Monday, September 08, 2008

Tensen di Bulan Puasa

Urghh.. akukalau kena buat paper nak pergi lawatan luar negara, mmg aku akan tension. Ditambah pulak kalau bos kata aku ygkena pergi, makin aku tensen. Lepas tu YBM nak pergi pulak. Lagi gila babas aku tensen. Pendek kata mmg hanging satu badan sbb aku rasa menda ni mmg useless dan menghabiskan duit rakyat. Hanya sesuai utk org2 yang hadap sangat nak pergi overseas tapi tak tau malu, guna duit orang instead of duit sendiri. How revolting.

Revolting as it is, dah mende tu namanya keje, kena la buat jugak. Tapi macam frust la sikit sbb i wish i'm doing something better for the nation. Sigh!~

Dalam kena buat paper, sempat gak lawat blog CheDet. Kadang2 baca komen orang kat situ rasa mcm geram sikit. Beriya2 suruh Tun amek tindakan, asking him how to go about things. Tolonglah, dia sepatutnya dah berehat sekarang, bukannya pening2 kepala fikir abt keadaan negara yang tak tentu hala sekarang ni. He has done his part, quitting Umno, openly critisizing what he feels is not right and much more. It's time kita-kita ni la yang take action. Tapi kan.. i wish i know what kind of actions that we golongan marhein ni boleh amek. Sigh!~ Sedih, geram benci, marah, stress kalau baca menda2 politik ni sangat... esp abt si bapak mertua dan menantu itu.

Sigh, sigh dan sigh lagi..

Anyways, on a lighter note, dah masuk 8 hari berpuasa hari ni. Alhamdulillah, setakat ni tak jejak lagi kaki ke Bazar Ramadhan. Kalau thn2 lepas, wajib pergi tiap2 hari, nak cari lauk berbuka. Thn ni, boleh dikatakan tiap2 hari i masak utk berbuka. Heheh. Lauk2 konvensional lak tu, bukanla lauk2 ikut sukahati gua je. Hehe. Conth masakan yang telah berjaya ditry termasuklah kurma ayam, kobis masak lemak, ikan masak taucu, sambal sotong, sambal ikan. Hehehe. Takdela dish yang hebat2 ponn.. dish biasa2 je. Tapi aku sendiri agak kagum la sbb aku ni bukannya reti masak. :p Bila tiap2 hari dapat masak, tak beli langsung dari bazar ramadhan, rasa kagum gak dgn diri sendiri. Hehhe.. Bukan riak ye..

Harini macam nak try kailan goreng ikan masin.. tapi masa nak beli kailan haritu buruk2 semuanya.. Mungkin masak tom yam kot(tak pernah try nih) .. pastu sayur yang my little girl buleh makan... goreng taugeh campur chives, pastu masak sambal goreng tanpa cili.. so tht little girl buleh makan tempe n tauhu tu. Hihi.. Beriya2 nak masak nih...

No comments: