Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri




Buat sahabat-sahabat yang jauh di mata, tetapi selalu dekat di hati, I wish all of you a Selamat Hari Raya, dan maaf zahir dan batin atas segala kesilapan, juga sebab dah lama tak contact (phone). Huhu.. Rindu memang rindu. Sangat mengharapkan satu hari nanti, angan-angan kita yang dulu untuk beraya bersama-sama berserta family masing-masing menjadi kenyataan. :)

Apa pun, semoga kalian semua berbahagia dan bergembira di hari raya, jangan makan banyak sangat, nanti susah nak diet (ni pesanan untuk aku sebanarnya), drive elok-elok ke kampung, jaga anak-anak elok-elok, jangan bagi main mercun yang boleh memutuskan jari, jangan lupa bawa penutup hidung dan mulut untuk dibekalkan kepada mereka yang memerlukan. Last but not least, kenanglah daku masa makan kuih raya (you know just how much i loveee kuih rayas, don't you??) :)

Untuk makluman, saya akan mula bercuti jumaat ni, walauppun kampung saya di sini sahaja. Sebabnya? Nursery sarah ditutup sebab ada kes HFMD. Ni pun, MIL and hubby tengah jaga dia. Kalau aa kesempatan turun ke Lembah Klang, jemputlah beraya di rumah, ya? :)

Salam lebaran! :)

Friday, September 11, 2009

Grey Friday

Urghhh.... today is not such a good day, so far. Maybe i started the day on the wrong footing. I dunno. But everything seem to go on the opposite direction right now. And the way it's going, it sucks! Benci!

The division is having a buka puasa feast today. Aku cuma sumbang masa kutipan duit haritu. tak bawak apa-apa. Tak ada mood. :p

My low moods have been going on for the past week i think. Sucks... really.

Yesterday, in a meeting, ada orang cuba menangguk di air keruh. Openly wanting to tread of my boss' toes. and i thought they're long time friends. Like.. WTF man? Kenapa aku yang pissed if he wanted to step onto my boss' toes? Because, it also involves us, the division in a whole. That's whay i'm darn pissed of with that bloody basket.

Harini pulak, i made a phone call to an acquaintance. Aku tak kenal la siapa dia.. pastu nak cakap macam bagus. Like duh!~ Sila pergi mampus with your farking attitude.

-- content deleted. sorry.. my bad. --

Urghhh... is it just me, or is the world trying to get at me and kick me in the butt? Sigh!~

Hurmm... just had to get that out of my system. I'm having a not so great day, and am yet to find a pick-me-up.

Thursday, September 10, 2009

Sekejapan

Sekejap je dah masuk minggu terakhir Ramadhan ye. Hmm.. Sungguh simple aku rasa bulan puasa tahun ni. Tadarus pun sendiri2 je. Dulu, sebelum kementerian bubar, ada jugak buat tadarus ramai-ramai dengan warga kementerian yang lain. Ni, dengan budak-budak pejabat aje. Ada la dalam lima orang. Bila cuti pulak, sama-sama bercuti... hmm.. sampai juz 3 je la agaknye. Hihi. Takpe. Niat yang penting. :)

Rekod hingga hari ini untuk ramadhan tahun ini.. hehe. Tak singgah pun ke pasar ramadhan untuk beli lauk buat berbuka. Almost everyday masak sendiri ye. Hehe. Ada la jugak makan kat rumah MIL, rumah mama, makan kat luar... Tapi kira ok la kan. Dua kali je pergi pasar ramadhan, itupun sebab MIL pesan roti jala sekali, pastu beli kuih-kuih untuk buka puasa kat rumah mama sekali. Yang lain, takde. Save jugak bajet. Mana taknya. Kalau sekali pergi pasar Ramadhan tu, paling kurang mesti habis 10 hengget jugak kan? Fuhhh....

Baju raya? Hmm.. belum siap lagi. entah. Tak runsing sangat pun. Macam tak galok sangat je nak raya. Anak aku dah mula sibuk.. "we are going to hari raya??" dia tanya, tiap-tiap hari. Hehe. Macam satu tempat pulak hari raya tu. Takpelah. Janji dia suka. Baju dia dah siap dengan baju daddy. Kalau baju aku tak siap... hmmm... pakai la baju tahun-tahun lepas kot.. tapi, tailor itu tetap akan kena marah la kan. Hahaha...

Hmmm... macam takde mood pulak lately ni. Isk.

Maid aku pun macam dah mula lain macam je gayanya. Macam fizikal ada kat sini tapi fikiran kat tempat lain. Orang cakap lain, dia buat lain. Isk.. aku cakap hidang puding roti, dia hidang roti dengan jem semua.

Isk... Dekat rumah MIL baru-baru ni pun MIL kata dia mula buat hal. Aku keluar sekejap rasanya haritu. MIL nak masak untuk buka puasa. Maid aku ada kat situ, boleh buat dek je. Bila aku balik, baru dia terhegeh-hegeh nak tolong. Nak kata dia penat berpuasa. Well.. masa tu dia tengah cuti.

MIL kata, maybe dia ada boyfriend. Iskk.. Dah mula dah penyakit. Siap tanya-tanya MIL punya weekly maid about guards kat rumah MIL. WTF kan? Dah mula gatainya tu. Aku tak kisah kalau dia nak ada boyfriend ke apa. Tapi jangan samapi kena tangkap buat kerja sambil lewa. Memang aku pantang. Semalam, notice railing tangga berhabuk. Dey.. kalau aku nak biar railing tu berhabuk, aku tak payah ada maid. Aku buleh buat sendiri.

Entahla. Nak marah susah, tak marah, sakit je hati. Isk.. tu ada hati Indonesian government nak demand minimum wage for maids RM800 konon. Bukan ada value add pun. :p Suka menangguk di air keruh.

Ada maid susah... tak ada maid pun payah... sigh!~

Hmmm... time for bed. Tak guna pening kepala pasal maid, kan? Not worth the utilization of my brain cells.

Saturday, September 05, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Pagi tadi, lepas mandi, out of nowhere DD minta nak gunakan potty. She sat there for a while, and she went! The big job and the small job, both!! Mula-mula masa nak poop tu, she kinda panicked and asked me to help her up. But i managed to calm her down, until she did both businesses in the potty.

After her afternoon nap, she used it again (although she did wet her diaper during her nap). Yeah. I still put her in her diaper, just in case (Ya, saya memang tidak rajin nak mengelap sebarang accidents. Bad mommy!). However, i asked her if she wants to potty every hour.

Let see how tomorrow goes.

Oh, btw, esok plan nak buat raya shopping. Baju untuk maid, some fancy ribbons to dress up sarah's baju kurung, mama's request of red tudung, a few other tudungs... hmm.. that's about it i guess.

Just saw KFC's new shrimp stick advertisement on TV. Those sticks looked huge on the commercial. Had them yesterday. Wayyy off. Those thing-a-ma-jigs were tiny!! :p

Ok. Retiring to bed now. Need a good rest before my shopping marathon tomorrow. :)

Nitey nite mateys!

Friday, September 04, 2009

Autocruise

Pernah tak experience buat sesuatu dalam keadaan autocruise. It's like, your mind isn't thinking, and your body just does what it usually does, your conscious mind became kind of unconscious, and you subconscious mind takes over.. (wow... that got me confused on how to spell conscious).

I've had that experience a couple of times. the most recent one was yesterday.

D-Day for me came yesterday.. you know, D-Day... when you diharamkan berpuasa (untuk perempuan sahaja ye)... So ok, i went about life as usual. Went back home, MPSJ was just about to start fogging our neighbourhood. After the foggig was done, i starte to prepare for break fast / dinner. Yesterday's menu was ayam masak paprik with sayur campur-campur.

Break-fast time was usually a simple affair. After breaking fast, teman sarah watch tv for a while. After that, my hubs went for shower and maghrib prayers. After he was done, i followed suit! I prayed maghrib. Tak sedar langsung tengah having menses. Siap plan nak mengaji pulak tu, nasib baik tak jadi sebab takut lambat sarah nak dinner. Like weird. Dan pun macam tak perasan...

Even lepas solat tu pun tak sedar jugak. When we were having dinner, kepala aku dok plan lagi, lepas ni naik atas, change sarah into her pjs, solat isyak... and then, all of a sudden it strucked me. I was having my menses.. What in the world was i doing praying maghrib just now???

Yep.. i was certainly on autocruise mode... Sigh!~

Thursday, September 03, 2009

Pick Me Up

Hurmm... my muse started writing again. How lovely. :)

Sigh! Had to give sarah an enema last night. The teacher told me that she was having hard stools and was having a hard time excreting them. This time around, she was wailing when we told her what we're gonna do. Last time elok je. Maybe because she had a tough time pooping at school kot.

