Saturday, March 25, 2006

Update Module Tentera

Cerita kat pulada ni pjg sgt sbb mmg best.. so kena bahagi kpd part2, mengikut kerajinan aku. :) Kalau tak kang, kepanjangan blog yang melampau pulak. :p

Part 1
We had to assemble to go for the Millitary Module on Sunday,Feb 26th. Memang tgh penat. Just imagine, we reached intan from lumut the day before, at around 1830. Then we had to gather back in kiara at 0815 on Sunday for the next module. Letih berwhaler n berkayak tak habis lagi, badan pun masih sengal2 lagi. Penat wooo kayak keliling pulau. :p

Anyways, we all gathered, with our stuffs and the army boots yang berat. Katanya sebelah je dah 400g.. so 2 belah campur tali, campur kiwi, campur lumpur yang belum tanggal dari thn sebelumnya, adala satu kilo jugak. Gilo. Tak penah pakai kasut sekilo. I tell you, those boots are NOT made for walking, even more so running! :p Tp masa pergi tu jinjing je boot tu. Blom pakai lagi. Pelik plak nak pakai anti spike dengan baju kurung.

Perjalanan rasa mcm tak lama sgt, sbb semua orang mmg tdo je masa dlm bas. Tp, bila dah dekat2 masing2 dah mula berdebar. I thought i was the only one having the feelings. It turned out that nearly everyone share the same amount of nervousness. Tatau pesal. Maybe sbb byk sgt hype abt the tentera module ni yang buat kitorg agak panicky ke, tatau la kan. Bila bas bergerak masuk gate Pulada Ulu Tiram tu, makin kencang la pulak jantung dup dap dup dap.

Bas terus bawak kitorg pergi mes pegawai utk lunch. Bagus gile.. sampai2 je terus kena jamu makan. Nasi minyak tu... Hehe.. tp kitorg dah dinasihatkan oleh sidang2 sblmnya utk tak mkn lunch byk2...kenapa? sbb banyaaakkkk lagi aktiviti 'menarik' yang menanti lps lunch tu....

Lepas lunch, naik bas pergi padang kawad. Turun2 bas je dah kena jerit suruh cepat2 gather, berbaris utk dibahagikan kpd platoon and diberi brg2 keperluan. Galok berlari dgn baju kurung ngan court shoes. Seb baik court shoes tu setengah inci je. Kalau lagi tinggi mau terpeleot. :p Me in platoon 2. Best gak.. sbb byk org yg best2 masuk platoon 2. Blh la diorg tlg2 me yg tak berapa best nih. :) Lps upacara penyerahan from intan to pulada, kitorg diberi masuk berek, amek baju loreng 2 pasang, innerwear 2 pasang, beret, jungle hat, belt. Pastu siap ada nama sekali, printed on kain utk dijahit ke atas baju loreng. Haha.. best woo.. Tp nama aku on the kain jadik haiza le pulak. Tak penah2 org panggil haiza. :p

Lps letak barang, solat, tukar baju sukan, kitorg diarah kumpul dan dibawa berlari ke arah padang besar. Mmg besar gile itu padang. Jauh gak berek to padang. Tp, masa tu masih pakai sport shoes lagi... so, takdela berat sgt. Itu pun semput gak nak sampai padang besar itu. Lepas tu, kitorg disuruh berlari kat padang. Parah lagi, sbb lari kat atas rumput resistance lebih sket kan.. dah la jauh distancenya.. Lepas lari, diarah beratur 2 line pjg, depan lelaki, baris blg pompuan. Diorg tunjuk cara crawl. Ada 2 cara..(nama tak ingat). Tp yg ptg, masa crawl, punggung takleh angkat. Nampak cam senang.. Bila dah turun buat, baru tau... Penat siut. Bukan setakat penat, mmg nak mampuih nak crawl dr ujung ni smpi seberang nu. Adala lebih kurang 100m kot kena crawl.. Ingat kan one way je.. Rupa2nya pergi balik sey... Pergi tu pun dah ada yang terkorban, balik lagi la ramai. Yang menangis ada, yang muntah pun
ada gak. Dahla insturctor n staf2 semua tengking2 kitorg tgh padang tu... Sapa yang angkat punggung diorg kata nak pijak.. haha.. tp tu ckp je la, tak buat pun.. Kalau tentera betul diorg buat la kot. Pastu, 2nd round pulak, kali ni side roll. Side roll ni, baring kat sisi, pastu golek aa ke depan. Yang ni kalau bukak mata masa roll, tak pening sgt, and tak penat mcm crawl. Tp gagah la jugak nak smpi ujung sbb masa roll tu dah tak nmpk dah mana depan mana tepi. Alih2 menyenget je la kejenya. Ada yg golek2 kat situ jugak tak bergerak ke dpn. Mcm2 gaya. But side roll lagi ramai yang muntah.. Kesian gak.. Aku nasib baik la tak muntah.

That's not the end of it. Lps tu kena lari lagi, mcm first2 tadi. Dia suh semua org touch ada satu monumen-like batu ni la.. Ramai la yang tak smpi lps tupusing balik, dicover oleh crowd la kan, pastu ramai2 kantoi, kena buat lagi skali. Humang aiii... Nak tercabut kepala lutut rasanya. Tp, dah lps kena tabuh mcm tu, diorg bagik kitorg minum petang. Yang bestnya tentera ni, kat mana2 pun aktiviti, mknn akan datang pada kita. So, takdela kena pegi mes utk minum. Minum di padang. Perhhh.. itulah air sirap paling sedap yang pernah minum. Heheh... penat nk mampus2 punya pasal. :p Hari pertama diakhiri dengan briefing pada sblh mlm. Pastu blk tdo kat atas katil double decker yg takde tangga. Gagah aku yg tak cukup cm ni memanjat. Tp katil tu tak la tinggi sgt pun... tp cam seriau gak, takut2 katil tu terbalik masa aku nak naik.. Ye la, bukan kecik2 budak yang nak memanjat katil tu kan. :p Dah la takde selimut. Huhu.. mmg tak berapa nak tdo la mlm tu, walaupun penat gila.

Pg esok, kumpul 0615. Dibawak berlari2 keliling pulada sambil tour la kira2nya. Sesambil berlari tu, kena pumping, kena pecut, star jump, mcm2 la. Gaban betul. Aku ni mental utk berlari lemah sket. Tp alhamdulillah, gasak jugakla mcm mana pun kan. Pagi ada perasmian kursus, pastu sesi bergambar kat padang besar. Pastu, terus pergi latihan pengenalan senjata M16. Belajar camne pegang, aim, tembak, bukak senjata. Excited la kan org tak pernah pegang senjata dapat pegang senjata. Tp, M16 ni berat gila nakbanding dgn vector masa kat police module aritu. Nak dekat 3kg... berat baby baru lahir je la kira2nya kan.. tp dlm kedudukan mcm2 tu, lenguh gak tgn. Lps latihan tembak, rush pulak gi padang kawad. Masa tu dah nak dekat tengah hari. Panas terik takyah cakap la. Sunblock pun tak berapa nak efektif dah masa tu. Berkawad la kitorg smpi kol 1 lebih. Mmg dah pening2 dah. Panas matahari lagi, panas tar naik lagi, boot berat, kaki melecet. After kawad, lunch, petang acara best... abseiling! :) Nervous tu mmg la.. but apa pun, just take it positively je. Kalau fikir sgt, jadik stress and tak enjoy, betl tak? So, petang tu, before abseiling dibawak berjalan through trek rempuh halangan. Bersyukur sangat*1000 tak kena buat rempuh halangan tu. Hanya dibawa cruise thru je. Kena buat monkey bar je (which aku tak berjaya lepasi dan mengakibatkan aku jatuh le dlm lumpur kat bawah monkey bar tu). Haritu jugak first time kena bambu teruk ngan instructor kitorg. Bluekkk.. :p Lps tu, balik ke padang besar utk abseiling. Kelakar ada gak.. tapi mmg best. Hak hak. Masa ada kat atas dia suruh lean back utk turun rasa cam waaa.. nak baring kat udara. Gelabah gak kejap.. Tp sgt lawak la cara turun tu.. cam bangang plak rasanya bila difikirkan balik skang ni. Lps semua org abes abseiling, kitorg berpeluang pulak tgk kadet2 tentera buat repelling dari heli. Waaaweee.. berani siut. Mlm hari kedua ada kelas and that ended our 2nd day in Pulada.

....to be continued...

No comments: