Wednesday, March 26, 2008

My two cents..

Hehe.. k.Ghazi. Hehehe.. tentera laut ye... KD Pelanduk.. :D

Wah.. panjang gak replies untuk posting yg lepas ek. Well... here's my two cents on things:

On NEP and nepotism -
First and foremost.. yang dok persoal NEP ni, faham tak tujuan NEP ni and why NEP diadakan. Yes, back to history. NEP diperkenal tahun 1970, setahun slps terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kenapa 13 Mei jadi? Sbb rasa tak puas hati antara kaum yang disebabkan oleh ketakseimbangan ekonomi antara kaum. Salah satu matlamat DEB - utk pastikan 30% pegangan ekuiti di kalangan Bumi (Bumi bukan bermaksud melayu saja ye). Setakat harini, pegangan ekuiti Bumi dalam 18% je. Atas sikit je dari separuh. When we look at it,kaum lain dah start berdagang/business sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka... whereas Bumi berniaga, lepas merdeka.. itu pun berapa ketul sangat. so kita nak bandingkan pencapaian orang yang dah berniaga beratus tahun lebih awal dengan orang yang baru nak mula... tak adil sangat kan? tht's why ada inisiatif untuk bantu orang yang baru nak meniaga ni.

Kroni2 ni pulak. Yes, it's happening,tipu la kalau cakap benda ni tak berlaku. Tapi..bangsa lain tak berlaku ke kroni2 ni? Jadi jugak, tapi tak diperbesarkan. Contoh mudah.. job advertisement yang terang2 tulis preference utk yang boleh berbahasa dialek so-and-so.. itupun kronisme jugak.. tapi orang tak nampak itu sebagai kronisme.

If we're on a level playing ground, tak ada masalah takde NEP pun... but let's make it an equal playing field first, ok?

On sikap Melayu yang malas kononnya sbb ada advantage -

Frasa Melayu malas ni, walau pahit nak diterima, tapi memang ada betulnya. Malas, hasad dengki ni semua sikap Melayu yang patut dibuang jauh2 tapi dah bertahun2 masih ada jugak dalam diri orang Melayu. Whether or not kaum lain ada sifat ni, wallahualam, aku takleh comment sbb aku bukan dr bangsa lain. Out of respect kat bangsa lain, aku tak comment, so i think it's only fair kalau bangsa lain pun respect bangsa melayu and restrict their racial comments on their own race only. Berbalik kepada frasa tadi.. yes ada segelintir Melayu yang malas and dok harapkan insentif... the word is SEGELINTIR... tapi banyak jugak Melayu yang sedar dan berkerja keras.. Tapi, biasala, orang akan lebih nampak yang buruk2 dari yang elok2.

Again, it's back to a level playing field. Aku ada jumpa usahawan2 Melayu yang berjaya dan tak berjaya. Yg tak berjaya ni, kes terpencil disbbkan internal politics/kroni.. tapi byk yg lain sbb sabotage. Dlm industri yang didominasi oleh bukan Melayu, bila ada sykt Melayu yang nmpk able to compete, diorg try to kill this company. Ada kes lagi teruk, buat threat sana sini nak ancam nyawa org tu. Adil ke?

We have to view things objectively. Jangan sbb kita duduk dalam satu komuniti tertentu, kita terikut2 dengan what everybody says without even doing our own research nak tentukan betul ke tak apa yg orang kata (peringatan utk diri sendiri jugak). We can't just take things at face value. As a colleague with an LLB said to me, and i think it's true, when you study law, there's always three sides of a story - his story, her story and THE TRUTH.

Last, but none the least important, about jewish funding.. rasanya ramai orang kita yang tak tau abt this thing. With reference to my previous posting, ini la yang aku ckp kena tgk the bigger picture. Siapa yg dok kat belakang yg dok fund and do a puppet show nak laga2kan all the different races di Malaysia ni. Now that's the bigger picture for me. So please. kita melayu ni jgn dok dgr ckp orang je... spt allahyarham ust hanafi pesan... tgk dgn mata jgn percaya, dgr dgn telinga takleh percaya, ada akal, guna. Wallahualam.

1 comment:

Pinkwatch said...

weldone dear!!! pengupasan yang bagus... kenapa dulu2 hang tak ambik law atau politics? hehehehe...

nway, tu yang aku faham.. macam yg hang tulis.. tp I'm not so good at explaining to people.. sbb tu lah sedap2 je orang dok hentam aku dalam blog aku...

nway, bigger picture tu... macam biasalah.. orang yang digula-gula kan terhadap belah 'sana', takkan nak percaya punyer.. banyaklah alasan diaorg nanti itu ini.. macam biasa...

about d kroni tu mmg betul.. skrg nie bukan dia hanya di Penang.. di KL, Perak, Johor.. kalau nak keje mesti tau bahasa mandarin.. tu bukan nama KRONI ke?? tp yelah kan.. melayu nie.. macam Tun cakap mudah lupa.. betul2 mudah lupa... umpama org melayu jugak cakap.. kuman seberang jalan nampak, gajah depan mata pon tak nampak.. sape lagi yg perhancurkan bangsa sendiri kalau bukan melayu jugak.. oh well..

nway, yg sokong2 DAP ni, I wonder.. katakan kalau BA kononnya menang pilihanraya.. nak pulak diorg ni kasik Anwar jadi PM.. LKS or kaum2 lain dalam tu tak marah ke?? ;)