Thursday, October 20, 2011

Ramblings

Tak tau kenapa rasa nak berblog hari ini.

First and foremost, nak ucap Happy Birthday kat Pn. Aznor Hanah. Walaupun jauh, dirimu tetap kukenang. :) Semoga beliau dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan terpelihara kebahagiaannya di dunia dan akhirat.

Nak kata banyak sangat cerita, memang tak. Tapi ada perasaan untuk menulis, agaknya sebab aku berkesempatan blog hop harini. Tengok orang lain galak menulis, terasa nak menulis gak. (Tulis paper keje malas :p )

Apapun, nak cerita... Sarah ada konsert Ahad ni.. Oleh sebab dia dah 4 tahun, dia minta nak pakai mekap. Uhuhu.. Ada ke mekap yang selamat untuk budak 4 tahun?? Isk.. akunye mekap dahla yang cokia2 je. Takde maknanya beli mekap memahal. Bukan aku pakai pun. Memang pakai masa ada function je. Tu pun sangat jarang2. Setahun dua-tiga kali je kot? Tak sampai hati lak aku nak mencalitkan mekap cokia tu kat kulit gebu si kecik tu. Isk.. kang dia allergic kang? Dah tak gebu.. Huhu..

Takpela.. aku bg dia pakai powder, blusher dengan lipstick cukupla. Eyeshadow tak payah. Tapi aku takut, kalau aku tak letak kang, ada plak cikgu yang nak tolong bubuh masa kat sekolah. Hisy. Daripada guna mekap and brush orang lain, baikla guna aku punya kan?? Isk.. dilema wehhh....

Esok pun dia kena mekap sikit2.. ada sesi amek gambar pakai baju konsert. Aku pun tak paham management baru sekolah dia. Tahun2 lepas, ok je amek gambar masa hari konsert sendiri. Ok je takde kecoh2. This year nak buat hari lain plak. Kan ke waste of effort? Dah la kosert buat hari Ahad, petang pulak tu. Tak pasal2 anak aku kena skip kelas piano. HIsy.. geram nieh. Dah la tak consider orang. Buat venue jauh2.. padahal dah sah2 most parents budak2 kat situ stay kat Putrajaya or nearby neighbourhoods, yang depa gatai pi buat venue kat Subang JAya apesal? Ni untuk budak2 ke untuk cikgu? Bengang gila. Tak consider tempat satu hal, buat petang, 5pm to 7 pm, tapi kena hantar budak2 pukul 3.30pm.. Kat situ memang majority Muslim, kena solat, bangang buat petang, kat SRJK pulak, apehal? Mana ada facility nak solat? Bangang sangat3!

Huh.. takmo marah2.. perlu berehat.. huhu..

Tata..





Monday, October 17, 2011

Counting Days to Homerun

Konon-konon nak tukar prenatal aptmt harini kepada hari lain, so that hubs can join me. So, dengan confidentnya la konon dapat tukar date kan? Makan breakfast dengan penuh bergaya sekali... Sekali tak dapat tukar date, Dr ada operation lain.. Huhu.. padan muka.. Berat.. berat... uwaaaaa!!!

At checkup today, Dr said i'm already in my 26 weeks gestation. No ultrasound scan, much to the disappointment of myself and Sarah. Takpe, nanti kita buat 3D scan ye. We just listened to the baby's heartbeat instead. Alhamdulillah, mommy n baby are fine, although mommy needs to take it easy on the eating part as she's putting a little too much weight. Sigh. Lagi beberapa kilo, cukupla kenaiakn 20 kg dalam pregnancy ni. Konon haritu takmau berat naik banyak. Poorah! :p

I seriously think i'm white rice intolerant. Heh.

Rasa macam tak sabar nak beranak.. Hehe. Kang dah masuk third trimester kang rasa takut lak nak beranak, kan? Bestnya, to finally have the baby in my arms, bau baby yang best... Lagipun... i need to get rid of these extra weight. I hate looking at myself in the mirror. So fattt!!! Mencik! Dagu also like layer cake already. Huwaaaa...

Persiapan untuk baby kali ni.. entahla. Aku rasa macma tak siap je nak banding dengan masa Sarah haritu. Rasa cam blur. Huhu. Baju ada la gak sikit.. tapi, cukup ke? pastu botol belum lagi.. Nak reuse sarah's old bottle, nak kena tengok dulu keadaan botol2 tersebut. Almaklumla, masa Sarah dulu tak kecoh sangat about BPA scare, so memang ada la BPA in that bottle.. Kalau dah masuk 5 tahun, rasa macam kena replace jek. Sterilizer pun kena tukar, sebab sterilizer dulu dah masuk 9 tahun, dah balik modal dah pakai, dari Almaz dulu dia berjasa. Dah haus dah pun plastik2 dia.. kang BPA leak punya isu pulak, kan? Apa lagi? Cot? Sah-sah pakai yang Sarah punya dulu.. tengah berkira-kira nak pindah Sarah gi bilik dia ke camne.. Isk. Apa lagi nak sediakan? Breast pump dah ada, cuma nak kena check masih berfungsi dengan baik ke tak. Yang belum prepare cord blood banking, dengan set bersalin. Series, tak tau nak pilih yang mana. Dulu pakai Nona Roguy, tapi rasanya dulu macam kesan dia kureng, so ingat nak tukar. Tak tau nak tukar kepada apa. Siapa berpengalaman, sila la share ye. Leesa kah, atau Sendayu Tinggi kah, ke Jamu Mak Dara? Makcik urut dah booking. Cuma nak arrange dengan mama i je untuk jaga i kat rumah i instead of kat kg. Bukan apa, kalau pantang kat kg, tak gi skolah la anak den. Sapo nak ngantar?

Was thinking about cloth diapers, tapi entahlah, tak cukup pulling factor untuk ke arah itu. Mungkin belum masanya kot.

Sangat berharap kelahiran kali ni pun dimudahkan Allah, dan breastfeeding pun boleh dijalankan dengan jayanya, selain mengharapkan kelulusan cuti tanpa gaji untuk menjaga anak selama 2 tahun. Amin!~


Saturday, October 01, 2011

Breezing into my 6th month.. already?

Cepatnya masa berlalu. I'll be going into my 24th week next week. Less than halfway there now. I wonder if this baby akan ikut jejak langkah kakak dia, tak mau keluar awal. Kalau delay sampai Feb elok jugak. Birthday boleh buat sekali. Hehe.

My last checkup was last Monday. Although everything is normal, and baby is doing well, my weight xhot up a bit too much (as expected). last pregnancy, same case. Lepas raya naik sampai 5 kg one shot. Kali ni pun lebih kurang (more lebih than kurang). Nasib baik tak gi govn hosp. Kalau tak, sah-sah kena buat MGTT. Confirm! So now, i'm controlling my food intake. Trying very, VERY hard!! Huhu. I've to give up on rice! Sebelum preggie, memang tak makan rice, tapi since preggie, start makan rice balik. I guess i really can't tolerate rice, sebab pantang jumpa. Hehe. Takleh makan sikit2. Asyik terovereat je. Huhu.

My tummy is huge too. Everyone says so. Haih. Baby baru 500g. Perut dah macam masuk 8th month. Huhu. I hope i'm only imagining it though. Tapi aku rasa memang sangat banyak lemak sudah bertambah all over my body. Huhu... camne nak bagi turun nanti???

I've also begin to open up the boxes of sarah's old baby clothes. Cuci balik baju-baju lama tu, not forgetting buying new ones. Tapi tak puas hati tak jumpa baju pregnant. Haih. Susah betul. Nak beli baju baru asyik tak berkenan. Huhu... Susah betul. The littlest of clothing pun belum jumpa. Barut semua tak jumpa lagi. Mana la agaknya.

Petang ni nak bawak sarah gi swimming. Teringin gak nak swimming, kalau swimming suit masih mengizinkan. Nak sepuluh tahun dah usia swimsuit tu. Banyak betul berjasa. Pegi diving, belajar swimming, swimming kat kelab apa nama ntah dolu2 dengan Azeno, cikD, azanie, Nurul dolu2... Sampai sekarang (or before i got pregnant again) masih aku pakai lagi. Berbaloi beli seratus lebih masa tu. :)

Oklah.. Nak melayan cik Kak ni main restoran2. Isk. Kena bayar sebelum dan selepas makan. Aduyai. Dahla mahal. Jual kek sampai 1,000... Nasib baik buleh mintak diskaun. Terus dia bagi 11 ringgit je. Banyak betul dia markup. Lepas makan kek, kena bayar lagi, 1 ringgit. Tips agaknya. Iskk...

Ok. Enjoy yourself!