Now.. this constipation thing always happens once in a while. Like most other toddlers, she just refused to eat veggies. Cakapla macam mana pun, eat celery stick like the Wonderpets ke, eat spinach like poppeye ke, have to eat veggies to poop better ke... Tak jalan jugak. Haritu, we went to a restaurant where they served celery sticks and carrots with dips as the appetizer. We're quite relieved that she took one celery stick, and dipped in the veggie dip. Alih-alih, dia makan dip je.. celery tu panjang tu la jugak. Sigh!~ Maybe i'm not persistent enough when introducing veggie kot. Huh.. Kena lebih persistent lepas ini, dan lebih tenacious dari sarah. Hehehe..

Sometimes, when making tomato sauce for pasta, aku masukkan jugak grated carrots, tapi sarah kurang gemar tomato sauce. She drinks juice, but i think the best source of fiber is in the fruit/veggie itself. Bila dah jadi juice, fiber dah kurang, gula je lebih.

She used to enjoy eating carrots and peas when she was younger. In fact, we had no trouble getting her to eat veggies when we introduced them earlier, when she started solids. Sekarang je, bila dah besar dan makin bijak, semuanya yang macam sayur dan buah... "I don't want!!" Hadeyy...

Bagi idea sikit, boleh?

i. Macam mana nak bagi toddler makan fiber - buah/sayur/ other fibrous foods.
ii. Idea resepi yang boleh dicuba.
iii. Petua / teknik meredakan constipation.

Terima kasih atas idea-idea anda, ya?

Tuesday, September 01, 2009

Ramblings

Di luar hujan. Pendingin hawa di pejabat ini pula sangat kuat. Sejuk. Hingga ke jari jemari. Tak bolehbuat kerja.. boleh type posting sahaja.. Hahaha.. Bengong.

Dalam kesejukan, aku click nlog chedet. Lama aku tak masuk, sebab blog-blog itu menambah tekanan perasaan. Don't get me wrong. Tun is very upfront dengan apa yang dibicarakan, dan dia memang ada point untuk semua benda yang dia khabarkan. More often than not, his take on any subjects are spot on. Juga, memberi kesedaran dan informasi kepada orang yang kurang tahu, like c'est moi. Ia menjadi tekanan bila keadaan negara sekarang tidak memberi prihatin terhadap apa yang Tun katakan dan dok pulun lagu tu jugak. It almost seem like, the future is pretty bleak. Sadly, we won't be living in this future. Our generation will. Kita nak wariskan bleak future ke?

Semua benda nak dipolitikkan. Negara kita baru merdeka 52 tahun. Tapi berapa banyak yang menghayati kemerdekaan? Iyalah, orang tak pernah rasa susah, tak pernah rasa zaman perang. Ye, aku pun tak pernah lalu zaman itu, tapi, dari pembelajaran Sejarah masa di sekolah, tak banyak sikit, ada penghayatan terhadap susahnya tok nenek kita dulu nak dapatkan kemerdekaan. Sorry to say ramai generasi baru ni tak sedar. Belajar sejarah tak nak. Sekolah pun tak wajib ambil kan? Yang melayu, sibuk sambut merdeka dengan rempitan di sana sini, bawak la bendera malaysia tu dengan kapcai diorang. Apa rasionalnya? Apa pengisian kemerdekaannya? Kalau tanya sorang-sorang, nanti nak jadi apa, yang boleh disumbangkan kepada negara? Pasti rata-rata cakap tak tau lagi la... Salah siapa kalau anak bangsa tak ada wawasan?

Yang non bumi pulak, asyik nak persoalkan hak keistimewaan bumi. Always want to take, but not willing to give. Tak perlu hurai banyak2. Refer to demi negara dah cukup.

Paling aku muak, sikit-sikit 1Malaysia. Sini 1Malaysia, sana 1Malaysia. Apa sebenarnya 1Malaysia ni? Everybody tak mengira kaum is Malaysian? Really? Rukunegara pun tak tentu hafal dalam bahasa kebangsaan yang betul, ada hati nak mengaku Malaysian? Pulak tu, pemimpin sendiri, utamakan politik masing-masing dari kesejahteraan negara. Satu perkara yang obviously menyumbang kepada perpaduan tak nak buat. Kata we are not ready konon. Kalau macam tu, we are not ready to become 1Malaysia. As DN said, it's more like 3 in 1 Malaysia (or 4/5/more..).

Politik berteraskan wang... akhirnya bencana. Bila agaknya politik nak bertunjangkan ilmu?