Friday, December 26, 2008

Welcome Baby!!

Tahniah buat aznor n fazli yang baru je dapat cahaya mata lelaki di Hosp Ipoh awal pagi semalam. Hehe.. bila dia besar sikit, boley citer kat dia santa claus hantar dia masa christmas. Hehehe... takla.. lawak je.

Apa pun, aku belum tepon aznor lagi nak congratulate dia on the newborn. Musti dia tengah letih, tak tidur malam sbb in labour. So, aku takmola kacau dia semalam. InsyaAllah, kejap lagi kang nak tepon.. pastu nak suh dia mms sikit gambar baby. :)

Sekali lagi, congratulations to aznor n fazli for the latest addition to their family!! :D

Tuesday, December 23, 2008

Binatang

Hari ni di Harian Metro, kisah dua beranak, diulangi DUA BERANAK, bapak dan anak 16 thn di Butterworth rogol budak... no.. correction.. BAYI. 20 months old baby to be exact.

My clerk told me about this. Upon hearing, memang aku tak tertahan rasa sebak.. terus mengalir je air mata. I just don't get it. Macam mana manusia yang Allah bagi akal tergamak buat benda macam tu kat baby yang tak tau apa2, yang mengharapkan orang dewasa simpati dan jaga dia, yang tak boleh defend diri dia sendiri... Perangai mengalahkan binatang.. binatang pun tak main dengan anak binatang yang tak baligh lagi... Ni bukan setakat dia sorang, ajak anak bawah umur buat sekali. Apa kejadah.. Apa lah nak jadi dunia akhir zaman. Makin ramai orang yang ingat dunia je macam diri masing2 tak mungkin mati satu hari nanti. azab Allah tu buat macam cerita dongeng yang takkan berlaku je. Wallahualam. Semoga dijauhkan dari kegelapan hati.

Aku doakan ibu dan anak yang dizalimi tu diberi kekuatan oleh Allah SWT. Semoga Allah selamatkan anak2 kita semua dari kezaliman dunia dan akhirat. Semoga yang menzalimi diberikan hukuman setimpal di dunia dan akhirat.

Wednesday, December 17, 2008

Malam Tadi Dalam Sejarah

Wah.. dari pagi tadi nak cerita kisah ni, tapi tak berkesempatan. POst kejap la sambil buat speech ni. Ngantuk lak layan speech petang2...

Something special happened last night. :) Hubby takde, gi detachment Manila since two nights ago. Biasanya, my little daughter mmg akan tidur on our bed, kat tengah2. Ntah kenapa, monday night, dia sendiri2 pergi naik atas katil dia (cot dia yg kitorgdah tukar pengahdangtepi tu dengan bed railing, so she can climb into and out of bed easily), selimutkan diri sendiri, kissed me goodnight and said night2 to me, and stayed in her bed. this was rather weird sebab sebelumni memang la kitorang pernah try suh dia tidur kat katil sendiri but to no avail, and we've stopped trying a couple of months ago. Sebab ingat biarla dulu, sampai dia dah stop breastfeeding, takpela, baru train dia tidur katil sendiri.

Alih-alih, last night pulak, lepas her daily dose of night time nursing (which is usually done lying down on the big bed), she got up of the big bed and went to her little bed, and got ready for sleep there. konfius lagi skali la aku ni. tapi aku biar je la. Yang the previous night tu, akhirnya dia naik balik ke katil aku sbb dgr anjing menayalak2 bising kat luar. Last night pulak, dia baring sambil main2 dengan doll dia, last2 dah pukul 11.30, she called out "Mummy!" and i went over, tepuk2 sampai dia tidur, and she slept through. Sampai dalam 4.30 baru dia nak her morning nursing fix, and brought her back to bed with me.

Hmmm... dah besar anak aku. Nak tidur sendiri. I'm back alone in my bed. Rasa macam pelik... biasanya ada si kecik kat sebelah yang within arm's reach je. Ni dia dah pergi tidur kat katil sendiri. Sigh!~ Mommy feels so alone in that big bed. Hmm.. tetiba rasa macam sebak pulak. Tu baru dia gi pindah katil, still inthe same room. Sok dia nak stop breastfeeding, nak pindah bilik, nak gi skolah asrama, nak dipinang orang.. camnela pulak akunye sebak kan.... Huhu..

Betuila apa Dr.Nora cakapkat aku haritu.. enjoy and savour each moment when your baby is still a baby. nakal sikit2 tu biasa la. Take it all in. nanti bila dia dah besar, you'll be missing the time when they're still babies..

*P/s: anak aku telah mula menggunakan perkataan NO dengan meluas. "Sarah would you like too speak on the phone/change diaper/eat/drink water/shower now...." "No." Sigh!~

Tuesday, December 16, 2008

Cuti Cuti di PD....

Salam kepada kawan kawan. Sori, lama tak update. Biasala, cuti skolah.. so saya pun cuti cuti gak.. walaupun anak belum mula skolah. :D Haha.. Dalam masa 2 minggu, 3 kali berulang alik ke PD.. tu la nak pergi sangat kan.. Hah, hambek ko... pergila PD tu puas2.. padan muke aku. Hahahahahaa...
First time pergi bagi ceramah... Pastu gi bercuti kat Avillion.. pastu kena datang bengkel pulak kat Corus... kira aku hafal dah la jalan gi PD tu... (series Nura, aku hafal...)

Holiday@Avillion

Our holiday at Avillion PD wasn't as great as we thought it would be. Why? It was school holidays and we booked the hotel over the weekend.. so memang nahas la kan. Orangpunyala ramai, especially from the neighbouring country. Pool penuh orang, breakfast pun kena line up, garden chalet tu agak bising orang lalu lalang.. waarrrghhhh... Tak la kata tak best langsung. Best tu tetap best, especially bila dengar kekekan sarah dalam swimming pool, sambil main2 dengan daddy dia, tengok dia and daddy enjoy each others company, the way she enjoyed the live band... seronok... yang tak best tu sbb terlalu banyak orang... bad timing.. Takpelah.. since voucher pun banyak lagi.. we're planning to go again... NOT during the school holidays.

Oh.. during that time, we also tried dining at the sister hotel, Avillion Admiral Cove. The hotel is ok i guess (tak tgk bilik pun..) pool besar, cantikla.. Food pun murah. Steak boleh tahan.. pasta pun ok... Boleh la kalau nak pergi lagi..

Hari Raya Aidil Adha

Balik dari bercuti, terus ke rumah mama untuk beraya... Biasa2 je sambutan raya haji tahun ni. Berkumpul dengan sanak saudara.. tapi tak semua gak yang balik. My closest cousin pun balik kg dia, so tak jumpe.. Petang raya tu, balik umah in laws pulak. My BIL and SIL pun ada, bari balik from Doha for holidays. So dapatla sarah jumpa kakak almaz dia. Sayang bukan main diorang dua org. Kejap2 peluk, kejap2 cium. Apa kakak almaz dia buat, dia ikut... bila dah balik umah pun dok tanya kakak almaz where? Iskk..

PD lagi

On the 11th, gi PD lagi.. bengkel SKT PKT pulak. buat kat corus.. tapi kitorg yang golongan marhen ni duduk kat apartment.. yg bos2 dok kat hotel. Ya rabbi... apartment dia.. run down gila2. Teruk banget!! Bayangkan la... Bath mat pun guna towel potong dua.. cermin pun takat ada satu je dalam bilik air. Sayang.. sebab kalau maintain, mesti cantik.. Tapi sebab very poorly maintained... teruk sangat. Dahla tu... swimming pool berkeladak. Geli tengok...

End of Holiday

Sigh!~ mulai semalam, tamatla sudah percutian... Hehe.. ala.. pergi bengkel tu kira bercuti la tu... Semalam patut masuk keje.. tapi aku dapat mc masa pergi chechkup sbb tak sehat. Chechkup follow up dengan gynae pasal IUD tu la.. pastu check berat.. heheh... i dah tuwun 4 kelo la.... wawww.. Rasanya macam dua tiga hari lepas timbang kat pantai turun 3 kelo je.. hehe.. primanora punya timbang lagi ringan ni... bagus... bagus..Heheh.. bestnya!! kena tuwun lagi 4 kelo... chaiyuk!!!

Monday, December 01, 2008

Little Sayang-Girl

Seperti yang telah dijanjikan kat Nura, ni some of the most recent of sarah's pics. Sigh!~ Macam macam ada...

Gambar ni amek kat playground at our housing area. Kalau tak silap yang ni masa second time bawak dia pergi playground. Suka bukan main. Nak ajak balik pun susah!

This was sarah's first ice cream. double chocolate. daddy yang pilih, and daddy yang suap. Puas hati la dia makan kan... Tapi takdela kitorang bagi semua kan.

This was taken last week, if i'm not mistaken. Masa tu i left her to watch tv while i went for prayers. Pintu bilik biar bukak je so that i can see her from inside the room. Masa tengah pakai2 telekung, tengok dia baikkk punya posing. apa lagi.. snap gambar dulu... hehehe...


Gambar ni masa baru belikan dia sunglasses. Daddy dia la ni, risau anak dia silau la, kena UV ray la.. Well.. kerisauan yang berasas la kan. Tapi, sunglasses tu besar, jadik dia takleh nak pakai lagi. apapun, gambar ni konon2 macam pandai sangat je pakai sunglasses tu. Style la konon. Pastu everytime kitorg naik kete, mesti dia mintak, " mummy, glasses.." hehe.. samapi kena sorok glasses tu dalam umah since dia takleh pakai lagi. Takut tercucuk lak mata kang..

Gambar ni goyang2 sikit, sebab aku snap masa aku tgh drive. Sarah kat seat belakang. Tu la, galok sgt nak pakai gak glasses.. Terbalik pun terbalik la, janji dapat pakai kan... Tu yang tak tahan tu.. Musti snap jugek.. Sok dia nak kawen sok, tunjuk kat bakal hasben dia. Heheheee...

Itu ler dia, antara updates on my pip squeak's piccas. Kejap je dah besar... Tahun depan dah masuk 2 tahun... Cepatnya masa berlalu...