Friday, August 21, 2009

Pot Luck Ramadhan

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bertemu lagi bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, insyaAllah.

Sempena menyamput ketibaan Ramadhan, bahagian kami (yang akan dipecah-pecahkan tidak lama lagi khabarnya) buat makan-makan sikit. Masing-masing bawa potluck sorang sikit. Ada yang bawak dalca, sambal tempoyak, gulai udang dengan nenas, uish.. bila dah keluarkan semua potluck tu, dari hujung sini, sampai hujung sinun... heheh. Penuh meja.

My menu? Aku bawa spaghetti bolognese, sebabnya aku rasa itu je yang sempat nak dibuat. Pulak tu, puan ada bagi aku sepokok oregano untuk ditanam, jadi aku amek kesempatan dah ada fresh oregano tu untuk buat bolognese sauce dan dimakan bersama spaghetti. Pagi-pagi konon nak bangun setengah jam lebih awal dari biasa untuk masak (pukul 5 pagi).. Alih-alih, bangun macam biasa gak. Heheh. Terpaksa minta excuse dari bos untuk masuk lewat sikit. Nasib baik bos i sporting. :)

Lagi satu menu, aku bawak banana pie. Resepi yang baru first time aku cuba, diambil dari majalah women's weekly. Senang dan nampak sedap, aku gamble je buat dan bawak ke opis.

Verdict? For both, budak2 kat opis kata sedap you.. Chewahh... kembang semangkuk i kejap. Nasib baik i pakai PB.. takla kembang sangat. Hehehe... Lady boss siap cakap "You ni pandai masak la." Ewahh... Huhuh.. Melonjak-lonjak rasa di hati. Iyela,orang tak pandai masak tiba-tiba kena puji pandai masak pulak. Kih kih kih... kelakar pun ada.

Dia tak tau.. spaghetti bolognese tu je la yang aku reti masak dari jaman dolu-dolu. Hihihi.. Benda lain?? Hagham tak reti. :p

Alhamdulillah, lain kali buleh la nak masak-masak bawak kat opis lagi.. Itupun, kalau masih di bahagian ini. Kalau kena transfer ke bahagian lain, dengan perangai-perangai poyo kebanyakan officer kat kementerian ni.. Isk... patahlah hatiiiii.... :(

Selamat berpuasa. Jangan lupa niat puasa nanti ye.

No comments: