Tuesday, January 04, 2005

Alhamdulillah... pagi ni, walaupun masih dlm zon PMS, mood macam dah ok sikit. Takla macam smlm... perasaan macam rojak. Nak marah ada, nak nangis ada, nak mencarut ada... semua cukup. Pagi ni, tenang sikit... ibarat lautan tenang selepas tsunami. :) Baru la ada mood nak blogging. :D

Umah Azeno
Jumaat petang, kitorang berbondoi2 menuju ke umah azeno, menaiki AEG yang sarat dgn barang2 azeno, spt kebiasaan bila minah ni balik umah. Hehehe.. jgn marah naaa.. Sampai lewat, dedekat maghrib. So, lepas mandi2 n solat, azeno bawak kitorg gi megoplex utk beli dinner bwk blk umah. Mama dia tak sempat nak masak sbb kena gih kenduri. Takpe makcik.. apa yg ada kitorang bedal. :) Balik umah, masing2 makan ler apa yg dah dibeli. Abg Ngah tak join pulak.. malu kot? Muehehee...

Pas makan, lepak2, mlm sket bila abg ngah dah tak conquer tv, layan lak The Stepford Wives. Hehe..menarik gak ek citer tuh. Konon semangat berkobar2 nak tgk Incredibles la, Alias la.. Hampeh.. layan mata jer la atas katil. Wahahaa.

Next day, seperti yang dah diceritakan oleh azeno di blognya, kitorang meyongket, tempah baju dan sebagainya.. sampai pakcik sound la kan. Kuang3.. Adei..sorila pakcik. Susah carik parking.. orang ramai la kat JJ. Heeeheee... Apa yg terjadi sepanjang hari Sabtu tu, seperti yang diceritakan oleh azeno.

Sunday, hari kenduri abg long nak g haji + kenduri house warming. Isk.. bagush nye abg long.. Muda muda dah gih haji. Bertuah sapa jadik bini dia. :) Sesapa nak try, silala hantar borang kat azeno. Kita dah takleh dah... single but unavailable. MUahaha..

Pagi lepas breakfast nasik goreng n telur goreng, tolong2 sikit2.. Hehe..Sangat sikit. Hehe... Tlg amende ntah. sikit sangat sampai tak ingat. Lepas tu, tgk2 suratkhabar ttg update tsunami... UIshh.. teruk rupanya. Insaf, hak Dia, Dia nak amek, bila2 masa je. Itupun ada lagi puak2 yg tak sedar diri, masih adakan konsert. Bila ditanya, kenapa masih adakan konsert.. alasannya, konsert tu tertutup, nak hiburkan hati. Tahik. Hiburkan hati dgn hiburan jer la taunya.. Kan ke lagi elok hiburkan hati dgn baca quran ke, mohon doa dikuatkan semangat mangsa tsunami ke. Bukannya niat nak jadi ustazah... cuma, sedih, sbb ada golongan orang yang cenggini. Ketua menteri negeti tu pun sama je, ye la, terpaksala pertahankan diri bila perkara tu dah masuk berita terkini kan. Macam ni ke pemimpin? Tak sensitif langsung kat penderitaan orang lain. Memang la, life must go on.. tapi apa kata tragedi tu jadik kat diri kita. Baru tau, susah senangnya utk go on with life. Baru tau langit tinggi rendah. Tuhan dah bagi petunjuk pun tak nak amek iktibar. Bukan nak tujuk baik atau beriman... cuma luahkan rasa tak puas hati. bak kata abg long, bising kat meja makan je, orang yg dlm tv tu tak dgr. Ni nak diperdgrkan kat internet... manala tau, ketua menteri melaka tu baca.

Emosi pulak. Hehe.. nways, lepas layan paper, masuk blk, konon nak baca majalah... pastu majalah kemana, orgnya dah tergolek2. sampai kol 11, makcik masuk bilik suruh siap, baru terkebil2 masing2 nak gerak. Siap2, baca yasin, doa, pastu, makan time. Masa tu, ingat takmo makan lagi, sbb nasik goreng pagi tadi pun tak habis hadam agi kat dlm perut. Pastu makcik suruh gak makan. Dia kata kang orag katering tu balik, dah takde mende dah nak makan. Dia suruh kitorg makan banyak2... dan itulah yang kitorg lakukan. Hehe.. ye la.. kenala ikut kata kan? :) Masa orang sume nak kuar, abg ngah tersengih sengih dari jauh macam kerang. aku n cikD tgh sambung layan paper, tunggu org reda sket. Pastu abg ngah laung.. "Ni paksu!".. Yang dikata paksu tu, dok tersipu, pastu marah kat abg ngah sambil tergelak2. Hampes. Nak kenakan kitorag lak. :p

Proceed g meja makan, dan bersantap sepuasnya dgn lauk spt yang dikatakan oleh CikD. Habis makan, lepak2 kat meja jap sementara kasik nasik turun, nampak abg Ngah dr jauh dok pandang2 n gelak2..isk.. nasib baik dia tinggi n lagik besar.. kalau tak bley gak nak sekeh. Isk..

Pastu, sesi melepak lagi sampai petang. Petang bila semua dah kemas2, tea pulak. Makan choc cake orang sebelah kasik. Sedapppp.. Pastu abg Ngah siap2 nak balik. Mlm, lepas maghrib, prepare dinner lak. Abg Long bising, katanya tak sempat nak lapar dah makan lagi. Hehehe.. takpela abg Long. Kang kat mekah teringat2 lak lauk kat sini. Haa.. makan puas2. So, kitorg pun makan ler beramai sambil tgk tv. Hajat nak blk ptg ahad pun terkubur la sbb masing2 dah penat. azno, penat mengemas ke hape, tak pasti lak (hehe) yang pastinya, aku ngan cikD penat giler... bukan penat mengemas.. penat makan. :D *Burp!~* Alhamdulillah....

Monday morning, breakfast je dah sental nasik. Lauk daging minang semalam masih best. Habis bfast, kitorg pun berarak balik kampus. Smpt gak beli kek blackforest kat kedai best. Mmg sedap. Yummm!! Balik kampus, rasa mood cam tak best lak.. sampai malam. :(

Hari ni, dah ok blk. Nasib baik mood tak ceria tu tak bertahan lama. Sesapa yang tersa hati smlm.. mintak maaf banyak2 ek. Series.. tak pernah bermaksud nak sakitkan hati sesape. :|

Tadi Nura br datang, ambil almari plastik kat rumah tu, dia kata storage kat umah tak cukup nak simpan baju amir yg banyak. Hehe.. baju amir ke baju dia? ;) Oleh sbb dah takde tmpt nak letak barang, terpaksala esok ajak azeno g tesco, carik rak murah. Sesambil tu, bley makan claypot rice kat tesco. Sedap woo!! Hehe... diet? Ermm... diet tu hape?

No comments: