Wednesday, October 29, 2008

Open House Raya

Bila last aku post haritu ek?? entahla.. rasa macam dah lama dah.. tapi tak la lama sangat kot. Anyways, banyak perkara yang dah berlaku. Takziah kepada Dr Bad sekeluarga atas pemergian K.Midah. Kalau fikirkan tahap2 pemikiran kita yang biasa2 ni, rasa kesian kat anak2 dia. Macam mana la diorang nanti. Tapi, bila fikir balik, sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu, dan Allah sentiasa memberi yang terbaik kepada hambaNya. Aku ingat lagi, pernah satu malam masa Family Day Hj Rusli kat Melaka, i was up crying half the night terfikir what if i die tomorrow and what will become of my daughter. So young and so dependant of me. Tapi, fikir2 balik, semuanya ketetapan Allah. InsyaAllah, kalau kita minta dari Dia yang baik2 utk anak dan keluarga, insyaAllah di beri. Mungkin bukan ikut apa yang kita minta, tapi ikut apa yang terbaik untuk kita, walaupun pada masa tu kita tak rasa benda tu yang terbaik. Semua orang pun tahu kan benda tu, tapi sama2 la kita remind each other ye. :)

Selain citer sedih, ada jugak citer gembira. Nura dah selamat kat Fukuoka, dah beli beskal, danish dah nak masuk skolah, cik abang dia nak belajar Nihon.. Waa.. bestnye. CikD pun dah nak ke jepun gak tak lama lagi. Pastu kang nurul pulak akan menyusul. Aku?? Hehehe.. entah. Kalau ada rezeki, aku pun nak buat masters tapi, bukan sambung yang aku dah tergantung dulu. Aku nak buka episod baru.. hehe.. aku nak buat masters in economy or something along that line, memandangkan kerja aku lebih ke arah itu. Tapi, susah la nak dapat ke obersi kalau pelajaran tu ada offer kat sini. Hmm.. Tengokla nanti macam mana. Tunggu aku dah 48 confirm dulu ye. Baru selesa nak cuti belajar pun. :) Tak lama lagi dah tu, insyaAllah... ;)

Sigh!~ Boring la kat umah, hasben tadek. Detachment Beijing 2 minggu. Kalau Beijing bukan winter sekarang ni, best gak kalau ikut kan. Tapi leceh jugak, pasal makan. Hasben pun kali ni pegi segala makanan dihangkut dari umah, termasuk susu UHT. Melamine scare punya pasal. hmm.. nak buat camne kan. Better be safe than sorry.

eh.. tajukpostingni open house kan, tadi? Hehe.. takde kena mengena langsung dengan posting. Ala, open house, biasa la raya2 ni. Tiap2 weekend ada orang buat open house. Kat office pulak, selang dua tiga hari ada je bahagian buat open house. Puasa 6 pun tak sempat. Heh. Hampeh je kan? Galok sgt gi open house sampai puasa 6 thn ni tergadai. Huhu.. Bengong betul. Anyways... lepas dah habis pesta open house ni, buleh la start bayar hutang puasa. Uhuhu.. Kurangkan balik berat yang ditambah semasa pergi ke open house demi open house... Huhuhu...

1 comment:

m.e.m.e said...

aku arini tak berbasikal...urat2 aku demam...ahahhaha sakit badan....akan diusahakan selepas ini...slow2..badan aku terkezut agaknya dah lama dimanjakan...

aku terkejut gak pasal Dr Bad walau pn aku tak kenal arwah tp dari citer ko n aznor aku pun turut sama sedey gaks n terpikir camne kalau aku takde nnt? sapa nk jaga danish? but betul kata ko...DIA MAHA MENGETAHUI dan DIA tak akan pernah menganiaya hambaNYA.