Tuesday, May 10, 2011

Tuhan, Beri Aku Kekuatan

Sigh!~ Starting a post with a sigh sure is not a good sign huh?

Anyways...

Semalam lapor diri di Bhg Baru. Policy division. Dengar nama pun dah tau kerja di situ berat. Tu lah. Agaknya, God wants to show me, banyak sangat komplen tentang bhg org lain. Padan muka. :p

I reported duty at about 11.30 a.m. as i had to attend a meeting earlier in the day. After that, i resumed packing my stuffs from my old room, and by 4.30 pm i was ready to move. Nasib baik jugak same floor. Selesai berpindah randah haritu juga.

5.30pm - first meeting as policy officer. Ended at 7.00pm... Can you imagine?? I'd just reported duty for God's sakes!

Today, one task after another. Pagi siapkan a few papers, lunch hour short meeting, petang discussion and preparing for a cabinet level meeting. Pukul 7.30pm baru gerak dari office. Mujur DH tak ada kat rumah. Sigh!~

Kalau first two days of work dah macam ni, imagine hari-hari mendatang? Budak2 kat division tu rata2 balik lepas Maghrib, or lepas Isyak. Including mak-mak orang. I can't (won't) do that! Kalau that is what is expected of me, then sorrylah. I cannot oblige. Walaupun macam tu, the pressure would still be on me dan orang macam aku yang reti jalan lurus je, tak pandai nak belok2. Kena pulak boss yang won't stand up for his officers (aku dengar dari orang lain yang pernah kerja dengan dia). Blame officers dia lagi ada. Aduyai..nasib.

Tapi, semalam macam kemuncak stress. It's probably that time of the month as well, so it really didn't help. I was practically sobbing all the way home, sambil memandu. Macam drama swasta pun ada. I guess it's probably my monthly crying episodes. It would be nice to have someone to share the load with. Tak kongsi beban masalah pun tak apa, kalau sudi dengar dah cukup. Unfortunately, banyak orang di sekeliling aku yang suka cerita tentang diri mereka, jadi, walaupun aku cerita pasal aku, tetiba, the story line akan bertukar menjadi tentang mereka. Jadi, akhirnya, aku akan diam. Apa lagi aku boleh buat??

I foresee that the stresses that i faced from the previous, previous (direct translation?) division will haunt me back. Aku tak tau kalau aku ada lagi kekuatan pada diri aku untuk hadapi. Aku rasa, yang paling berat, bukanlah kerja, tapi berat kalau aku tak dapat sokongan / restu dari orang yang aku sayang. Bukan aku mintak supaya biarkan aku kerja sampai larut malam dan abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan mak... Tapi, aku cuma mohon kalau dia boleh cuba untuk faham dan terima, kerja ini di tempat sekarang, bukan aku yang minta. Apalah daya aku untuk melawan arahan-arahan orang atas. Aku dah cuba cari jalan keluar, dah jumpa JPA minta keluar Kementerian, minta keluar dari bahagian dulu yang juga sangat stressful, but i ended up in another ugly place. Tolonglah faham, at least that. Mungkin ini yang tersurat untuk aku. Aku pun tak mintak berkerja dengan sebuah organisasi yang tak efisien sampai perlukan kakitangan berkerja sampai malam, macam orang tak ada keluarga. Aku akan cegah balik lewat / kerja luar setakat mana yang aku mampu, tapi kalau sekali sekala aku tak mampu tangani perkara tu, tolonglah jangan bagi aku reaksi negatif. I've tried, but if still happens, i guess it's my fate. I'm powerless to change that. And as if that's not bad enough, i'm also not getting the support that i need from someone whom i needed most.

Ya Allah, sesungguhnya aku tak berdaya melawan takdirMu. Berikanlah aku dan keluargaku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, kau tidak akan menguji hambamu dengan bebanan yang tidak mampu dipikul olehnya. Amin!~


Friday, May 06, 2011

Pindah... lagi!

Hati ini serabut!

Last wednesday, an officer from HR came to my room to introduce 2 new officers. At the same time, he handed me my transfer order. I was to be transferred to policy division. Yikes!

Honestly, i don't know what to expect. I heard about the boss there. Not too good. I've forgotten how i handled my busier days and still ensured that i got back on time back then. I guess i'm still traumatized by the last experience.

Peliknya, aku baru enam bulan je dalam bahagian ni, now, pindah lagi. Talk about planning and forward thinking, huh?

Anyways, next monday lapor diri. I heard the boss there have a good impression on me. Bagusnya, dia percaya la sikit, even before i start working with him. Tak bagusnya, i'll be on his radar... which i don't favour. I don't really wanna be in anybody's radar for that matter. Dannnn.... bermakna the expectation of me is high. Mati...

Isk.. kena mula bersosialisasi dengan rakan kerja baru pula. It's tiring you know. Sigh!~ What to do...? SYMP...

Tomorrow, going to my junior from school son's birthday party. Her son's turning two. I look forward to meeting her and her son, but deep inside i'm feeling a little insecure. The familiar old feeling that i had when i was in school. Feeling short, inadequate. I know i have achieved a lot, but sometimes i can't help but to feel that all the other people from school had achieved a lot more. Sigh!~ Pengalaman masa remaja sangat terkesan di hati. Semoga anakku tak lalu benda yang tak berapa best yang aku lalu. Aku doakan Allah beri yang terbaik untuk dia, dunia dan akhirat.

Oh.. know what.. Tadi aku keluar makan malam dengan Sarah, since hubs is on detachment. Teringin makan friend chicken. Jadi, pergilah ke restoran makanan segera di sebuah hypermarket dekat2 sini. Masa nak parking, i saw a spot, and i was ready to reverse in. Dah masuk gera reverse and reversed a little, tetiba ada pulak mangkuk bangla mana datang tolak trolly behind my car. And i was pissed a little. Dah tau kereta bergerak, ko nak jugak jalan belakang kereta kan? Kalau aku langgar, marah. :p

Anyhoos, bila mangkuk tu blah, aku reverse la lagi. Tiba-tiba datang seorang be-atch dari the other side baik punya masuk. Parking tu pakai line2 putih atas jalan je, tak ada divider. Yang 2 parking berhadapan satu sama lain tu, so dia datang from the other side, terus cucuk sampai so that the nose of the car menghadap jalan besar. Aku hangin la. Aku reverse kereta bagi dekat dengan kereta dia, jegil kat dia, dia buat dekkk je. Tak nak gerak ke belakang. Takpe, aku cari parking lain. Tapi hati geram. Alhamdulillah, aku dapat parking yang lagi dekat, tapi tak jauh dari parking bay yang kena rompak tadi. Hati aku memang bara masa tu. Rasa nak menggigil. Tuhan nak tunjuk, masa aku nak masuk, minah bongok tu pun nak masuk gak.

Sebelum masuk pintu, ada bangla worker ni sukahati je campak sampah ke luar, memang la dia aim tong sampah, tapi tak masuk dia buat selamba. Aku kan hati dah panas, apa lagi, kena sound la mangkuk tu. Aku tinggi suara (dalam takut gak sikit2), suruh dia buang sampah elok2. Tak sangka pulak dia keluar balik kutip. Hehe. Aku ingat dia akan buat dek je.

Berbalik kepada minah tadi, as soon as aku ckp kat mamat bangla, dia jalan belakang aku. Terus aku pusing kat dia, sergah, "Didn't you see i was reversing to park there?" Muka memang muka hangin la. Dia terkejut la kot, tak sangka la orang nak sergah dia macam tu. Dia kata sorry, i didn't notice. Hangguk dia la tak notice. Geram aku. Aku blah, sebelum tu aku sempat gak cakap.. How inconsiderate can one be? Tapi dah kurang marah la masa tu (sikit) sebab she said sorry, and she's pregnant. Apapun, pregnant or not, you shouldn't be selfish and inconsiderate. Aku pun pernah preggie, jangan la ingat ko preggie you think the world revolves around you.

Tetiba macam aku teringat. Biasanya aku takkan confront orang macam tu. Seingat aku, last aku confront orang masa aku tengah marah adalah masa aku preknen.. Adakah?? hehehe. saja. Tiap2 bulan adakah...? Cheiit..! Takpe.. bulan ni i tak berharap sangat macam bulan lepas. Tak kisah la. I akan terus berusaha. :)

Ok..cukupla. Ingat nak pakai masker sambil layan ADITH mlm ni. Dah pukul 11 pun.. den pun dah ngantuk. Solat, apstu tido yo la...

Alrite, g'nite. Wish me luck for tmrw!