Monday, January 31, 2005

Alahaiii.. lama nya cuti. Pungkok pun dah penuh sekerusi.. wahaha.. melambangkan betapa mengembangnya badan bila dapat relax2 kat umah. Nak kata relax sangat, takla.. tapi, bosan.. jadik, terpaksala merelaxkan diri... Asyik tdo je keje... Athirah tdo.. aku pun join.. Kucing tdo, aku pun join jugak.. Ish ish... Seperti biasa, bila lama tak menulis, akan hadirlah kronologi sepanjang aku tak memposting. Kalau nak baca, bacala... takyah pun takpe. Tak penting pun. Kalau boring2, blasah layan je la kan. Hehe.. tau tak pe( phrase baru belajar nih!). ;)

Khamis, 20Jan
Khamis pagi2, aku gi umah CikD, utk mulakan perjalanan balik ke KL.. Iyerla, jumaat dah raya. CikD drive lepak2 je.. bukan nak kejar amende pun. Singgah kat RnR Tapah.. Waw!! The very the nice gitu! Cun lah. Kira baloilah iklan gempak2. Lepas solat, teruskan jln sampai exit Sg Buloh... on the way tu, CikD tersedar lak dia tertinggal jam kat RnR tadik. Hallamakkk! Tanya kat org PLUS Sg Buloh, tepon sini, tepon sana, kabarnya, CikD dah amek balik jam dia masa on the way balik Pbtr haritu. Cayalah PLUS. Seb baik staf dia pun baik2 je, tadek nak marah2 orang. Camtula customer service! Seb baik layan kitorg leklok.. kalau tak, mmg penuh la posting ni ngan sumpah seranah. Muahaha... tahniah PLUS kerana cekap menjalankan tamggungjawab anda!
Petang, lebey kurang kol 4, baru sampai umah. wahh.. penat sungguh!

Raya Haji
Pagi, lepas solat raya, pergi kubur arwah Baba... Dah masuk thn ke-4 dah arwah pergi. Aku kagum ngan kasih mama kat arwah. Tiap2 minggu, tak pernah miss gi ziarah kubur baba. Walaupun mama uzur, mesti dia nak ikut gak.. tp duduk dlm keta je la kan.
Masa tu, dah panas, so kitorg anak beranak masing2 angkut payung. Macam piknik pulak. Cadangnya, lepas balik dr ziarah kubur, nak terus balik kg... Tp, mama cakap thn ni, wan (mak arwah) buat korban kat area kitorg, so decided nak tunggula, just in case wan nak singgah ke. Rupanya, wan tak datang pun.. So after bro blk smayang jumaat, kitorg pun blk ler kg.
Kat kg, nothing much la. Seperti biasa, lauk std. Sesampai, makan dulu.. Hehe.. lapaq sey. Pagi tu bfast awal2.. Sampai kg dah kol 3..maunye tak lapaq. Nenek buat tapai pulut lagi. Best giler. Ingat kawen sok mintak nenek buat tapai manyak2 la... nak kasik tetamu, takmo kasik telur... hehe.. ok tak?
Lepak takde aktiviti sampai Larut petang. Pastu, cuz awin datang, ajak g Alamanda. Bolehla.. drpd terperuk je kat umah takde mende. After asar kitorg pegi. Dua kereta jugakla.. sume budak muda2... aweks ada, mamats pun ada gitu. Cuma yg remaja2 dewasa ni je dah berpunya.. yang lain tu single lagi. ;) Ooo.. b4 gih, awin n afiq n emi bertungkus lumus mengajar aku masukkan contact lens dalam mata. Penuh blk nenek dgn spectators. Makcik2 sumer pakat2 masuk tgk sbb kitorg dok terjerit2, so diorg curious n masuk tgk.. melekat la pulak sbb ralit tgk sumer org bekerja keras nak tlg masukkan contact lens tu dlm mata aku. Yg mata aku ni pulak, asyik nak terkedip2 je kejenye. Setengah jam sey nak kasik menatang tu masuk. Isk.. so, terkelip2 la for the rest of the day. Rasa cam waheeda pulak! ;) Ayat perasan: hmm.. cun jugak! Muahahahaa....
Kt Alamanda, tk shopping apa pun. Jln2 je. Ada kedai ethnic stuffs. Mmg best la kan. Ada collection baju this fashion designer..tak ingat nama dia.. haha.. sorry! Ada kebaya nyonya, fabrik n kerawang dia lebih kurang je dgn aa yg kitorg tgk kat Pesta Penang last yr... harga dia??? TIGA KALI GANDA MAHAL!!!! Gilosssss... sewa kedai kat situ mahal sgt ke??
Tunggu awin beli prezzie utk bf dia, pastu terus balik. B4 that, snap la 2-3 gamba, posing miang2.. wahaha.. Yg cuz2 lelaki ni, pose ala2 Manhunt gitu.. kononnya la kan. :p Sukatilaa.. Jadiknya, kitorg beraya kat alamanda je. Hehe.

Lahai.. kering aa.. kering idea utk cerita2 seterusnya. Lain kali je la.

Wednesday, January 19, 2005

..S E L A M A T H A R I R A Y A A I D I L A D H A..
Pohon dimaafkan salah silap, yang zahir dan yang batin. Semoga pengorbanan kita dalam apa jua bentuk sekalipun diredhai olehNya. Mudah2an Allah jauhkan penyakit2 hati dari kita semua. Amiinn!~

Monday, January 17, 2005

Kena Marah!!
Pagi2, tgh bersiap2 utk ke school, tiba2 dapat panggilan:
voice: Noreen?
me : oh hi aunty!!
aunty: Baru bgn ke?
me : Tak.. tgh siap nak g school
aunty: Noreen jgnla risau2 about hantaran. Aunty taknak you risau2. Aunty nak simple aje, buat yg wajib je. Cincin, tepak sirih and something else maybe, if you dont mind.
me : Hehe..ok.
aunty: Aunty tak suka la the way orang sekarang buat, macam nak tunjuk2 kat orang. If i want to give you things, i dont have to tell people about it. Betul tak?
me : Hehe..betul, betul! I agree. :)
aunty: so jangan risau2 ya? Take care. Nanti kita tgk2 what to be done when y ou come back.
me : Ok. :)

Muahahaaa... kan dah kena marahhhh!! Nih semua sah2 Dan la ni, gih report kat aunty that i was stressing out about the hantaran thingy. CHEHHHHH!!! I wasnt even stressing out for God's sakes. Hehe.. okla.. maybe just a little.. I told him that i should start looking for a job so that i can make some money to buy him hantaran. Sah2 dia report, and harini i jugak yang kena. Adushhh... Hehe..

Tp, betul la aunty kata. Kekadang, orang sekarang, suka buat mende utk menunjuk2. Typical malay behaviour la. Tp rasa cam again, trapped in the middle. My mom mungkin la tak kisah sgt abt these things.. tp relatives nih problem sket. They want everything to be like everybody else does it... biasala, typical malay mentality. Buat sbb orang. Haiyaaa.. i dunno aaa... As for me pulak, well... i want my engagement/wedding to be simple yet stylish. Tak semestinya hantaran mahal2... tp must be presentable. Tp, apapun, tak kesahla, as long as i get married. Itu yang paling penting!! :D Bagus jugak kalau aunty kata nak hantar 3 hantaran je, senang nak pulang 5 je. Kuih2 semua aunty2 dah cakap nak sponsor.. so, cukupla tu. Just have to prepare money for my baju and sewa dulang2 hantaran je. Wallaweyyy.. banyak save tu! Wedding pun simple2 je, duit lebih bawak g honeymoon laaa! Woohooo! (itupun kalau Dan dpt cuti la kan. :( )

Okeh..takmo pk pasal hantaran dah. :)

EQ Sunday Brunch
Two words to describe the EQ brunch yesterday : SANGAT BESHHHH!!!
We got there at around 1200, and started brunching soon after. There were a really huge selection of foods from malay cuisin to international cuisin, and a wide range of yummy desserts to choose from.

First thing i got on my plate(a little of each): Chinese style fried rice, fried kuay teow, lasagna, seafood au gratin, chicken boxing, steamed tofu.. ermm.. tu je kot. Ate in peace, savoring everything to its very juicy bits, surrounded by the lush nature, plus the sound of pouring water from the man-made waterfall that runs into the swimming pool... Waaaa.. magnificent dining experience. Emptied everything on the plate, sat and chat, then continued... Hehehe...

Next, i went to get myself a warm, made-upon-request waffle. Siap flirting jap ngan orang buat waffle tu. Hehe.. Apa salahnya kan.. berbudi bahasa. ;) That person asked, what do i want to have on my waffle.. I told him that i wanna have loads of ice cream on it.. and i did! 4 full scoops of ice cream (multi flavored), dribbled with chocolate sauce and strawberry molasses, chocolate rice and slices of baked almond. The taste? Heavenly! Hmm.. i could almost feel the fat from the waffle and ice cream encircling my thighs! Daym!

After waffle, lepakkkk lagi.. and when everyone was ready to fill their plates again, i went with them, this time filling mine with desserts.. cakes, pies, mousses, jellies... Sedapnyee!!! tapi, tak habis pun! Hehe.. but the cheese cake was really2 nice. Topped with caramelized almond plak tuh.. Hmm... sangat best!

After that, semua orang dah tersandar kat kerusi. It was only 1.20 pm.. We've got like another 2 hours to go. So we waited before continuing. At 2pm, everyone was ready to have their last fill. I went for the lasagna again. Why? sebab lasagna dia sedap gila!!!! The best i've ever had! Had lasagna with fried chicken fillets. That was the last thing i ate. After that, i took a cup of coffee to end the delightful sunday brunch.

All in all, memang sangat best la! Well, despite the high service tax la kan.. So, we had to pay around rm36.80 nett la for the brunch. Okla, since there was a huge selection of foodies kan. Maybe we should try that again next time huh?

Perjumpaan Tenaga Pengajar
Saturday night, malam perjumpaan ten pengajar cawangan P.Pinang, satu acara tahunan. Apa yang dibuat pada malam tu, serba sedikit latihan memanaskan badan (perhhh..mmg panas sungguh!!), pastu ada sesi dialog, kemudian sekali, sesi makan2. :)

Perhh... sengal2 badan tak habis lagi sampai harini. Pergelangan tgn pun lenguh sbb byk sangat menumbuk. Hehe.. tapi.. semua sangat best!! After sesi dialog, kenduri!!!! Haritu makan roti jala, lawan plak ngan kuah kari best and teh halia. Perhhh! ;) Habis keluar semua angin!

Itu lah suma citer masa weekend. Harini, letih lom habis, rasa nak tdo je.. tp sbb terpaksa get ready utk class esok and siapkan sebyk mende yg possible seblom blk berjoli utk raya, terpaksala abaikan rasa nak tdo sepanjang haritu.

Wokeys... gotta prepare for tekno. Bubbyes!

Friday, January 14, 2005

Yawn!~ petang2 ni, rasa cam mengantuk pulak. Hmm.. browse2 website on weddings and such. Sigh!~ Mahalnya nak kawen!! Hmm... with the financial standing that i'm in now, i think i can kiss my dream wedding good bye. Tapi... what's my dream wedding in the first place? Haha.. lawakla.. ntahla.. Nak 'dream' about wedding pun risau.. kena gak tgk budget. Kalau asyik dream je, tak dapat nak realize kan, karang keciwa plak.

Haha.. apesal ngarut2 pasal kawen ni. Ntahla.. rasa cam.. Waw.. am i really getting married this year? Kekadang rasa cam mimpi.. kekadang rasa cam nak cepat2.. Ntoh! Pepun, nak kena plan abt the engagement dr skarang. Venue for engagement pun dah cukup memberikan kepeningan. So far both granmas dah offer their places for the engagement. Hmm.. rasa cam trapped in between la pulok. Tapi, kalau rumah in Sepang dah siap by March, sah2 buat kat umah tu je. Masalahnye kalau umah tak siap...... Hmmm.......

Niatnya, hantaran nak buat sendiri, since mungkin takde keje betul2 lagi.. so ada spare time, and less money... so, kena la belajar buat sendiri.. Ala, bukan yang complicated pun. Hantarans must be simple, but sweet. Hantaran apa ek nak bagi? dahla kena bagi 2 dulang lebih to fiance nanti. Why like that aaa?? Pepun, hantaran utk tunang takyah mende2 apa sgt.. mostly foods je. aunty pun dah cakap, she already have everything in mind... what to give me, the color theme. Aunty pun kata dia nak buat hantaran sendiri, lilac gitu! Haha.. tak jadikla nak pakai baju kaler lilac for engagement. ;)

I have an idea of what i want to wear for the engagement already, something of pinkish hue.. Masalahnya, nak carik kain la skang ni. Hmm.. kena g shopping ngan Dan ler nampaknye, mintak dia bawak aunty punya Maya VIP card.. dpt discount sket. Kalau ala2 tersedak2 nak bayo.. ada orang leh dulukan! Hehehe.. Pastu nak carik hantaran utk dia plak. Hmm.. slalu kalau tunang2 ni hantaran sempoi2 je kan.. uish.. dalam sempoi2 tu, berapa byk ler nak bajet agaknye? waduh..haru sungguh! Kalau ikut Zura haritu... dlm seribu habis gak. Mana taknya.. make up jer dah around 200 kot. Hmm.. mekap snirik je la.. Tunang2 ni takyah make up sgt... biar natural. Kawen sok barula vogue de vasss gitu kan. Mueheh..

Isk.. cerita mcam nak bertunang bln depan je. Hehe.. Lmbt lg sebenarnya.. cane pun, kena la plan kan..

Hmm.. dahla musings utk ptg ni. Nak g pbtr, jenjln, tgk2, sambil melegakan hati yang sakit. Kenapa sakit? Heh.. bosan tgk/pk gelagat orang yang perasan bagus.
Brilliant!
Heehee..just came back from DrK's office. I feel brilliant! Wahahaa... Dr commented on my draft. He asked me to make it longer.. like 3 times longer. Lols! But he commented nicely, so felt good abt it even though i had to rewrite the darn thing. Best betul supervisor2 ku. :) The only down turn is that they're always so busy. Hmm...

Another brilliant(brilliant is like the keyword for today. Lols!) thing happened. But this one is rather freaky. Was having problems with my phone's sms for the past 4-5 days. I couldnt receive nor send any sms. Suddenly, last night, i kinda had this dream on how to solve the problem. It was like a dream.. but it also felt that i was not asleep... i dunno.. could be in my subconscious or something. The dream was like something is telling me to switch off the phone, and then switch it on again. When i woke up, i did like what the dream had said, and as soon as i switched it on, the msgs started pouring in. And i was like... waw!! How did that happened? Rather freaky huh? Tp, maybe it happened because i was thinking about the problematic sms for a longtime that i still think about it in my subconscious and my brain thought out the solution while i was sleeping.. Ke? Gee whiz.. i dunno. Its just too freaky! :p

And another brilliant thing.. Dan is coming back from India today!!! Hmm... lain kali dia pergi nak kirim nice kain saree la. Cun woo... tp not the striking ones la.. the silk, earthy colors, cantik! Bley buat baju nk pakai masa bertandang2 ke... Mueheheeee..... dahla masa tu nanti time raya2. Woohooo!!

Dahla.. ada byk corrections to do, and 2 papers to complete.. Hadeyyy.. hafta be wordy. hafta, hafta, hafta!!!!


Thursday, January 13, 2005

Tuhan Terlepas Satu Hari?
Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

"All aircraft this is Medan Control. We just had an earthquake. All systems seems to be normal and Medan airport is still open." Demikianlah kata-kata pengawal
lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika itu penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.

Mengganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil, perkara tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga esok hari ketika menontot BBC World News di bilik
hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar "Tsunami" yang menghempas tebing hampir semua negara di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini juga mencecah sehingga ke tebing negara Somalia di pantai Timur benua Afrika.

Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba talifon bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah SMS. Ia berbunyi:

Al-Qur'an, surah Mayram, ayat 88-91: "Demi
sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang
besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan
yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah
(Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun
nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa
mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari
Natal 25 Disember)." Sila sebarkan kepada orang ramai.

Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk mencari ayat sebagai "dalil" bagi peristiwa tersebut. Dalam suasana manusia seluruh dunia bergegas mensedekahkan harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas
mencari ayat sebagai dalil untuk menjustifikasikan peristiwa tersebut.

Penulis menjawab balik SMS tersebut:

Tuhan menunggu lebih 1400 tahun untuk melaksanakan
ayat-Nya. Namun apabila dilaksanakan, Tuhan terlepas
satu hari! Sila sebarkan kepada orang ramai agar kita
sama-sama ketawa.

Sebenarnya SMS di atas bukanlah perkara yang terpencil. Ramai umat Islam yang memiliki sifat angkuh di dalam diri mereka di mana dengan keangkuhan
tersebut mereka berkata "padan muka" kepada mana-mana kaum yang ditimpa musibah, sekalipun kaum tersebut seagama dengan mereka. Sebelum ini apabila berlaku
banjir besar di Bangladesh, penulis pernah mendengar di antara umat Islam ada yang berkata: "Itulah azab Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak
betul Islam mereka!" Apabila berlaku gempa bumi di bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata: "Azab
Allah turun kerana mereka itu orang Syi`ah yang sesat!"

Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu diubati segera. Mencari-cari ayat bagi menjustifikasikan sesuatu musibah dan/atau menuduh sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan sesuatu kaum merupakan satu kesalahan yang amat besar.
Ini kerana:

1. Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Allah dengan
memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan al-Qur'an
sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang memimpin
al-Qur'an agar secocok dengan apa yang mereka
kehendaki.

2. Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu
keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh di
sebaliknya. Asalkan sesuatu kaum ditimpa musibah,
mereka menuduh kaum tersebut sebagai telah melakukan
keburukan.

3. Mereka telah memperkatakan sesuatu terhadap Allah
tanpa ilmu. Apabila mereka berkata "Itulah azab
Allah", seolah-olah mereka mewakili Allah dalam
menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu
berlaku. Memang, semua yang berlaku adalah dengan
kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi
dengan pelbagai sebab dan hikmah di sebaliknya, jauh
berbeza dengan kehendak manusia.

Untuk lebih mendalami poin ketiga di atas, perlu diketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di sebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:

1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi
mereka satu peringatan agar kembali kepada kebenaran.

2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu
sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari pelbagai
sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana
manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara
zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk mungkin
sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia
pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di sisi
Allah.

3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi
mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan.
Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai
ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh
para mujahidin.

4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut
sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka
lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa
mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan
seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa
azab.

5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut
sebagai azab yang membalas kesalahan yang mereka
lakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka
lakukan adalah besar, maka azab tersebut berlanjutan
sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.

6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu
diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina
jatidiri mereka.

7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada
musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang
mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya.
Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian,
sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian.

Apabila sesuau musibah menimpa sesuatu kaum yang lain, kita tidak dapat pastikan sama ada ia disebabkan oleh kemungkinan 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 kerana semua itu
adalah hak Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kita juga tidak boleh berkata bahawa kemungkinan tersebut terhad kepada 7 yang tersenarai di atas sahaja. Apa yang
pasti ialah kemungkinan yang ke-7 jatuh kepada kita yang terselamat daripada musibah, sama ada kita mensyukurinya atau bersikap angkuh terhadapnya.

Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala bahawa dia terselamat daripada musibah tersebut. Kesyukuran ini dilanjutkan kepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan apa jua cara yang boleh seperti bantuan kewangan, bantuan harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.

Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut
memang layak menerimanya kerana salah laku yang mereka perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana musibah yang menimpa.

Melalui penulisan yang ringkas ini penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan para pembaca sekalian agar menganalisa diri kita sendiri. Marilah kita berfikir, adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur kepada Allah kerana
terselamat daripada musibah? Sudahkah kita menterjemahkan kesyukuran tersebut kepada menghulurkan bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah?

Marilah kita membanding diri kita dengan umat-umat daripada agama selain Islam. Dalam suasana kita berkata: "Itulah kaum yang diturunkan azab Allah", umat-umat agama lain berkata: "Itulah kaum yang sangat-sangat memerlukan pertolongan". Dalam suasana kita berkata: "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh kaum tersebut sehingga ditimpa musibah?", umat-umat agama lain berkata: "Apakah yang dapat kita lakukan
untuk membantu mereka?" Dalam suasana kita sibuk mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang menimpa satu kaum, umat-umat agama lain sibuk mencari
peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama dalam misi penyelamat.

Sungguh, sangat berbeza sikap umat Islam berbanding umat-umat agama lain. Marilah dari saat ini kita berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang menyamai umat-umat lain tetapi melebihi mereka. Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan sesuatu yang dituntut oleh Islam?

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[al-Baqarah 2:148]

Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa
yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
[al-Maidah 5:48]


Betul kan apa yang penulis cakap? Ada antara orang kita yang sibuk nak menunjukkan dirinya beriman, dan boleh come out dgn dalil2 dan seumpamanya. Bila menunjuk2, tak sedar, diri tu dah dikaburi dgn riak.

Apapun, Allah itu maha kaya. Selalunya, kita ni akan diuji balik dengan apa yang kita cakap. Masa tu, baru tau langit tinggi rendah.. itupun kalau sedarla kan. Manusia kalau dah riak, mulalah membanding2kan perihal orang dgn diri sendiri. Kononnya, aku boleh berkorban, kenapa orang lain tak boleh (contoh). Tak sedar ke? Jalan yang dilalui setiap orang berbeza2. Bukan tak tau, mungkin dah lupa. Ingatlah balik, gerak semua datang dari mana? Bukan hanya tau cakap di mulut, hati dah tak ingat apa.

