Saturday, April 16, 2005

Lawak bangang di pagi sabtu

Alkisah....
Di suatu pagi sabtu yang agak2 dah nak tengahari, datangla seorg student postgrad ke pusat pengajiannya. Sebab utama, nak siapkan coding dia yang ada lagi 3 error tak settle. Sbb sampingan, nak jumpa buah hati dia yg jauh di mata secara online.

Sesampainya di skul, dia pun ON kan pc, letak neck tag atas meja sekali dgn kunci keter, konon2 tak terlupa bila nak kuar nnt. Pastu, layan codes dia sekejap. Pastu dia merasa bosan lalu meninggalkan kerja dan melayari laman web Yahoo Games utk main beberapa game yang menarik. Sesambil tu, dia menanti2 la bf dia yg tak kunjung2 online.

Pada hari kejadian tu, air cond kat lab tu ada pulak servisnya, seperti biasa. Unexpected la, sbb ingatkan hari cuti, air cond pun cuti.. rupa2nya tidak. Air cond tu masih berkhidmat at full power.. menggigil2 student postgrad tu. Dahla dia sorang2 je kat lab yg menyerap haba. Oleh kerana kesejukan yang bangat, dia pun meninggalkan lab atas desakan pundi kencing yang dah penuh. :p

Si student pun menyarung selipar jepunnya dan menuju ke pintu utk keluar ke toilet. Kat lab dia ada 2 pintu. Satu pintu (pintu A -main door), kena access guna ID card shj, jadik sesapa yg didaftarkan utk masuk ke lab tu je yg boleh access, dgn syarat dia ADA KAD. Pintu lagi satu tu (pintu B), pintu biasa, di kunci dgn pad lock yg agak besar di luar, dan utk keselamatan yg lebih, si student nih dah selak plak dari dalam. So, oleh sbb pintu B tu dah kena kunci luar dan dalam, si student pun keluar melalui pintu A dan terus tarik pintu tu rapat2 spy pintu tu autolock. Pastu si student ni pun dgn tergesa2nya menuju ke toilet yg jauh di hujung bangunan.

Halfway, si student terhenti.... tetiba dia tersedar yang neck tag dia tertinggal kat atas meja... dia pegi balik ke pintu lab.. Alamakkkk!!! Dah terkunci!!!! Hmm.. si student pun jadik blurr... camne pun, dia g gak toilet dulu utk qada hajat. Patu baru bley fikir apa nak buat.

Dgn satu sen pun takde dlm poket, dgn h/p pun kat dlm lab yg terkunci tu, dia jln la sehelai sepinggang carik2 sesapa yg dia blh pinjam phone/ duit syiling. Takde sape pun kt school.. almaklumla, sabtu ketiga. So dia pun dgn bengong2 jln la ke kafe.. at least kak Jun kedai fotostat ke kalau ada...

Tiba kt bawah bgnn dewan kuliah, dia jumpe ngan sorg pkck guard. Mintak la duit syiling kat pak guard tu.. pk guard tu dgn baik hatinye terus offer h/p dia.. so dia pun tepon la member dia yg blom mandi n tgh kemas umah. Kelam kabut la member dia tuh g mandi n nak dtg sekul nak tlg member dia yg terkunci nih. Yg bestnya, member dia ni punya ID plak tertinggal kat umah dia kat ipoh. Best kan? :D

Pastu, habis ckp, pkck guard tu kata g kat pejabat keselamatan, jumpa ketua kt situ yg ada pegang kad yg blh access sume tmpt. So, pegila jumpa dia. Dia pun amekla details semua (seb baik gak sbb pkck tu ok je, tak berkerenah cam pkck yg utk amek sticker kenderaan tu). Pastu, dia anta sorang member dia utk bawak kad tu gih lab budak ni utk bukak kan pintu... Akhirnya dapat la budak ni masuk blk lab dia di hari sabtu tersebut.

Moral of the story: Neck tag tu letaknya di leher bukan di atas meja. :p

No comments: