Saturday, January 23, 2010

Huru Hara

Tengah tengok Nigella Bites. Mungkin ni episod di awal kemunculan Nigella Lawson di kaca tv. Kurus!! Huh.

No.. bukan itu yang huru-hara.

Aku yang huru-hara. Haiyooo...

Mula tahun baru, seperti yang dikatakan oleh bos baruku itew, gerak full force. Tiap-taip hari, sampai pukul 1.30 pun aku masih bekerja (beRkerja ke bekerja??). Tak sempat i nak pergi gym tau. Pukul 2 lebih baru lunch. Tu pun break dalah 20 minit je. Huh. Rasa dah macam keje private dah nih. Gaji je tak macam private. Huhu. Balik lewat gak. Last Tuesday, balik pukul 10.15.. malam ye, bukan pagi. Rabu, pukul 6.00.., Khamis, pukul 7.00... lotih mak!

Dua minggu sudah, aku terpaksa dan dipaksa join retreat kat PD. Half of me felt quite proud, sebab konon-kononnya group tu selected people, handpicked by Sec-Gen. Tapi, aku bukanla kes selected tu, sebab sec-gen bukan kenal aku punnn... aku kena pilih oleh bos baru aku, atas dasar dia baru dan aku jaga Pembangunan, so dia bawak la aku.. Huhu... Habis 6 hari di bulan Januari, away from my family.

Last week, masuk office. Pindah pejabat pulak. Dari bangunan lama, ke bangunan kem. baru kami. Pejabat sementara. Bulan 10 ni pindah lagi. Ofis nomad. Haha. Penat la. Bos baru ni, kadang-kadang menyakitkan hati jugek. Tapi, dia bagus la buat kerja. Cuma kadang-kadang jeritan dia tu je yang menyenakkan kepala otak aku (dan colleagues yang lain). Tapi,memang awal2 dulu dia dah cakap.. suara dia memang kuat. Huh. She's right about that! Dah la ofis sementara ni sangat open. Kalau kena marah dalam bilik or dalam mesyuarat, memang kaw-kaw la.. Semua orang tau.. Huhu...

Sangat bizi. Birthday sarah pun tak sempat lagi nak plan. Apesal aku bizi ntah. Dulu bos-bos aku rilek je. Iskk...

Semalam pulak, hantar maid balik. Alhamdulillah. Tak ada dah masalah dengan maid. Hehe. We caught her by surprise. Hari nak hantar tu, pagi tu jugak bagitau. Dia nak balik tu nangis-nangis. Tak tau la crocodile tears ke, ikhlas ke. Entah. Tak nak tau. Kadang-kadang, bila ikir aku cam kesian gak kat dia. Nanti dia takde keje camne kan. Tapi.. entahlah. I guess, we've had enough of her crap.

Oleh yang demikian, pagi tadi aku terpaksa bangun awal dan berkerja keras. Esok, lagi sekali. Ini akan membuatkan my weekends will become very precious. Semua benda nak dibuat masa weekend. Tak nak kemana-mana. :)

Harini, hubby pulak pergi detachment dua minggu ke Manila. So now, i feel so lonely. Sigh!~... Bestnya kalau gi karaoke. Hahahahaha.. Mengarut aku ni.

Okla.. nak basuh PB... pastu solat.. pastu off to bed. Nite2 people. Semoga minggu depan relax sikit. Sigh!~

No comments: