Wednesday, October 27, 2004

Blogger is getting from bad to worse!! Kalau dulu, at least boleh masuk dashboard.. Nih dashboard pun tak nampak bayang! Hampehs.. Nasib baik boleh blog from yahoo. :)
 
</u>Balik lagi!</u>
Asyik2 balik, asyik2 bali... heh.. sukati la.. Bukannya mintak duit korg beli tiket bas.  Hehe.. sebenarnya, balik ni sbb Fadzlee nak ajak buka posa reramai.. heh.. satu invitation utk memperkenalkan gf baru dia. Tapi.. she already had bad records with me la. I've met her, and she did faaarr from impressing me. So i dont like her... and i told my mom so.. and she doesnt like her.. Mwahahah... The very the mami jarum!
 
Tadik browse kat mana tempat2 yg ada buka puasa buffet kt kl.. yang ada reasonable price la. Kira2 ada 12 tempat yg price bwh rm40.. okla.. takdela pengsan adik aku nak bayar bil nanti. Hehe. Whatever it is, hopefully jadikla, coz this will be the 1st time we all go out for dinner together... including Dan!!! Tlg la jadik!
 
Oh.. another thing..nk balik sbb nk blaja buat apricot pie. Takleh la tak buat. Kesian kat nura yg pregnant tu.. Kang meleleh lak air liur baby dia. You better remember you aunty een dearest well baby!
 
Byk gile menda nak kena buat.. shopping lagik, buat pie lagik, isk.. tak lekat kat umah... haha.. sah2 kena ngomel ngan mama... Nak wat cane... anak dia long-distance love. Bila dapat chance jumpa, jumpa la pepuas! Tak gitu? hehehe..gitu, gitu...
 
</u>Cerita kartun</u>
Tadi lepas sahur tgk al-kulliyah. Ustaz tu cite, dia baca satu kartun ttg perjumpaan ahli syurga ngan ahli neraka. Pakat punya pakat, diorg agree nak jumpa kat tgh2 antara syurga n neraka.
 
Lepas bincang2 (tak sure apa motif perjumpaan tu initially sbb tgh karang intro, so tak dgr sgt)... diorg pun stujulah utk buat jambatan dari neraka, sambung terus ke syurga. Org neraka buat separuh, org syurga buat separuh. Bila org neraka dah siapkan bhg dia, jamabatan dr syurga tak jugak nampak bayangnya. Jadik org neraka ni persoal aa
"mcm mana korang ni boleh masuk syurga.. kata nak buat jambatan.. tak buat pun? camni pun boley masuk syurga ke?"
Jadik org syurga pun jawab,
"Kami mmg nak buat.. tapi puas dah carik keliling syurga carik kontraktor.. takde sorang kontraktor pun kat syurga.. Semua dah masuk neraka"
 
Hehehe... apa yg nk disampaikan kat sini, nnt jgnla kat syurga takde kontraktor, takde pegawai kerajaan, takde polis, takde kastam dan semua yg lain2 sbb masing2 tak jlnkan amanah masing2. Kerja masuk kol 8, mmg masuk kol 8.. tpi pastu lepak minum berjam2.. org dtg kaunter, foerever satu kaunter je yang operate. Kerja saman org sbb buat salah, nisaman org utk dapat duit kopi. Kerja membenteras jenayah, dia lagi hantu dr penjenayah. Kerja utk didik anak bangsa.. dia mintak rokok kat anak murid. Kerja suh buat master, ida sibuk nak kawen... Uiks.. hehe... kawen lagi penting. WAJIBBBB!!!  Pepun, pesanannya, ingatla kerja tu amanah kpd kita. Apa pun keje kita buat, mesti kena amanah... sbb cerita hidup kita tak habis bila kita mati. Sok nak berjumpa tuhan... akan ditanya balik apa yg kita dah buat semasa hidup. Peringatan utk diri sendiri dan sesiapa yg rasa2 nak diingatkan. Kalau sape rasa dia takmo diingatkan, dah terbaca pun... so nak wat cane.
 
</u>Memori</u>
Dulu masa belajar kat KMK, ada sorang kawan.. sgt rapat pada masa tu. Time2 bln puasa ni la yg sgt2 mengingatkan aku kat dia. Masa bln posa, kitorg sama turun sahur pepagi buta kat DS yang boleh tahan jauh.. pastu terus sambung solat subuh jemaah.. nanti bila turn hidang buka, pegi sesame... byk la benda yg dishare masa tu.
 
Pastu, masa kami masuk uni, dia tmpt lain, aku tmpt lain, masih jugak contact, cuma makin jarang. So.. aku tak tau sgt perkembangan dia, vice versa. Tiba2, kami jadik jauh sbb aku menjauhkan diri dari dia... atas sebab yang sangat tak worth it kalau difikirkan sekarang. Menyesal? Tak.. aku tak menyesal dgn apa yg berlaku. dah jadi, apa nak nyesal pulak kan... Tapi, kalau boleh, nak baik balik la.. Takla kalau berjumpa pun hati tak berapa nak berada di tempat yang sama. Nak buang isu lama jauh2 supaya boleh bukak lembaran baru. Mungkin tak serapat dulu... at least masih bersahabat. skang nih, we're more like acquaintances than friends.
 
Ntahla.. sebenarnye tak tau nak harap apa... Nak jadik kawan rapat balik ke.. ape ke.. ntah. Terpulangla pada takdir. Nyatanya, aku rasa aku dah sedia nak terima dia balik dalam hidup aku sbg sahabat.. sbb dia sahabat yg baik, cuma keadaan masa tu yg menutupi kebaikannya. Lantakla... let the past be left behind. Dont wanna live in the shadows of the past.
 
 


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

No comments: