Wednesday, August 23, 2006

Breathe and take a day at a time

Kekadang, sesak otak kalau fikir macam2 at once. At times like that, ada baiknya malas.. malas fikir, malas react, malas segala-gala; bukan utk selamanya, just until all the chaos subside. Penat bila chaos berlaku tak habis2... :p

Oh..stumbled upon this very nice doa from someone's blog.. Dr orang itu, mohon kebenaran publishkan doa anda yang indah itu di sini, semoga menjadi bibit2 doa yang tidak jemu diucapkan slps solat... :)

Doa Seorang Isteri
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Friday, August 18, 2006

Tiga 'Ta'

Tak ingat la whether aku penah cerita ke tak abt this dlm post yg terdahulu.. Anyways, nak ckp gak.

Being in the position i'm in now, i've received quite a number of email layangs and cerita2 abt corrupted govn servants, as well as having read abt it in local newspapers. Tak tau mana silapnya kan, sedangkan mula2 masuk politik kononnya nak perjuangkan martabat bangsa. Bila dah naik takhTA, lupa niat asal. Sama la jugak macam kebykan kita kat dunia, aku pun termasuk. Bila dah lama dan lali hidup kat duni, kekadang terlupa kita pernah berjanji dgn Dia sms di alam roh dulu. Apa yg dijanji pun, mungkin ramai yg dah lupa. Berbalik pd cerita corruption, bila dah ada takhTA, dibanjiri pulak dengan waniTA, dapat pulak harTA, maka banyaklah jiwa-jiwa yang jadi lemah kan? Mulalah, lupa asal usul, lupa bangsa... Ingat perut sendiri aje.

Guru ajar supaya sentiasa berwaspada dengan 3 TA nih. Pesan yang akan ku ingat, dengan izinNya. Yang aku kagum, bila aku masuk service (diam tak diam dah sethn jugak aku dlm service), ada aku dgr the very same peringatan dari pegawai2 atasan. Yang kiranya dah mmg super senior aku la. Aku bangga adanya mereka yang masih ingat tujuan mereka menjadi pegawai kerajaan. mungkin ada byk lain yg corrupted, tp dengan izinNya, bermula dengan sedikit yang sedar kedudukan mereka, akan tiba masanya untuk perubahan berlaku. :) Perubahan ke arah kebaikan. Dan aku takkan putus asa utk melihat perubahan ini berlaku.

Okey..off to have a spanking good weekend! :)

Wednesday, August 16, 2006

Longing for a nice, luxurious holiday

Haha.. mengada.. tak cukup nice nak luxurious pulak :p Hmm... bestnya kalau dapat gi cuti2 kat pulau yg berpasir putih, halus, air biru yang crystal clear.... Hmm.. bestnya.. sigh!~

Monday, August 14, 2006

Hmmm.... still at the office after a lengthy meeting. Haha.. I guess the boss just regained her strength to talk endlessly after a week's break. Takpelah... janji dia bahagia. :)

Hukhuk..bila hasben nak balik?

It's been a week now since Dan went to do his HKG-ANC-LAX run. Huh. Saturday ni baru balik. Huhu... pastu cuti lama la kononnya. Like yeah right la. He's on standby, can get called up anytime, anywhere. Huhu..lamanye tak bercuti2an, bermesra2an, berdua2an ngan hubby. Wendu la plak. Hahahaa... Shopping sesama pun dah lama tak buat. Hehe.. not like i larat la nak bershopping mcm dedulu. Penat aa skang. Tp kena gak g shopping since baju2 dah tak muat. Hmmm... cincin tunan aritu dah tak muat.Jari mcm dah swollen, ketat gile that ring. Agak2 aci tak kalau mintak ring baru? Hehehe... takmola... cincin takmo.. nak rantai T&Co. :p Cheh.. ada hati nak demand. :p

Huh..tadi rasa mcm berjela nak tulis..tp since tinggal lagi 6 menet nak blk, shorten la. Nak singgah alamanda jap.. beli buah2an.. utk baby. :) Byes!!

Friday, August 11, 2006

Berita Palsu Kemenangan Lina Joy

Baru je terima email abt kepalsuan berita kemenangan Lina Joy kat mahkamah. Waht a relief!! Ada pihak nak amek kesempatan nak psiko nampak... So umat Islam sekalian, meh kita bersama2 kuatkan persaudaraan kita, perangi musuh2 dalam selimut nih. Bersatu teguh, bercerai roboh. :) To LJ, semoga ko diberikan petunjuk dan hidayah dari yang maha Esa. Amin!~

Hari yang penuh meeting

Hadey..meeting dr pagi smpi petang ler today. Penat den. Anyways, the meetings were quite interesting. The first meeting proved that i was a sucker with microphones and public.. not so much with the public la.. more on the mic. Pesal tah..ckp kat mic je cam berterabur. Kena beli mic satu ni, letak kat umah, practice depan cermin. The other meeting tu, dapat info yang mana sebenarnya banyak peluang untuk libatkan diri dlm perniagaan ni. Byk pihak yang willing nak bantu. You just have to meet the right people. Even thru uni, you can start a biz. Aku harap, lagik ramai Bumi yang dapat peluang bukak biz, majukan biz smpi global. To kengkawan, kalau berminat, aku akan bantu setakat yang aku mampu... Tp jgn mintak tlg yg bukan2 la. Skang ni aku masih banyak nak belajar camne nak bantu bangsa aku. Hmm... :) Wish me luck!

Thursday, August 10, 2006

Daily Ramblings
Finally!! My pc is ready. Heh..but with that comes also all the work that had piled up over the last few days when i couldn't do my work coz i don't have a work station. Heh. Talk about irony. Demmit. :p Hehe..mind my language. Posting is the ONLY way that i can curse (although i might've spat a curse or two while driving) without the baby in my tummy hearing it. Hehe.. Takdela baby jadik cam cerita Meet The Parents tu..first word asshole.. duh!~

Anyways, so far dah hampir siap one report tertangguh. Esok polish sbb ptg2 lagi 15 menet nak balik ni otak dah jem... Dahla lapaq.. Isk.. lupa je nak bawak biskut. :p

Hari ni no specified topic.. apa yang terlintas je la.. Hmm.. got an email tadi kata kes lina joy dah menang. Wallahualam.. sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Semoga kita dan keturunan kita dilindungi daripada kafir2 laknatullah nih. Mmg celaka.. ko dah tanak percaya mampus korang la.. jgn la guna taktik longkang nak jerumuskan orang lain. Apesal dengki sangat? Takut tak cukup member nnt nak masuk jahannam ke? Dasar laknatullah. :P Tolong la umat Islam yang dilimpahi kesenangan kat bumi Mesia ni.. tolong la sedar diri, sedar asal usul. Kalau Dia tak izin bercantum benih dalam rahim ibu masing2, tak rasa kita semua nikmat dunia ni. Isk.. mcm mane nak kasik org yg buta hati, buta mata, tuli, pekak badak paham ek?

Haritu tgk Discovery Channel. Akan ada suatu hari nnt ada satu gunung berapi yang sgt besar akan meletup, dan akan mengakibatkan suhu dunia berubah sehingga berkemungkinan terjadinya lagi sekali Ice Age. Gunung Berapi super volcano yang dikatakan mengakibatkan perkara ni terjadi takla terletak jauh sangat dari kita.. Tu.. dekat Lake Toba, Indonesia. Just imagine la how big the lake is.. Tu besar kawah dia... isk.. negara kita sebelah je... Wallahualam. Nak kata risau sgt tu..ermm.. risaula jugak... Tp kalau benda mmg dah dijanjikan oleh Allah, mana boleh kita elak ye tak? Just wait n see... wait n see..

Okla.. nak balik aa..

Oh..btw.. skang diorg dah block YM la kengkawan.. Aku dah tak dapek masuk YM.. HUHUUHU... :(

Wednesday, August 09, 2006

Hmmpphh.. dah masuk hari rabu dah ni..Pc aku yg diamek sejak ari isnin ta gak siap2nye lagi. Adey..penat gua asyikl tompang pc orang. Anyways, everytime masalah yang sama.. bila dah tiba depan posting page blogger nih, dah tatau apa nak post. Kalau masa tengah melengung tu, i.e masa tgh tuck in traffic ke, masa tgh dlm bilik termenung ke, rasa cam byk je nak dipostkan.. Isk.. hampeh btol.

Checkup yang ke-3

Last wednesday pergi checkup pregnancy (apa term dia? antenatal ek?) kat sepital pantai. Kali ni terpaksa gi sensowang sbb hasben nye flight delay. Isk. Bengong nye transmile. Tu la.. kapalterbang org dah humban nak buat besi buruk pun nak beli lagi.. pastu rosak manjang. Bowdow. Anyways.. aptmt kol 0930, so aku dah smpi around 0900... As usual, kena amek berat... mak datuk.. naik sampai 3 kelo lebih..kalau campur kenaikan seblom ni, dah 5 kelo within the 1st trimester..Isk.. galok sangat tuh. :p Kang obese pulak kang.. Pastu kena pegi kencing and gather urine.. hmm.. Mmg susahla nak weewee kalau disuruh nih. Isk.. pastu tunggu dr sampai sejam, walaupun aku org yg 1st utk aptmt tu.. sbb pepagi dr kena pergi morning rounds dulu kat wards. Tunggu ler smpi nak dekat 1030 baru dr masuk. Seb baik dr ni cun n senyum sokmo... Takdela hangat hati. Hehe.

First n foremost, dr suh gi baring utk buat scan. Kalau ikut scan haritu, baby dah masuk 11 minggu 6 hari. Awawal lagi dah nmpk dia spread eagle kat dlm screen, tp tak nmpk lagi genitals dia. Bila dr greak sket probe, dia pun gerak2 sket.. lepas tu galak plak dia gerak, a few kicks here and there, pastu dia shake dia punya bum. Haha.. kecik2 lagi anak aku dah pandai shake his/her bon-bons. :) Too bad hubby tadek nak tgk dia gerak2. Takpela.. next aptmt dia off, blh la dia tgk. Pas scan, dr ckp amende sket2, kasik ubat, pastu habis... hmm..

Memandangkan aritu aku cuti, blk je dr spital trus gi mvalley, nak beli baju ngan skirt sbb baju kurung dah sendat kat pewut. Beli dua helai baju ngan selai skirt... tp smpi skang tak pakai lagi pun.. sbb rasa cam segan plak. Cam ngada.. baru masuk 3 bln nak pakai baju maternity. Heh.. perasaan je tu, tau.. manade org nak ckp pape.. tp cam segan gak.. nnt la.. Bila baju kurung dah konpem takleh masuk baru pakai la. Lama gak bjalan2 kat mvalley tuh. Somput gak ghaso eh. T/hari, lunch ngan buddy masa DPA. Sambil lunch smbl gossip. Hisy.. rupanya byk gosip dpa yg aku tatau nih. Hmm.. mcm dok bawah tempurung jek kitorg masa dpa sbb kitorg dua2 mmg baru tau mende2 gosipan tu slps dpa. Haha.. satelite nak kena upgrade nih. Tp gosipan tu mmg memeranjatkan la.. isy..isy.. apa nak jadi.. apa dah jadi??

Lps lunch, blk umah terus terbongkang. Penat siut. Dr kol 1045 smpi kol 1400 aku berlegar2 kat mv tuh. Before carrying, mungkin rasa tak penat sgt... tp since membawak budak nih, perhh.. letih tu. Dahla jalan sowang2 jek. huhu..

Rombongan lawatan orang jauh

Last sunday org penang datang melawat!! :D Suka betol.. sbb mmg dah lama berhajat nak gi penang nengok si danish.. tp sampai la blom dpt chance. Bila nak pi pun cek tatau la. Anyways, sempat la bergurau senda ngan danish smpi danish tersengih2... tp ibu dia kata dia borak ngan org dln perut, bukan ngan aku. hehe.. iyer la kot. Wah wah.. belum kuar lagi ko sudah pasang umpan ya Danish. Heheh... takpe.. long een ni sporting. ;) Memacam citer kuar, cite mengandung, citer beranak, citer nak membesarkan *tuuuuttt* utk kasik baby senang menyusu... dsb... Tapi yang tak syoknya, tak sempat nak bergosip. Isk.. haru sungguh. Ramai ngan org sekeliling bila nak bergosip. Iskkkkkk... kacau sungguh. Takpela nura, lain kali la nooo.. takpun kita online je. ;)

Dilema duduk umah

Kali ni hubby will be away for 13 days.. lama gak tu.. nak dekat 2 minggu.. so mama suh dok kg. Hisy.. so yesterday aku pun from opis trus aa blk sepang. Alahai.. tp hati gua tak tenteram la.. Risau gak umah tu tinggal takde org.. Sbb depan umah kitorg tu ada org aprika nyewa. Dan br lak ckp, masa dia kuar bwk beg besar2 tu, sama lak dgn salah sorang aprika ni kuar.. So dia tau la yg kitorg takde kat umah kan. Just risau la.. takut kang nia nak ceroboh ke hape.. Isk.. buruk sangka kan? Tapi nak wat camne.. kalau kelompok2 diorg mmg tak penah ada kes, kita pun takdela nak buruk sangka kan. Masalahnya mmg dah tersohor org aprika kat mesia ni kiat kena berwaspada sket. Mcm2 kes. Tp kalau dok umah risau gak... sbb dia tau mesti aku sorang. Isk..

Walaubgmnpun, aku tetap suka gak dok kat situ, walaupun sensorang. Tak dpt nak explain la kenapa. Bukan tak suka blk umah mak snirik.. tp ntah la. Aku rasa lagi selesa kat umah snirik, walaupun aku kena prepare dinner snirik, basuh baju snirik.. At least kat umah snirik aku rasa agak safe, mungkin sbb aura hasben tu ada kat umah tu kan.. Walaupun dia takde kat umah, tp dgn berada kat umah tu kurangla sikit kerinduan kat dia.. At least kat umah tu bila masuk blk nmpk la baju2 dia, shaver dia, bau cologne dia, nmpk berus gigi dia... Hehe.. cam kemaruk je bunyik... Kang bila jalan nak gi hall, lintas study dia yang byk brg tu.. so, takdela rasa sebak sgt. Pastu kat umah ada broadband.. blh skype ngan dia bila dia online. Hmmm.... alahai. :p Nak balik umah! :(