit. Semoga rakyat di negara ini lebih bersatu padu dan menolak ahli politik yang menggunakan isu2 sensistif untuk political mileage. Semoga Allah sentiasa melindungi kita, meredhai dan merahmati usaha dan kehidupan kita. Amin.