Tuesday, November 03, 2009

Pause

Hmm.. lama jugak tak post. A lot had happened. Tak sempat nak blog. Sigh!~


Of Kuching and a Loss

Rabu lepas, aku ke Kuching, sebagai organizer seminar francais di sana. Sepatutnya di sana samapai hari Sabtu. Kiranya, buat pertama kali selepas 2 visits yanglepas aku akan duduk di Kuching lama sikit. Mungkin, kali ni, aku sempat rasa mi kolok yang sangat sinonim dengan pekan Kuching itu. Hari Rabu, lepas samapi di Kuching dalam pukul 5 petang, aku sibuk berulang alik ke airport samapai malam. Heh. Mengambil bos2 adanya.

Hari Khamis, event mula. Perasmianjam 2.30 petang. Pagi, aku ke bilik sekretariat, lepas tu bawak notebook ke cafe berhampiran utk berwi-fi dan check email penting. Sempat la minum jus nenas. Sangat sedap! Balik semula ke bilik sekretariat untuk sambung kerja.

Sambil2 buat kerja, telefon bunyi. Mama. Dia kata nenek dah tak ada. Aku cakap kat bos, terus rush amek the first flight home. Sampai di Sepang dalam pukul 6. Terus ke tanah perkuburan, tak sempat tengok nenek untuk kali terakhir. Tak ada rezeki tengok nenek.. dan.. bukan rezeki aku duduk di Kuching lebih 24 jam.

Alhamdulillah, semua perkara berkaitan pemergian nenek berjalan lancar. Nenek pun pergi dengan mudah. Mama lagi sekali berpeluang ada bersama one of her parents at their very last hour. Dulu, masa arwah atuk pergi, mama jugak orang yang terakhir ada dengan tuk. Nenek pun macam tu. Mama jaga dan teman mereka di hospital. Rezeki dia agaknya. Aku harap, aku juga berpeluang jaga mama nanti, dan sarah tak rasa beban menjaga aku bila giliran aku tiba.

Tahlil ketiga di rumah nenek selesai pada hari Sabtu. Hmm... memanglah, setiap yang hidup, pasti akan mati, kan? Lagipun di usia nenek dan keadaan dia yang tak begitu sihat kebelakangan ni, ada terdetik di hati aku yang nenek akan pergi bila mama bagitau yang dia akan teman nenek di sopotal pada hari Selasa. Walaupun dah expect kejadian itu, sedih tetap ada. Teringat dulu, masa kecil, nenek pernah jaga aku, manjakan aku. Bila aku pregnant, nenek masak macam-macam benda yang aku teringin. Sedih, aku tak dapat kerap jumpa nenek, kadang-kadang tak singgah jumpa nenek bila aku balik ke rumah mama. Kesal pun ada.

Tapi, aku rasa, nenek had a good life. Walaupun masa mudanya mungkin susah, tapi, di usia tua, i think, life had treated her better. Nenek dah berpeluang buat haji, kerjakan umrah, ada jugak makcik-makcik bawa dia berjalan, sempat jumpa cucu cicit, samapi cukur jambul cicit terbaru dalam dua minggu lepas. Masa tu la aku terakhir kali jumpa nenek.

Apapun, yang pergi, dah selesai tugas mereka di dunia. Kita yang hidup perlu teruskan hidup. Nenek, you will be missed. Al-Fatihah.

1 comment:

m.e.m.e said...

Al-Fatihah Een. Sampaikan salam aku pada mama ko. Kita kena ingat akan tugas kita yg masih belum selesai. Sama-samalah saling mengingati.