Thursday, February 11, 2010

Smart Mouth

Dah lama aku nak masuk entry ni, tapi tak berkesempatan. Hiruk pikuk di tempat kerja. Series banyak kerja. Toilet break pun sempat pergi dua kali je sehari dalam time office. Lunch break setengah jam (kalau bernasib baik). Hai... dah macam keje swasta dah ni. Tapi, ada rasa fulfillment la, sebab terasa full 8 hours kerja. Hehe..Sampai fb ke, blogging pun tak sempat.

Ke lain pulak perginya mukadimah.

Yang sebenarnya, entry kali ini nak compilekan saat-saat smart mouth anak daraku itew, sebelum aku terlupa. Isk.. cik adik tu, kadang-kadang tak terlawan dah cakap dia. Jangan besar nanti jadi lawyer sudah la ye..


1. Kes Pertama

Masa kat Doha, tengah dinner. Dia duk cakap sambil makan, dia baru belajar about man and woman, so dia cakapla, Daddy's a man, Mommy's a woman. Pastu, Tok Mak dia tanya, "How about me?" Dia kata, Tok Mak's an old woman. hehe..

Pastu, aunty dia tegur la, kata kat dia, "It's nicer if you say - you're an old lady".

Dia boleh jawab apa tau? Dia kata "No, I'm a little girl." Like.. duh!~ Sabar ajela adanya...


2. Kes Kedua

Ada satu hari, masa makan tengah hari. Dia minta dessert kot, so aku bagi dia chocolate sikit, kalau tak silap.

Bila yang sikit tu dah habis, dia nak lagi. Aku kata kat dia, "No, one only." Dia balas balik, "Two only mom..." Isk budak ni...

Aku kata kat dia,"You cannot have too much chocolate. If you do, you'll grow big like a giant, and you won't fit into the house anymore!" Konon-konon nak takutkan dia la. Selambak je dia jawab kat aku, " Then you'll have to build a bigger house for me." I was like.... eh-eh budak ni...


Setakat ni, itu je la pulak yang aku ingat. Hmmm.. Dah mengantuk kot? Takpela. Lain kali bila aku ingat aku buat entry lagi. Supaya, aku boleh kenang sambil senyum-senyum, nanti bila aku tengok balik entry aku masa Sarah dah besar, dah sekolah, nak sambung belajar dan duduk jauh dari aku n hubby. Sedih pulak rasa. Mesti sedar tak sedar, tiba-tiba sampai je masa tu.. Sigh!~ (Btw, she'll be 3 in 10 days!!)

You mean the world to me Sarah. I know i might not be the best mom in the whole world, but do know that you're one of the best things that had ever happened for mommy and daddy. You'll always be my little baby, sayang-girl. Mommy loves you so very much!

No comments: