Monday, December 20, 2004

Weekend-Full-of-Fun
Best weekend lepas.. Dua2 hari tu jam packed with activities. A lot funner than just lazing around at home la, for orang yang suka berjalan2 like me. Hehe.

Saturday morning, aznor n i went to Roziana's wedding near here. Apa nama tmpt tu ntah... lupa. Cool wedding sbb ada 2 pasang pengnatin. It was totally kampung syle, so sangat meriah. Siap ada lucky draw tuuuu... 1st time gi umah kenduri buat lucky draw. Siap pasang karaoke lagik.. Bebudak la ramai join joget lambak. Hehe.. Rasanya lucky draw tu utk penanggah2 kot (penanggah tu org yg keja2 masa kenduri, ikut kata org penang, bentara kot kalau tak silap), sebab kitorang tak dapat nombor pun? Dapat pot pourri comel je. :) Tima kasih roziana n family sbb jemput kami mkn kenduri. :D

Balik from kenduri, tunggu aznor n cikD siap, bergegas pulak ke Penang, jumpa kak salmi. Teman kak salmi carik baju, sesambil kitorang pun jugak jamu mata, carik apa yg patut. Hisy.. dalam takde duit tu kan, dapat gak baju selai.. hampes betul. :p Round2 kat KBJ tu dah sampai tak larat nak jalan, last2 me n CikD lepak kat uncle mango juice sampai diorang habis shopping kat cosmart. Pastu, balik ke halaman areka, nak solat maghrib.

Dah freshen up n solat, gih teluk tempoyak nak layan ikan bakar pulak. Perhhh... ramai giler... Ye la, hujung minggu, tambah plak lagi orang br dpt bonus kan. Meriah sungguh la. Azno tunjuk kat brader tu nak ikan kim-chu sbb dia kata masa dia mkn ngan abg long n ruza, sedap.. sbb ikan ni kacukan siakap ngan ikan apa ntah.. tp sedapla.. Akak lak tunjuk ikan kerapu sbb teringat ke'best'an makan ikan kerapu sweet n sour masa buka puasa arituh. So.. sbb brader tu melayan ramai orang sgt, kena la buat gimmick sket kasik brader tu pay attention kat permintaan kitorang kan. So, laung la kat brader tu.. "Nake ikan kim-chu ni ngan ikan keparu".. Berkesan!! Terus brader tu toleh. "Ikan keparu?" kata dia. Kitorang pun tersengih sengih... dan brader tu amek ikan2 yang kitorang nak, tambah udang sket atas request akak dan menimbang mende2 tu semua seblom dibakar untuk santapan kitorang mlm tu.

Pas order ikan, masing2 bertebaran lak carik air, order sotong, tunngu meja.. semua air 9kecuali air akak) licin seblom ikan siap.. sbb lama sangat nunggu nye. So, kitorang pun order la lagi satu jag air kelapa... Akibatnya, bial dah makan nasik n ratah ikan sumer, balas plak ngan air... sengkak ler memasing mlm tu.

Habis makan, gi plak ke sg nibong.. PESTAAAAA!!! Hehe.. camnela bley tercampak ke pesta lak nih. Ader la orang tu nak sgt2 naik rides... ada sorang tu plak beriyer nak carik kebaya nyonya.. macamla byk duitnya. Anyways, pergi jugakla kan, jam giler!!! Seb baik akak drive keta auto... tp kesianla kat akak.. sah2 penat, tp diikut gak perngai adik2 nih. Muehehe... best betul akak ni. :) Caayang akak. Parking gilo jauh.. sempat la bakar balik nasik yg kitorang mkn sblm tu kan. Park kat area perumahan... mmg pandai org kat situ buat duit. Parking kat situ kena carge 3 hengget tu. Isk..

Masuk pesta, waduhhh... ramainya umatttt!!! Jalan punya jalan, jumpa karpet murah.. adela org teringin beli karpet pulak... Jalan lagi, jumpa pulak kebaya nyonya, excited la minah sorang tu nak2 beli kebaya nyonya kaler pink.. pastu barula jumpe ride and excited giler la minah sorang ni nak naik ride. Malangnya, dia pergi ngan orang2 yang seriau kena lambung2 ni, dahla lepas makan kan, so.. takde orang nak teman dia naik ride, terpaksala kitorang meninggalkan kawasan ride tu dgn sorang member yang hampa tak dapat naik ride... tapi kitorang ckp kat dia, nnt pegi lagi ek... so dia pun kata oke n senyum balik. Muehehee.. sape dia ek? ;)

Pusing pesta sampai abes, pastu blk.. Tak larat dah kaki nak menanggung. Teman dulu akak balik umah, pastu br la kitorg blk ke umah masing2. Penat, tp sangat best. Selasa ni, kalau takde aral, insyaAllah, sampaila lagi kitorang ke pesta tu. Berjaya la pesta mengutip rm8 sorang dr kami utk entrance fee... dan dapatla kawan sorang tu naik ride, n yg sorang lagi tu kalau ada duit, dapat la dia kebaya nyonya yang dia teringin sangat2 tu. Termakan hasutan tv3 sungguh. Isk.. nih la.. effects of effective advertising. Tahik betul. :p

Sunday, 11.30 pagi kena ada kat campus, nak naik bas kol 12 nak pergi padang MPSP utk demo silat sempena KArnival Silat Nusantara 2004. Kena jemur sepetang kat padang tu. Bayangkanla, dok kat tenagh padang time tengahari rembang tu.. Kol 2.30 beridri kat tgh panas sampai habis semua kol 5.45 lebih kurang. Dah tak tau nak kata rasa macam mana. Masa demo, mcm kalut sket sbb masing2 tak berpeluang nak practice beramai2... practice dlm cawangan je kan, jadi, hasilnya tak begitu memuaskan la. Macam mana pun, kitorang dah cuba buat yang terbaik (sampai ada yg terkoyak2 seluar), jadik, apa yg jadi tu, redha je la. Baik ke buruk ke, ada la hikmah kejadiannya tu.

Blk dlm kol 6 ptg, tak habis lagi keinginan nak berjalan tu.. oleh sbb member suka berjalan pun ada kan. Gih megamall pulak.. azeno yg ajak.. (heheh) Lepak solat asar n maghrib, ada gak hati nk tgk ocean's 12, tp timing tak sesuai.. so, scrap the idea. LAst2 gi makan n jenjln carik menda2. Balun roti beberapa bijik (malu nak sebut berapa bijik sbb byk sgt), sambung lak ngan belasah ayam kat mcD.. pastu jenjln, tgk kasut, carik birthday card, carik jeans, last2, yang dapatnya, small make-up case, sorang satu.. sbb menda tu plg murah.. rm5 dapat 2 bijik. Ooo.. yang minah sorang ni plak sempat beli barney kecik nk bagik kat bakal mak mertua dia n bantal tengkuk Jack2 from McD..tuh la.. dlm pada takde duit tu kan.. Isk.. (CikD: Hehehee.. aku dah ade jack2 yeay yeay!!! Nnt nak pakai utk tdo dlm bas!! :D )

Dah la tu... 2 hari punya menda posting berjela2.. Nak kena sambung tulis codes. Td jumpa Dr Os dah beriya2 ckp by March dah boleh tulis thesis... Dr pun pelik. Kuang3.. Cheers everyone!

No comments: