Monday, March 31, 2008

Dasar *&^%^@#*&!%!!

Urghhh.. bengang gila. Dah agak dah.. biasanya kalau pagi2 kena mengadap, musti aku naik hangin satu badan. Tensen je.

Kisah harini... pasal PA dia. Beriya2 backup walaupun secara terang dan nyata PA dia tu tak buat kerja yg sepatutnya. Last week satu surat hilang. PA dia kata this and that walhal rekod pun tak. Memang masalah orang yang tak reti prosedur pastu takleh accept bila org nak ajar. Bila EO admin ckp what's supposed to be done, her reply was "kalau macam tu banyak la kerja saya".. Abes.. elaun nak banyak2, kerja nak sikit2... Habis kerja kau apa? Melawa je? Yang bos pun pantang la dahi licin sikit beriya backup. Useless piece of shit. Lepas tu boleh pulak nak blame kitorg sbb dia kata dia tak tau pun abt the prosedur yg according to him "menambahkan kos bahagian". How can you blame others for you own ignorance? Bengong. Tambah kos konon... yang procedural, tambah kos.. tu benda lain2 yang dia buat yang bukan work related pun.. tu tak tambah kos?? Cakap tak guna otak.

Pastu bila cakap ngan officer dia, tak pernah la nak cakap elok2. Apesal.. are you threatened by us for your lack of knowledge? Hey.. not our fault if you're so fucking dumb and ignorant, ok? Semua nak pin on other people... dia ingat dia bagus sangat ke? Tak sedar diri duduk dekat post yang dia belum layak pun.

Warghhhhhhhhhhhh... tensen!!!

Friday, March 28, 2008

Reality Check

The not-so-new lady boss from the other unit came by at my workstation. She usually does that, after handing over work to my colleague (her subordinate) at the workstation beside mine, she will most of the time come over to me and start her never ending stories. Kenape agaknya..? Aku ni rajin sangat melayan kot?

Anyways.. she was here just now and said something that gave me smack me back to reality. Dush!~ Ouchhh....

She saw an old passport sized photo of mine on my table. Gambar masa muda2. She said nampak muka muda.. (Sheesh.. tua gile apa muka aku sekarang..isk...) I said back to her.. ish.. tu sbb make up kot puan. Pastu dush dia bagi sebijik.. Haa.. tu la silapnye.. Dulu before kawen you buleh mekap.. Ni lepas kawen kena la maintain.. body kena jaga... blaa.blaaa.... Isk.. dia bersyarah kecantikan pulak... siap naktau berat aku plak. Iskk... sensitip nih. Heheh

Apapun, mmg betul la apa dia kata tu.. dulu2 serba serbi dijaga. Kalau muka tu, setengah jam tak habis belek lagi. Sejak lepas bersalin mmg aku give up terus bab membelek2 muka ni. Cleanser pun di hari2 tertentu je pakai. Moisturizer pun. Toner jauh la sekali. Heheh... teruk betul. Pagi2 guna air je, masa mandi. Bedak pun tak letak nak pegi keje.. Lipstick? tak langsung.. konon2 nanti lekat kat pipi sarah bila cium dia before gi opis. Ish ish... buruk betul perangai aku ni rupanya.

Di atas kesedaran itu, as soon as i can, i'm going to get myself a full facial care set plus compact powder. Lipstick tak payah sbb banyak lagi. And i also have to HAVE TO start with that dieting and pilates.... Iskk.. susah sket ni sbb kawan2 yg penuh motivasi diet (read: azanie n nurul) jauh. Huhuhu...

So, dalam masa terdekat ni nak pergilah Clinique counter.. get a skin analysis and get myself the 3 step skincare sytem thingy, and most importantly, i'll have to USE IT!!!

Thursday, March 27, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

*Note: I tried to bold important phrases.. but then i'll end up bolding everything coz everything is important.

I really think that it's high time that we malays put our differences aside and unite. Takde sapa yang nak perjuangkan bangsa kita kalau bukan kita sendiri. (Fuh.. teringat masa demo n lagu semerah padi. )

Wednesday, March 26, 2008

My two cents..

Hehe.. k.Ghazi. Hehehe.. tentera laut ye... KD Pelanduk.. :D

Wah.. panjang gak replies untuk posting yg lepas ek. Well... here's my two cents on things:

On NEP and nepotism -
First and foremost.. yang dok persoal NEP ni, faham tak tujuan NEP ni and why NEP diadakan. Yes, back to history. NEP diperkenal tahun 1970, setahun slps terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kenapa 13 Mei jadi? Sbb rasa tak puas hati antara kaum yang disebabkan oleh ketakseimbangan ekonomi antara kaum. Salah satu matlamat DEB - utk pastikan 30% pegangan ekuiti di kalangan Bumi (Bumi bukan bermaksud melayu saja ye). Setakat harini, pegangan ekuiti Bumi dalam 18% je. Atas sikit je dari separuh. When we look at it,kaum lain dah start berdagang/business sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka... whereas Bumi berniaga, lepas merdeka.. itu pun berapa ketul sangat. so kita nak bandingkan pencapaian orang yang dah berniaga beratus tahun lebih awal dengan orang yang baru nak mula... tak adil sangat kan? tht's why ada inisiatif untuk bantu orang yang baru nak meniaga ni.

Kroni2 ni pulak. Yes, it's happening,tipu la kalau cakap benda ni tak berlaku. Tapi..bangsa lain tak berlaku ke kroni2 ni? Jadi jugak, tapi tak diperbesarkan. Contoh mudah.. job advertisement yang terang2 tulis preference utk yang boleh berbahasa dialek so-and-so.. itupun kronisme jugak.. tapi orang tak nampak itu sebagai kronisme.

If we're on a level playing ground, tak ada masalah takde NEP pun... but let's make it an equal playing field first, ok?

On sikap Melayu yang malas kononnya sbb ada advantage -

Frasa Melayu malas ni, walau pahit nak diterima, tapi memang ada betulnya. Malas, hasad dengki ni semua sikap Melayu yang patut dibuang jauh2 tapi dah bertahun2 masih ada jugak dalam diri orang Melayu. Whether or not kaum lain ada sifat ni, wallahualam, aku takleh comment sbb aku bukan dr bangsa lain. Out of respect kat bangsa lain, aku tak comment, so i think it's only fair kalau bangsa lain pun respect bangsa melayu and restrict their racial comments on their own race only. Berbalik kepada frasa tadi.. yes ada segelintir Melayu yang malas and dok harapkan insentif... the word is SEGELINTIR... tapi banyak jugak Melayu yang sedar dan berkerja keras.. Tapi, biasala, orang akan lebih nampak yang buruk2 dari yang elok2.

Again, it's back to a level playing field. Aku ada jumpa usahawan2 Melayu yang berjaya dan tak berjaya. Yg tak berjaya ni, kes terpencil disbbkan internal politics/kroni.. tapi byk yg lain sbb sabotage. Dlm industri yang didominasi oleh bukan Melayu, bila ada sykt Melayu yang nmpk able to compete, diorg try to kill this company. Ada kes lagi teruk, buat threat sana sini nak ancam nyawa org tu. Adil ke?

We have to view things objectively. Jangan sbb kita duduk dalam satu komuniti tertentu, kita terikut2 dengan what everybody says without even doing our own research nak tentukan betul ke tak apa yg orang kata (peringatan utk diri sendiri jugak). We can't just take things at face value. As a colleague with an LLB said to me, and i think it's true, when you study law, there's always three sides of a story - his story, her story and THE TRUTH.

Last, but none the least important, about jewish funding.. rasanya ramai orang kita yang tak tau abt this thing. With reference to my previous posting, ini la yang aku ckp kena tgk the bigger picture. Siapa yg dok kat belakang yg dok fund and do a puppet show nak laga2kan all the different races di Malaysia ni. Now that's the bigger picture for me. So please. kita melayu ni jgn dok dgr ckp orang je... spt allahyarham ust hanafi pesan... tgk dgn mata jgn percaya, dgr dgn telinga takleh percaya, ada akal, guna. Wallahualam.

Tuesday, March 25, 2008

Kepimpinan, Kenegaraan.. KESEDARAN

Fuh!~ Baru balik ke office after 5 days in KBN Ulu Sepri, N.9. Runsing betul hati masa kat sana sbb kena tinggal sarah sensorang ngan tokmak n tok bapak dia. Bila Dan balik wednesday tu, baru senang hati sikit. Tapik leceh sbb maxis takde connection kat sana. Jembalang kuning pun takde... kat sana wilayah celcom. :( So memalam terpaksa mohon jasa baik member nak cakap ngan sarah.

Hmm.. BTN. Nak kata brainwash, tak jugak rasanya. Ada elonya hadiri kursus ni dua-tiga tahun sekali, bukan untuk apa... untuk bagi ingat kat diri sendiri. Kadang2, we're too consumed by the daily petty things that we forget to look at the bigger picture. I was reminded of that, especially pada hari terakhir, masa ditayangkan video. Video tu tunjukkan apa yang dah jadi kat iraq, thailand... akibat membawa masuk kuasa asing yang kononnya nak membantu rakyat negara tersebut, tapi yang jadi mangsa, kanak2, baby... sedih sangat. Aku ingat aku sorang je yang air mata mencurah2.. ramai lagi rupanya. Sejak jadik mak ni, emo sungguh kalau tengok benda tak elokjadik kat budak2. Kes nurin jazlin haritu pun, tak sanggup bukak paper... sbb cukup dgr citer kat tv je pun mesti mengalir air mata. *Semoga Allah cucuri rahmat terhadap roh Nurin, dah semoga penjahat tu dapat hukuman setimpal*

Back to the bigger picture thingy, i was reminded what will happen if the coalition, yang bertulangbelakangkan UMNO, tak dapat 2/3 majoriti di parlimen. In 1999 dah jadi, tapi tak ramai yang rasa (me included). Sistem biasiswa ditukar kepada PTPTN, yang telah amek hak istimewa Melayu (Ye..PTPTN yang korang bising2 kena bayar balik tu.. salah siapa???), kita kena accomodate 10% non bumi dalam MRSM, matrikulasi, merit system over quota into uni... Orang tak nampak benda2 ni satu violation terhadap hak keistimewaan orang Melayu.. aku pun sama gak.. Then, aktiviti2 yang diorg buat ingatkan kita about political tolerance amongst the different races in Malaysia. Benda ni, siapa yang lalu saat2 getir masa nak merdeka, masa negara di zaman jepun, zaman bintang tiga, faham... generasi baru (bukan saja Melayu yang mudah lupa, bangsa lain gak) belajar sejarah setakat nak lulus exam.. tak fahami dan tak hayati sejarah... aku pun.. umur nak masuk 30 baru sedar kepentingan belajar sejarah. Aku rasa sbb utama orang dok prasangka antara kaum ni sbb tak hayati sejarah... Kalau dihayati, hak istimewa orang melayu takkan dipersoal and at the same time, kita pun tak persoal hak kenegaraan bangsa lain.

Apapun, tsunami politik di negara dah jadi pun, harap2nya pemimpin2 yang dipilih oleh rakyat ni sedar diri dan jalankan tanggungjawab for the greater good..bukan untuk diri sendiri je.

Ok... penjawat awam ni nak balilk bertugas semula. :)

Friday, March 14, 2008

Mengomel

Hmm.. sebenarnya nak pegi jumpa bos ni. Tapik kang kalau jumpa bos kang mesti panas hati. Kang blog ni pu nmenjadi la tempat menghumban segala rasa manyampah kat bos tu. Isk.. elok gak aku tak pregnant sekarang ni. Kalau tak asyik menyampah kat dia, baby kuar kang muka mcm tu, isk.. simpang malaikat 44.

Anyways... takmo citer pasal bos. Takmo citer pasal politik gak.. sbb politik nih, cakap la samapi pensan berbuih mulut pun, ia tetap sama mcm tu jugak, unless melayu betul2 bersatu dan hapuskan hasad dengki dalam kalangan bangsa sendiri. Bak kata ustaz, kayu jugak yg memotong kayu.. samala dlm konsep bangsa pun. Heh.. termelalut gak citer politik.. iskk..

Hmm.. semalam ada dgr citer yg tak berapa best la pulak from fellow mommy yang htr anak dia kat nursery yg sama ngn sarah skang ni. Mama isha, besfren si sarah kat nursery. Kesian mama isha ni kekadang. Sarah suka kacau dia, ajak dia pimpin tgn bawak berjalan2. Tapi mama isha ni rajin melayan. Hehe. Anyways, dia ckp head caretaker kat situ ckp kat dia jgn dtg lagi utk menyusukan anak masa lunch hour sbb bising. Eh... apesal pulak? Isha baru sethn dua bulan, kalau dia nak bf lagi let her be la.. Kalau nak ikut bising, aku tgk takde pun mak2 yg dtg menyusukan anak masa t/hari ni bising2. caretakers tu lagi melampau punya bising. Dgrnye hari ni diorg nak buat meeting with parents. As of yesterday, i wasn't told of this meeting or this new policy abt banning moms to come during lunch hour to breastfeed, so tgh wait n see. Apa pun, tgh nak survey another nursery, mama isha dah gi survey dah kat situ. dia kata better sbb caretakers pun ramai. Nursery ni aku kenal owner dia, and mmg owner dia dah lama promote nursery dia kat aku, tapi tak berkesempatan nk actually check it out. Lagi pun masa tu macam takde pressure nak tgk pun, sbb puas hati dgn nursery tu. Tapi bila dah dgr2 camni, kita pun tak sedap hati. Whatever it is, tunggu la t/hari ni camne.

Cik sarah tu pulak, dlmminggu lepas dah makin steady la berjalan. Wah wah... sangat beriya berjalan2 sampai takmo tido. Betulla cakap hang nurul. anak aku dah masuk fasa takmo tido.. nk jalan je. Kalau tido pun, bgn2 je terus nak berjalan. Takpela.. dia nak practice kan. Elok gak. Nanti mommy dah buleh kurangkan dukung sarah. :)

Macam2 perangai sarah bila dah besar ni. Alhamdulilah, Allah bagi kekuatan, ketabahan dan rasa kasih yang tak terhingga untuk jaga anak yg sorang ni. Ptg semalam, tgh mommy ngan nenek dia tgk citer Bella (isk.. menyampah betul layan citer Bella ni. tapape.. tapik layan gak.. hahah) tetiba je skrin tu jadik biru... pastu itam. Cik adik sorang ni dah hala itu remote control astro kat DMT dan tekan butang power. Maka terswitch off la astro. Pastu dia tgk kat tv yg blank screen tu pastu buat hand signal "finish" (goyang2 tgn) kat nenek dia. Iskk.. sabau je la.

Lagi perkembangan sarah aiesha sejak berusia sethn:
- Gigi dah 6 batang, 2 gigi bawah, 4 kat atas yg boleh dikatakan tumbuh serentak
- Pandai buat motion utk lagi itsy bitsy spider (dulu twinkle2 little star je)
- tgh belajar buat motion lagu "head shoulders knees and toes". sekarang motion utk lagu tu dia buat setakat head je.
- Nak apa2, nak pergi mana2 tunjuk dgn jari telunjuk dia yang kecik tu
- Boleh show teeth, tummy and tongue
- Berjalan kedek2 pastu ada hati nak bawak barang2 in both hands.. isk..

Apapun, mommy's so proud of her baby girl!

Thursday, March 13, 2008

DAIM Torte

Boring baca kisah politik. Takpe.. semangat ku akan dicucuh semula bila pergi BTN next week. Anyways.. berbalik kepada topik harini, on DAIM Torte.

Daim torte ni sejenis dessert yg kalau kitorg gi ikea, mesti pekena dulu tart ni. Mmg heavenly gile. It's made of well, obviously Daim chocolates. (Speaking of ikea, batul ke kat penang nak bukak ikea ek??)

Masa gi induksi kat langkawi haritu, dah borong 2 bags of Daim chocs yang 400g, murah sikitla by abt RM3 kat sana, banding kalau beli kat KL. Now tht i've lots of Daim chocsm, rasa cam best gak kalau boleh buat Daim totre tu.. Masalahnya, i've googled samapi jariku penat, tapi tak jumpa la resepi dia. Kalau ada sesiapa boleh berkongsi resepi Daim torte, sudi-sudikanla ye. :) Dah lama tak makan nih... huhu.. sedapnye...

Tuesday, March 11, 2008

Tagged!

CikD telah mentag aku last thursday. So, setelah reda sket demam pilihanraya nih, aku pun bersedia utk buat homework yg telah diberikan oleh CikD. :)

5 tempat online yang aku selalu lawati: (tapi ni ikut topik tau, bukan ikut address website)

1.Blogs - tempat aku update ttg kawan2 dan jugak ntah sape2 yg aku tak kenal tapi aku suka cara diorg bercerita.

2. Blogger - utk mengupdate cerita ceritiku

3. Email (ni kira tempat online ke?) - emel kem. n peribadi... tp yg peribadi tu jarang sikit bukak.

4. News - esp. kalau ada current hot news i.e pilihanraya, appointment of new cabinet, pembentangan bajet, franchising.. blaa..bla.. benda2 yg org expect aku kena tau.. :p

5. Online businesses - bakery online, photography online, kedai baju online... isk..isk... tgk je lebih.. belinya jarang2.. hehehe...

Ok... dah siap keje umah. Sorryla cikD.. keje umah nih macam cincai sket.. sbb tadi di pertengahan tetiba bos panggil lak.. terus hilang idea. Ishhh...

Dengan lengkapnya keje umah, maknanya aku kena tag org lain pulak ke?? Hmm.. aku rasa ko dah tag dah sume yg aku nk tag.. hahaha... Just in case diorg tatau diorg dah kena tag, ni haaa... ALQAS, AZENO, tambah lagik KDILLA, EINAZANI, ANIS tambah lagi sorang.. KGHAZI... hehe.. lengkap sume org yg aku biasa lawat. :)

Btw... aku rindu banget kat hasben nih... Huhuhu.... Apo nak buat???

Monday, March 10, 2008

One big boo-boo

The 2008 election is certainly a major historical event. For the first time ever, the National Front coalition failed to maintain 2/3 majority in parliament. Apart form that, the opposition also made a big win on five states! Shocking, but true.

That's one big boo-boo alright. Too bad it's not the kind of boo-boo that a kiss can make better.

Why the big lost for Barisan? Well.. i'm no political analyst. But from the view of this tiny-voiced rakyat, i think that BN has taken things for granted, and thinks that things will always go smoothly, and it there will always be that heavenly creamy icing on top of the cake. Well... like or not, things won't go that way unless you WORK for it. It won't go that way just because you choose to listen only to the nice things that you want to listen or see the comforting things you want to see.. What you have to remember is that you're elected by the rakyat. If you fail them, they'll definitely go against you. Just because you tell them that things are fine, doesn't mean that they'll take your word for it. Nowadays, rakyat has so many means to get information, so don't treat the rakyat like they're too dumb to just listen and obey.


Quoting Tun, (excerpts from The Star) :

"He said the fact that Indians, Chinese and Malays voted for the Opposition showed that it was not about racial politics but that on the whole, the people sent the same signal.

Malays and Umno members voted for the Opposition because they were affected by the high inflation, and despite the high economic growth figures announced by the Government and the launch of development corridors, the people did not feel the benefits, he said."

And quoting Ku Li (also, exceprts taken from The Star):

“The honesty with which we interpret this result, and the decisiveness with which we act on it, will determine whether we still have a future with the people.

“We must face it without further denial, self-deception or media spin"

Its time to wake up and re-evaluate.

** Wow... Samy lost... Wouldn't it be more honorable to step down when he had the opportunity to, rather that lost his seat? I hope that sesiapa yg berkenaan will learn and take appropraite actions **

Friday, March 07, 2008

The Heat Is On!

Election day is TOMMORROW!! For the past week.. or rather since i checked my eligibility to vote and my voting post online, i'v e been contemplating whether or not to cast my vote this year. This is due to several causes.. One of which, i'm still broken by the incident during 2004 elections --> the EC secretariats at the polling post where i should vote couldn't find my name. I went to several other polling stations and my name still wasn't in any of the list, but when i checked it online prior to the election day, i'm a registered voter at a specific polling station (the first one i went to where they couldn't find my name). I was very frustrated for not being able to vote when my excitement to vote was to the brim. I don't think its an issue of conspiracy whatsoever.. I just think that they should be more efficient. So there. One of the reasons i still have reservations whether or not to go out and vote tmrw. Other reasons, i won't disclose for public viewing. :) Hehe. It could get me in trouble you know! ;)

The heat of the election makes me miss our beloved former PM even more. No, i haven't moved on. To me he's the only person who has what it takes to be a good and effective leader. He's got discipline, forward thinking, vision, knowledge... most of which our current leaders are lacking.

Back in the good old days, prior to independence and a few years post independence, leaders went into politics for the sake of the community, for the sake of their people. Now, MOST enter politics for the sake of their own. Only a small minority does it for the sake of the nation. Which is very sad. Very, very sad indeed.

Sigh!~ Regardless of what i feel, politics will still remain as it is. And whether or not i'll go out and cast my vote tomorrow.. well.. who knows?

Wednesday, March 05, 2008

MC @ The Office

Sigh!~ Sia2 je mc harini... kena duduk kat opis pulak. Tak sempat nak blk umah upon dapat mc tadi. This morning bila bangun, mata sebelah merah semacam, rasa cam berair je. Dtg opis, around 10 baru gi klinik. Dr kasik mc suh dok umah. Tapik, x-bos lakkata nak drop by.. sampai dah dekat kol 12.. nak balik pun dah alang2.. sbb kalau blk ingat nak balik sorang, ptg karang br amek sarah. Takut kalau amek dia awal, spend more time dgn dia, kang terjangkit lak sakit mata. Since dah kul 1 baru x-bos balik, mc kat opis je la jawabnye. Baru pekena piriton.. dr kasik utk kurangkan gatal2 mata and hidung. Kepala high tgh ngantuk... kena gi crash jap kat surau nih.

Dr cakap most probably viral infection. Biasanya nanti akan develop rasa mcam nak demam.. Sekarang ni dah setat la nih rasa cam seram2 sejuk. Paracetamol tak dibaginya pulak dr nih. Peliknya, kalau viral, yang dia prescribe antibiotic tu buat hape?? Antibiotic kalau bacterial buleh ler... iskk.. Apola dokter nih...

Uhuh.. adake mimpi malam tadi menyebabkan sakit mata ini? Heheh.. Takde kena mengena kot.. Tahape2 tah mimpi tu... Macam pelik gak.. apesal lak tetiba mimpi ttg orang itu?? Aku ni byk fikir ttg org itu ke sampai dia terlekat di subconscious? Isk.. konpius jap. Mimpi tu pasal apa ntah pun tak ingat.... yang ingat mimpi ttg orang itu.. Pelik betul mainan tidur kali ini...

Okla... kepala makin high... Gi lelap jap. Hopefully colleagues kat sini tak kena jangkitan mata gak la... Sian diorg.. bukannya aku takmo balik.. tak berkesempatan... Huhu.. cian la kat saye gakk..

Tuesday, March 04, 2008

Online Gallery



Sarah's b'day online gallery is up!! Click here to view.

Note: Pics courtesy of KC. Thanks a lot for the lovely pics KC!! :D

Monday, March 03, 2008

Kisah Periuk Rendidih

Hehe... Periuk rendidih.. or the slow cooker.. (Beats the heck outta me why they have to name it periuk rendidih.

Anyways, di dalam usaha mommy sarah nak bagi sarah the best things she can offer, mommy sarah pergi la membeli slow cooker, dengan objektif utama nak bagi sarah makan fresh food la kirany. Kalau ada slow cooker ni senang, malam sebelum tido masuk semua bahan2 dia dlm tu, pastu turn on then pagi esok bila bangun, dah masak... Gitu la lebih kurang ceritanya. Oleh yang demikian, sebelum menteri kewangan domestik berlepas pergi detachment, dia pun belikan la slow cooker itu, setelah mendengar justifikasi yang telah diberikan oleh mommy sarah...

So, satu hari yang indah, mommy sarah pun nak try la guna slow cooker tu. Resipi pada hari tersebut ialah bubur ayam dengan kacang pis dan lobak. Chewah.. Semangat nih. Selepas mencampak semua bahan2 yang diperlukan dalam periuk tu (lebih kurang pukul 11 pagi), mommy sarah pun tinggalkan periuk itu utk pergi buat mende lain pulok. Sampai masa kasik sarah lunch, jenguk gak periuk... aik..macam tadek apa je yg berlaku.. Hmm mmg sahih slow cooker sungguh ni, kata hati mommy sarah. Takpe... Rutin hari itu diteruskan.. Bila dah pukul 3, check lagik. Uik.. sama gak.. takde perubahan langsung.. Mende ni rosak ke hape.. Jenuh la selak manual operasi, tengok situ, jengah sini... pastu mommy sarah tepuk dahi... Hehehehee... Rupanya suisnya tak di-onkan..... Iskkkkkk...... *maluk nak ngaku amek electronic engineering* Hahahaha...

Kisah Mesin Parking

Last thursday bawak sarah gi hosp jumpa paed dia, sebab dia demam sikit2 dah 2-3 hari tak ok gak.. risau ler, kot2 denggi ke hape. Anyways, bawak la dia gi jumpa paed. Paed kata viral, so dia kasik la prescription yang biasa, so bertambah la stok ubatan yang ada kat umah tu. Masa nak balik tu, kena bayar dulu parking token tu kat autopay machine. So pergila kat autopay machine yang dekat sikit ngan lif nak turun ke parking. Masuk2 token tu, dia kuar balik... tgk2 dia tulis kat situ out of order.. Isk.. bosan betul.. So kena la pergi ke autopay yang jauh sikit. *Bayangkan senario ini: me berbaju batik (sbb haritu hari khamis) dukung sarah kat seblah kiri ngan handbag kat seblah kanan, plus plastik beg ubat sarah kat seblah kanan gak*

Sampai kat the other autopay, masukkan la token. Tgh dok fumble with the notes nak masukkan kat machine tu, tetiba token t u kuar balik. Checkmachine tu takdela tulis out of order pun... Try lagi skali.. masukkan token.. Elok nak masukkan duit je, token tu kuar balik... Isk.. apehal mesen nih... Tgh konpius2 tu tetiba nampak la ada satu jari kecik dok tekan2 butang cancel kat mesen tu... OWhhhh... patutla token tu asyik kuar je.... ade orang sudah main2 dgn itu cancel button.. iskkk... bertuah nye anak.. Ada orang baru dtg line up pun gelak and said "Oh.. she's been cancelling it for you.." Sabau je lah..