Kalau ada yang terasa, mintak maaf.. tapi mungkin bagus juga kalau terasa. Apa yang elok, boleh diambil iktibar. Dah tiba masanya untuk berubah pun.

Wednesday, January 12, 2005

WAHAHAHAHAAA.......... Sukanyaaa!! Dan dah balik!!! :D We talked and talked last night, and he called again this morning. He was saying that the house was too expensive. Hehe.. manala i tau sayang oi. Your mom said ok je.. i ok je la jugak. Haiyoo... Anyways, i know that he loves the place as much as i do. Nak cover konon. :p Hmm.. syoknye!!! Nak kawen! Nak kawen!!! Mueheheheeee.....

Oh.. and he said he wont be going to MD even if they offered him.. since the pay for MD pilots pun tak cukup nak tampung hidup in HK.. might as well tak payah kan. You work to make money, not lose it. So, he'll stay in 727 fleet. Hopefully he'll get promoted to captain as soon as possible. Amiin!~

Happynyaaaa!!! tak dapat jumpa pun takpela, as long as he's already in the country, i'm happy enough. Tp, kejap je.. malam ni, he's off to Madras pulak, until Friday. Boo-hoo-hoo!! :(

Tuesday, January 11, 2005

Sad but Happy(huh?)
Back in Pbtr. Huhu... didnt get to meet Dan at all!!! He was supposed to come back on Saturday, but they discovered a hole in the aircraft when they were in Macau, so they were stranded there for 1 night and transported back to Shenzhen the next day, and can only return home today!!! ;( Sangat sedey. Punyala bersemangat balik harituh.

Anyways, days of balik rumah was put to full use. Hehe. Saturday, lepak2 kg Pandan with mom, mlm tu pulak gi rumah angah kat semenyih. Sunday, gih wedding kat Kuang. Giler jauh. Nasib baik tak kena drive. Phew!~

Anyways, walaupun sad tak terkata sbb tak dpt jumpa Dan, monday made me feel better.. walaupun terpaksa bangun awal, and menunggu berjam2... worth it la.. coz it made me happy.. Hehe. :) However, the overwhelming feeling makes me wanna explode coz it cant be channeled to the 'right' person. Hehe.. hmm.. boley la tu.

I envisioned us, holding hands in front of the house. (macam iklan ici dulux pulak..hehe). Sigh!~ cepatla kawennn!!!

Friday, January 07, 2005

Boyz II Men - Fallin'

Everytime I think of you
The woman all my life been waiting
There's nothing that I'd rather do
Than love you endlessly
Don't know what you see in me
Girl you bring out the best in me
And I realize when I look in your eyes
There's nothing that I can do

Catch me I'm fallin'
Head over heels in love with you
Oh bless me fallin'
And no one can do
Catch me I'm fallin'
And my heart is like brand new
I'm falling in love, falling in love
With you

Everytime I see your face
Its like sunshine on a cloudy day
Its a feeling that can't be replaced
Like the feeling when we embrace
Out of everything that you do to me
For your love I'll do almost everything
And I realize when I look in your eyes
There's nothing that I cannot do

Catch me I'm fallin'
Head over heels in love with you
Oh bless me fallin'
And no one can do
Catch me I'm fallin'
And my heart is like brand new
I'm falling in love, falling in love
With you

Now tell me how much you love me
And show me how much you need
I'm waiting right here for you
Whenever you need

I'm fallin', fallin', fallin' in love with you


;) Thanks sayang.
FANTABULOUS!!
Ahahahaa.. seronotnya!! Petang satg nak balik. Tmrw, Dan lak balik..and the best thing about today is.. i added the engine oil and brake oil of the car all by myself!!!! Hahaha... great accomplishment! I'm so damn proud of myself. Heheahhe... b4 ni, mana nak letak engine oil pun tak tau. Today, berjaya menambah minyak brake n minyak engine. Okla tu.. for someone who's clueless about the mechanism of a car.. tau drive jer. :p Muehehe.. sukanya!!

Ikutkan, byk mende nak di postkan... tapi, tak dapat nak susun ayat, jadi, takleh la nak posting. Pepun, nak marking quiz smlm jap, baca paper yg Dr K bagi dah nak masuk 2 minggu, tp dok baca title je, hantar buku kat library, hantar selimut gi dobi, jaga test, BALIK!

Pray that i have a safe journey ya? Cheers y'all. Have a happy, fantabulous weekend.

Tuesday, January 04, 2005

Quick posting b4 going down for tutorial class.
Hehe...

Tadik nak g smayang, kol 4.15 turun gi surau. Niat hati, tunggu kejap, terus boleh asar. Nak masuk, terserempak plak ngan DOS! Aiyaakkk.. dia tegur, "Aik? Dah pukul berapa ni?", memaksudkan dah kol berapa baru nak solat zuhur. Dgn tersenyum seikhlas mungkin, aku jawab "Errr...kejap lagi! :)" Hehee.. Dr pun kata.. "OOOO.... ingat baru nak zuhur." Aku pun heheheh je la berlalu. Bukan menipu tau.. I told him the truth la kira kan. Mmg la nak solat kejap lagi, both zuhur n asar. Dia interpret aku nak tunggu asar. Hehe.. not my fault la kan. Hehe. Spt kata azeno, 'surat' lambat slalunya kat atas skali, kena baca awal la. Hehe.. Tp, awal ke lambat ke 'surat' tu, jgn sampai kena renyuk dan dibaling balik kat muka pengirim, sudahla ek? ;)
Alhamdulillah... pagi ni, walaupun masih dlm zon PMS, mood macam dah ok sikit. Takla macam smlm... perasaan macam rojak. Nak marah ada, nak nangis ada, nak mencarut ada... semua cukup. Pagi ni, tenang sikit... ibarat lautan tenang selepas tsunami. :) Baru la ada mood nak blogging. :D

Umah Azeno
Jumaat petang, kitorang berbondoi2 menuju ke umah azeno, menaiki AEG yang sarat dgn barang2 azeno, spt kebiasaan bila minah ni balik umah. Hehehe.. jgn marah naaa.. Sampai lewat, dedekat maghrib. So, lepas mandi2 n solat, azeno bawak kitorg gi megoplex utk beli dinner bwk blk umah. Mama dia tak sempat nak masak sbb kena gih kenduri. Takpe makcik.. apa yg ada kitorang bedal. :) Balik umah, masing2 makan ler apa yg dah dibeli. Abg Ngah tak join pulak.. malu kot? Muehehee...

Pas makan, lepak2, mlm sket bila abg ngah dah tak conquer tv, layan lak The Stepford Wives. Hehe..menarik gak ek citer tuh. Konon semangat berkobar2 nak tgk Incredibles la, Alias la.. Hampeh.. layan mata jer la atas katil. Wahahaa.

Next day, seperti yang dah diceritakan oleh azeno di blognya, kitorang meyongket, tempah baju dan sebagainya.. sampai pakcik sound la kan. Kuang3.. Adei..sorila pakcik. Susah carik parking.. orang ramai la kat JJ. Heeeheee... Apa yg terjadi sepanjang hari Sabtu tu, seperti yang diceritakan oleh azeno.

Sunday, hari kenduri abg long nak g haji + kenduri house warming. Isk.. bagush nye abg long.. Muda muda dah gih haji. Bertuah sapa jadik bini dia. :) Sesapa nak try, silala hantar borang kat azeno. Kita dah takleh dah... single but unavailable. MUahaha..

Pagi lepas breakfast nasik goreng n telur goreng, tolong2 sikit2.. Hehe..Sangat sikit. Hehe... Tlg amende ntah. sikit sangat sampai tak ingat. Lepas tu, tgk2 suratkhabar ttg update tsunami... UIshh.. teruk rupanya. Insaf, hak Dia, Dia nak amek, bila2 masa je. Itupun ada lagi puak2 yg tak sedar diri, masih adakan konsert. Bila ditanya, kenapa masih adakan konsert.. alasannya, konsert tu tertutup, nak hiburkan hati. Tahik. Hiburkan hati dgn hiburan jer la taunya.. Kan ke lagi elok hiburkan hati dgn baca quran ke, mohon doa dikuatkan semangat mangsa tsunami ke. Bukannya niat nak jadi ustazah... cuma, sedih, sbb ada golongan orang yang cenggini. Ketua menteri negeti tu pun sama je, ye la, terpaksala pertahankan diri bila perkara tu dah masuk berita terkini kan. Macam ni ke pemimpin? Tak sensitif langsung kat penderitaan orang lain. Memang la, life must go on.. tapi apa kata tragedi tu jadik kat diri kita. Baru tau, susah senangnya utk go on with life. Baru tau langit tinggi rendah. Tuhan dah bagi petunjuk pun tak nak amek iktibar. Bukan nak tujuk baik atau beriman... cuma luahkan rasa tak puas hati. bak kata abg long, bising kat meja makan je, orang yg dlm tv tu tak dgr. Ni nak diperdgrkan kat internet... manala tau, ketua menteri melaka tu baca.

