Monday, December 13, 2004

Hmm.. 2nd posting of the day. Tadi tgh buat kerja, pastu rasa cam lapar pulak, eventhough had a huge breakfast this morning.. ish ish.. Anyways, sbb taknak fikir abt food sangat, carik listing utk boutiques/tailors yang boleh buat nyonya kebaya in penang(Kalau ada sesapa yang tau, tlg post msg bitau kat mana ek?Tq.). Ada satu site ni kata there's one in komtar yang oleh buat nyonya kebaya for rm220. Hmm.. a little pricey la pulak. Budget around rm 150 je. Kena carik lain la pulak.

So, continued browsing.. pastu jumpa this site, a married lady with kids. Baca weblog dia, terus rasa sedey sangat2, sebak sungguh. Why? Dr apa yang ditulis, menampakkan yang sekarang dia tgh face dgn satu masalah, yang utk org yg dah kawen, kira besarla. Her husband's having an affair, and tgh pujuk dia utk terima kehadiran the other person in their married life. Tak taula.. mungkin pada orang lain, cerita tu biasa. Tapi, ntahla... it struck me really hard. Buat aku rasa cam risau pulak. Bukannya aku nak buruk sangka kat my other half... but the future is not ours to tell kan... jadi, risau tu tetap ada.

Terasa kesedihan lady tu. Diorang dah kawen 8 thn, dah ada anak pun. Sedihnya, dia cuba fahami suami dia, cuba cari mana kesalahan dia, berharap agar suami dpt sayangi dia dan hanya dia... tapi husband dia boleh ckp try to view it with an open mind. Tahik tak? Dia kata hati dia hancur bila dgr hubby ckp mcm tu. Kalau aku pun, hati aku akan hancur. Even sekarang, dlm keadaan belum kawen ni aku dah sedey, apa pulak bila dah kawen, bila segalanya dah dikongsi bersama. Tak terbayang sedihnya. Bukan setakat hancur je... dah takde perkataan nak describe apa akan jadik kat hati aku kalau terima nasib macam tu.

Kadang2 macam tak paham. Kenapa ada perempuan yang sampai hati nak buat benda macam ni kat perempuan lain. Diorang tak fikir ke kalau benda tu jadik kat diorang balik. Aku pernah tanya kat sorang kakak ni dulu, masa aku keje. Dia ada affair ngan laki orang. Dia kata, kalau dia tak buat dulu, orang lain akan buat kat dia. Entahla. Pendapat orang macam2. Adakalanya, memang takdir tuhan... Tapi, kadang2, orang tuding jari kat takdir, walaupun sebenarnya diorang sendiri yang carik penyakit. It really takes two to tango. Kalau sebelah pihak je yang nak, tapi yang satu lagi tak layan, takkan ke mana. Tapi, aku sedar, perlakuan hati ni tak dapat nak diagak. Kalau hati nak suka, dia suka, kalau dia nak sayang, dia sayang. Tak dapat kita nak tegah. Tapi, tuhan anugerahkan kita akal. Akal memandu hati. Perasaan hati tak boleh dicontrol, tapi perlakuan kita boleh dicontrol oleh akal. Kalau kita dah tau yang kita nak sayang tu milik orang lain, korbankanla sayang yang baru nak berputik tu untuk kasih sayang yang dah lama terjalin. Kumbang bukan sekor... Lelaki pun bukannya sorang. Kalau rasa pengorbanan camtu pun dah teramat besar, bayangkanla pulak pengorbanan si isteri tu, berkali2 ganda lebih besar. Bukan cakap takbur. Na'uzubillah. tak niat pun. Tapi, bila baca cerita2 abt men who strays, aku rasa sedey n takut. sangat takut kalau ia terjadi pada aku. Aku tak rasa aku cukup kuat utk hadapi. sebab tu aku rasa sedey sangat.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

-Al Baqarah, 286

No comments: