Tuesday, March 25, 2008

Kepimpinan, Kenegaraan.. KESEDARAN

Fuh!~ Baru balik ke office after 5 days in KBN Ulu Sepri, N.9. Runsing betul hati masa kat sana sbb kena tinggal sarah sensorang ngan tokmak n tok bapak dia. Bila Dan balik wednesday tu, baru senang hati sikit. Tapik leceh sbb maxis takde connection kat sana. Jembalang kuning pun takde... kat sana wilayah celcom. :( So memalam terpaksa mohon jasa baik member nak cakap ngan sarah.

Hmm.. BTN. Nak kata brainwash, tak jugak rasanya. Ada elonya hadiri kursus ni dua-tiga tahun sekali, bukan untuk apa... untuk bagi ingat kat diri sendiri. Kadang2, we're too consumed by the daily petty things that we forget to look at the bigger picture. I was reminded of that, especially pada hari terakhir, masa ditayangkan video. Video tu tunjukkan apa yang dah jadi kat iraq, thailand... akibat membawa masuk kuasa asing yang kononnya nak membantu rakyat negara tersebut, tapi yang jadi mangsa, kanak2, baby... sedih sangat. Aku ingat aku sorang je yang air mata mencurah2.. ramai lagi rupanya. Sejak jadik mak ni, emo sungguh kalau tengok benda tak elokjadik kat budak2. Kes nurin jazlin haritu pun, tak sanggup bukak paper... sbb cukup dgr citer kat tv je pun mesti mengalir air mata. *Semoga Allah cucuri rahmat terhadap roh Nurin, dah semoga penjahat tu dapat hukuman setimpal*

Back to the bigger picture thingy, i was reminded what will happen if the coalition, yang bertulangbelakangkan UMNO, tak dapat 2/3 majoriti di parlimen. In 1999 dah jadi, tapi tak ramai yang rasa (me included). Sistem biasiswa ditukar kepada PTPTN, yang telah amek hak istimewa Melayu (Ye..PTPTN yang korang bising2 kena bayar balik tu.. salah siapa???), kita kena accomodate 10% non bumi dalam MRSM, matrikulasi, merit system over quota into uni... Orang tak nampak benda2 ni satu violation terhadap hak keistimewaan orang Melayu.. aku pun sama gak.. Then, aktiviti2 yang diorg buat ingatkan kita about political tolerance amongst the different races in Malaysia. Benda ni, siapa yang lalu saat2 getir masa nak merdeka, masa negara di zaman jepun, zaman bintang tiga, faham... generasi baru (bukan saja Melayu yang mudah lupa, bangsa lain gak) belajar sejarah setakat nak lulus exam.. tak fahami dan tak hayati sejarah... aku pun.. umur nak masuk 30 baru sedar kepentingan belajar sejarah. Aku rasa sbb utama orang dok prasangka antara kaum ni sbb tak hayati sejarah... Kalau dihayati, hak istimewa orang melayu takkan dipersoal and at the same time, kita pun tak persoal hak kenegaraan bangsa lain.

Apapun, tsunami politik di negara dah jadi pun, harap2nya pemimpin2 yang dipilih oleh rakyat ni sedar diri dan jalankan tanggungjawab for the greater good..bukan untuk diri sendiri je.

Ok... penjawat awam ni nak balilk bertugas semula. :)

1 comment:

Anonymous said...

Membaca blog saudari, saya dapati yang BTN telah berjaya melaksanakan tugasnya menyemarakkan semangat perkauman.
Tahniah BTN, another mind closed.