Emosi pulak. Hehe.. nways, lepas layan paper, masuk blk, konon nak baca majalah... pastu majalah kemana, orgnya dah tergolek2. sampai kol 11, makcik masuk bilik suruh siap, baru terkebil2 masing2 nak gerak. Siap2, baca yasin, doa, pastu, makan time. Masa tu, ingat takmo makan lagi, sbb nasik goreng pagi tadi pun tak habis hadam agi kat dlm perut. Pastu makcik suruh gak makan. Dia kata kang orag katering tu balik, dah takde mende dah nak makan. Dia suruh kitorg makan banyak2... dan itulah yang kitorg lakukan. Hehe.. ye la.. kenala ikut kata kan? :) Masa orang sume nak kuar, abg ngah tersengih sengih dari jauh macam kerang. aku n cikD tgh sambung layan paper, tunggu org reda sket. Pastu abg ngah laung.. "Ni paksu!".. Yang dikata paksu tu, dok tersipu, pastu marah kat abg ngah sambil tergelak2. Hampes. Nak kenakan kitorag lak. :p

Proceed g meja makan, dan bersantap sepuasnya dgn lauk spt yang dikatakan oleh CikD. Habis makan, lepak2 kat meja jap sementara kasik nasik turun, nampak abg Ngah dr jauh dok pandang2 n gelak2..isk.. nasib baik dia tinggi n lagik besar.. kalau tak bley gak nak sekeh. Isk..

Pastu, sesi melepak lagi sampai petang. Petang bila semua dah kemas2, tea pulak. Makan choc cake orang sebelah kasik. Sedapppp.. Pastu abg Ngah siap2 nak balik. Mlm, lepas maghrib, prepare dinner lak. Abg Long bising, katanya tak sempat nak lapar dah makan lagi. Hehehe.. takpela abg Long. Kang kat mekah teringat2 lak lauk kat sini. Haa.. makan puas2. So, kitorg pun makan ler beramai sambil tgk tv. Hajat nak blk ptg ahad pun terkubur la sbb masing2 dah penat. azno, penat mengemas ke hape, tak pasti lak (hehe) yang pastinya, aku ngan cikD penat giler... bukan penat mengemas.. penat makan. :D *Burp!~* Alhamdulillah....

Monday morning, breakfast je dah sental nasik. Lauk daging minang semalam masih best. Habis bfast, kitorg pun berarak balik kampus. Smpt gak beli kek blackforest kat kedai best. Mmg sedap. Yummm!! Balik kampus, rasa mood cam tak best lak.. sampai malam. :(

Hari ni, dah ok blk. Nasib baik mood tak ceria tu tak bertahan lama. Sesapa yang tersa hati smlm.. mintak maaf banyak2 ek. Series.. tak pernah bermaksud nak sakitkan hati sesape. :|

Tadi Nura br datang, ambil almari plastik kat rumah tu, dia kata storage kat umah tak cukup nak simpan baju amir yg banyak. Hehe.. baju amir ke baju dia? ;) Oleh sbb dah takde tmpt nak letak barang, terpaksala esok ajak azeno g tesco, carik rak murah. Sesambil tu, bley makan claypot rice kat tesco. Sedap woo!! Hehe... diet? Ermm... diet tu hape?

Monday, January 03, 2005

Waaa... becila... bencilaa... I hate this pms thingy!!! Very, very unstable now. Tadi cam ok.. pastu rasa cam nak makan orang..pastu cam ok blk... pastu cam nak giget orang lagi... Waaaa...... marahnya..marahnya!!!!!!

So many things to post...tp..nnt la.. bila tsunami inside me dah reda.

PS: Sorry ppl if i'm being such a jackass today. I cant help it. I've no way to stop my hormones from fluctuating and affecting my moods.
EXPLORACE??? CHUM??? Uuuu...?

Muahaha... so many things to post.. but i've just gotta post this one first. Hahaha.. this is my cuz-to-be with his partner as team 16 in the 2nd season of explorace.. HAhahaa.. cayala chum! Go chum go!!! Click here to view their team.

PS: azeno, kalau kita jadik join explorace kali ni, bley lawam ngan diorg kan?? Hehe.. Btw, season 3 punya application dah bukak!