Friday, November 05, 2004

Raya
Hmm.. kejap je.. dah tinggal kurang 10 hari nak raya. Seperti raya2 beberapa thn kebelakangan nih, kemeriahan raya dah tak begitu terasa. Tak macam maa budak2 dulu. Ingat lagi, seblom blk kg, mama n baba bwk shopping kat area chow kit (dulu tmpt ni blom jadik little jakarta). On the way nak bali, rasa penat and dahaga gila2, mintak mama belikan air..hehe.. bukak pose seblom masuk maghrib ler jawabnya. Pastu nanti, 2-3 hari seblom raya, kitorg bertiga (me, mama, fadzlee) akan naik bas utk balik kg. Baba tak ikut.. dia biasa dtg lewat sket..masa raya.. or slalu kena ourstation masa tuh. Dia slalu akan hantar kitorg ke puduraya. Gilo byk org... pastuh, b4 naik bas, mama akan beli kek kat aunty jual kek kat puduraya tuh, buat bekal kitorg adik beradik dlm bas. Nanti sampai kg, arwah atuk amek naik keta ford hijau dia. Pastu, sehari seblom raya, nenek sibuk tangkap ayam, atuk sembelih ayam, nenek buat rendang n lemang, amek daun kelapa buat ketupat. Semuala buat sendiri.. takde pun lemang/ketupat "tunjuk" macam skarang. Syok sungguh.. ada sekali tu, kebetulan baba ikut skali balik tlg preparation raya kat kampung.. Ada dia buat magic amende ntah pakai api.. telan api ke macam mana ntah...Macam dlm tv woo.. perhhh!!!

Skarang, dah takde kemeriahan macam tu. Penat ada. Nak balik kg, kalau dulu bolehlepak aje dlm bas or keta, skang kena drive. Tgh2 pose nih, org pun bwk keta mcm orang gila. Menguji sungguh! Jam plak tu... kat highway jam.. isk.. seksa betul. Nenek pun skang dah tak daya nak buat lemang.. takde sapa nak tlg carikkan buluh pun.. so, mmg every year pak uteh belikan lemang 2-3 batang. mahal woo lemang.. at least rm8 sebatang harga dia. Bukan tentu masak ke tak pun isi dia lagik. :p Yang mmg konfem nenek buat, nasi himpit, rendang daging, ayam masak merak, kuah kacang, kuah lodeh dan yg best skalik, TAPAI.. umm.. sodapnyooo... Tapi tu lah..pendek katanya, mmg raya skang tak semeriah dulu, sbb umur dah lanjut kot. Mungkin nanti bila dah ada anak sendiri, kemeriahan tu datang balik, dlm caranya tersendiri.

Bulan ramadhan yg hanpir berlalu nih.. tak taula macam mana prestasi thn ni nak berbanding ngan thn lepas. Mengikut firasat sendiri, rasanya ok kot banding ngan thn lepas. Hehe..ok sket la kalau tak byk pun. Macam mana pun, semoga Allah pjgkan usia semoga dapat bertemu lagi dgn ramadhan thn hadapan... (berdua..hehe) insyaAllah.

Cerita Kawen
Excited cerita pasal nak kawin nih. Terbayang nanti pakai baju spesel la dr orang lain.. mekap pun 2-3 inci lebih dari org lain.. (hehehe..) pastu tepuk dahi bila bil2 sampai. Hadushhh.. kenapa la kawen nih mahal sangat? Huhu..

Tak tau la.. skang ni sebenarnya jiwa raga berkecamuk bila fikir pasal kawin. Memula bila pk pasal kahwin, seronok sangat, sbb akan berkongsi hidup dgn org yg amat kita sayang dan org tu jugak sudi untuk hidup bersama dan menyayangi kita sepenuh hati. Baru nak berangan pergi honeymoon kejap (hehe...angan2 itu penting!), mmenatang projek masters ni pulak enter frame. Isk.. mula la rasa menyampah, bengang dan stressed nak mampus2. Takut2 kalau tak dapat nak siapkan ikut perancangan. Huhuhu.. camne pun, walau apa pun yang jadik, kena redha. Sbb Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya. *pujuk hati spy bersabau byk*.

tapi tu la, bila fikir masters yg tak nampak lagi penghujungnya, kolam mata nih pun makin penuh, selalunya tak dapat nak ditampung airnya, dan selalunya, mmg berguguran ler air mata membasahi pipi, bantal, baju, telekung.. apa2 je lah yg tgh pakai masa rasa syahdu camtuh. Sedey, tertekan.. semua bercampur. Rasa satu beban yg berat. Macam everyone is counting on me, pressuring me to complete my work. I do want to complete it as soon as i can... but my search for the end of the line is not successful just yet. Its a whirlwinding road for me.

Masa ni, terpikir..kalau la pernah pada satu masa buat keputusan yang paling tak tepat, inilah dia... keputusan utk buat masters by research. Pengajaran utk aku buat masa depan. Jangan ikut cakap orang. (bukan salahkan sesiap yg mungkin telah influence aku utk amek masters nih..tp ingatkan diri sendiri utk ukur baju di badan snirik). Tp, oleh sbb mende nih dah jadik, kena harung jugakla walaupun sekuat mana ribut yang melanda. Orang islam hatinya kena teguh. Takpe.. i can do this, Allah will help me. Aku yakin pada kekuasaanNya. *kesat air mata* Feeling very fragile at this moment. (Thanks honey for being there for me, supporting me and being the wind beneath my wings.)

Oleh sbb master nih jugakla.. tak dpt buat keputusan lagi bila nak balik raya.. Huhu.. :(

Dah...malas nak blog lagik.. keje menimbun lagi.. Tp nk kuar jap g pekan ngan azno.. redakan kemarahan dan kestressan sambil carik tudung. :|

Cheers.

No comments: