Thursday, February 25, 2010

Lonely

Sigh. Lonely pulak rasa. Sarah dah tidur. Hubby's at work. Hmmm.. nanti hubby pergi detachment laaagiii lonely. Lebih terasa semenjak tak ada maid. Hate this feeling.

Work had been ermm.. entahla. Susah nak describe. Momentum memang ada. With the new boss, it's always full speed ahead.. sampai kita yang rasa tak terikut. Letih gak. Nak mintak tukar, sayang kerja sekarang. Rasa ada fulfillment. Tapi kadang-kadang, bila boss hangin satu badan, tu yang tak larat nak layan tu.

Tadi ada meeting. Sec Gen chair. Timbul cerita prosedur yang dulu dijalankan oleh kementerian yang dah bubar tu. Directly Sec. Gen. tengok kat aku, mintak explanation. Aku explain setakat aku tahu je la, selepas aku start servis. pastu semua orang dalam mesyuarat tu tengok aku macam nak telan. Adey. I only worked there tau. It's not like i make the decisions that it had to be that way. Nasib baik Sec. Gen. cakap, it's not the officers' fault. It's the management. Entahlah. There are always many different views towards things.

Tensen sikit2, aku sms kat senior aku dalam mtg tu jugak, kata kat dia, semua orang tengok aku macam nak makan. Dia reply, "Diorang tengok you macam sedap kot?" Heh. Hampeh.

Esok, nak bawa Sarah pergi jemputan birthday party kawan sekolah dia. Sabtu, kena ke Batu Pahat, rombongan meminang untuk adik den. Di antaranya, kena basuh baju, lipat baju, iron baju, mop lantai, basuh toilet, siram pokok, masak, amek gambar saiz pasport Sarah untuk sekolah, pinda dokumen from work, buat paper untuk bajet 2011, check status permohonan rmk10.... Isnin ni nak kena grill lagi. Aduh. Penat la.

I need to wind down. Jom, karaoke?

Apapun, salam maulidur rasul. Selawat dan salam atas junjungan besar kita. :)

Monday, February 22, 2010

My Princess Is Three!

Waktu ini, tiga tahun yang lalu.. agaknya aku tengah meneran kot, dengan gynae baru lari-lari masuk delivery suite tu, dari satu C-section di operating theatre...

Pukul 11.33 pagi... keluar la seorang baby girl yang kami dah cadang namanya nak letak Sarah Aiesha. Masa tu dia overdue 13 hari, kulit semua menggelupas. Bulu halus banyak sangat kat bahu, belakang. Pastu mata kecik je, bila pakaikan baby cap tu, nampak macam anak Eskimo. Masuk dalam nursery, malam-malam dok hisap jari, sebab lapar... tapi tak nangis. Pagi pukul 5 baru nurse tolak masuk suruh mummy nurse dia. Hehe.

Hmm.. rindunya ada baby... :)

Sekarang, three years after, my little baby have grown into such an adorable princess (at times) not to mention a very emotional and full of drama toddler.

We had a little birthday party among family members and cousins for her yesterday. The sweetest thing happened when she came to me and her daddy and said, "I love my party. Thank you mommy and daddy." Awww... she's so grown up now! Terus lupa all the tantrums that we had to put up with before. She can really be an angel at times. So proud of her.

Today marks your third birthday little sayang-girl. Mommy and daddy are extremely proud of you. We pray everyday that life will treat you well, and we try our very best to give you the best that we can offer. May you grow up to be a good Muslim, a pleasant being and live a blissful and meaningful life, blessed by the Almighty. Amin, ya rabbal alamin.

Thursday, February 11, 2010

Smart Mouth

Dah lama aku nak masuk entry ni, tapi tak berkesempatan. Hiruk pikuk di tempat kerja. Series banyak kerja. Toilet break pun sempat pergi dua kali je sehari dalam time office. Lunch break setengah jam (kalau bernasib baik). Hai... dah macam keje swasta dah ni. Tapi, ada rasa fulfillment la, sebab terasa full 8 hours kerja. Hehe..Sampai fb ke, blogging pun tak sempat.

Ke lain pulak perginya mukadimah.

Yang sebenarnya, entry kali ini nak compilekan saat-saat smart mouth anak daraku itew, sebelum aku terlupa. Isk.. cik adik tu, kadang-kadang tak terlawan dah cakap dia. Jangan besar nanti jadi lawyer sudah la ye..


1. Kes Pertama

Masa kat Doha, tengah dinner. Dia duk cakap sambil makan, dia baru belajar about man and woman, so dia cakapla, Daddy's a man, Mommy's a woman. Pastu, Tok Mak dia tanya, "How about me?" Dia kata, Tok Mak's an old woman. hehe..

Pastu, aunty dia tegur la, kata kat dia, "It's nicer if you say - you're an old lady".

Dia boleh jawab apa tau? Dia kata "No, I'm a little girl." Like.. duh!~ Sabar ajela adanya...


2. Kes Kedua

Ada satu hari, masa makan tengah hari. Dia minta dessert kot, so aku bagi dia chocolate sikit, kalau tak silap.

Bila yang sikit tu dah habis, dia nak lagi. Aku kata kat dia, "No, one only." Dia balas balik, "Two only mom..." Isk budak ni...

Aku kata kat dia,"You cannot have too much chocolate. If you do, you'll grow big like a giant, and you won't fit into the house anymore!" Konon-konon nak takutkan dia la. Selambak je dia jawab kat aku, " Then you'll have to build a bigger house for me." I was like.... eh-eh budak ni...


Setakat ni, itu je la pulak yang aku ingat. Hmmm.. Dah mengantuk kot? Takpela. Lain kali bila aku ingat aku buat entry lagi. Supaya, aku boleh kenang sambil senyum-senyum, nanti bila aku tengok balik entry aku masa Sarah dah besar, dah sekolah, nak sambung belajar dan duduk jauh dari aku n hubby. Sedih pulak rasa. Mesti sedar tak sedar, tiba-tiba sampai je masa tu.. Sigh!~ (Btw, she'll be 3 in 10 days!!)

You mean the world to me Sarah. I know i might not be the best mom in the whole world, but do know that you're one of the best things that had ever happened for mommy and daddy. You'll always be my little baby, sayang-girl. Mommy loves you so very much!