Tuesday, September 01, 2009

Ramblings

Di luar hujan. Pendingin hawa di pejabat ini pula sangat kuat. Sejuk. Hingga ke jari jemari. Tak bolehbuat kerja.. boleh type posting sahaja.. Hahaha.. Bengong.

Dalam kesejukan, aku click nlog chedet. Lama aku tak masuk, sebab blog-blog itu menambah tekanan perasaan. Don't get me wrong. Tun is very upfront dengan apa yang dibicarakan, dan dia memang ada point untuk semua benda yang dia khabarkan. More often than not, his take on any subjects are spot on. Juga, memberi kesedaran dan informasi kepada orang yang kurang tahu, like c'est moi. Ia menjadi tekanan bila keadaan negara sekarang tidak memberi prihatin terhadap apa yang Tun katakan dan dok pulun lagu tu jugak. It almost seem like, the future is pretty bleak. Sadly, we won't be living in this future. Our generation will. Kita nak wariskan bleak future ke?

Semua benda nak dipolitikkan. Negara kita baru merdeka 52 tahun. Tapi berapa banyak yang menghayati kemerdekaan? Iyalah, orang tak pernah rasa susah, tak pernah rasa zaman perang. Ye, aku pun tak pernah lalu zaman itu, tapi, dari pembelajaran Sejarah masa di sekolah, tak banyak sikit, ada penghayatan terhadap susahnya tok nenek kita dulu nak dapatkan kemerdekaan. Sorry to say ramai generasi baru ni tak sedar. Belajar sejarah tak nak. Sekolah pun tak wajib ambil kan? Yang melayu, sibuk sambut merdeka dengan rempitan di sana sini, bawak la bendera malaysia tu dengan kapcai diorang. Apa rasionalnya? Apa pengisian kemerdekaannya? Kalau tanya sorang-sorang, nanti nak jadi apa, yang boleh disumbangkan kepada negara? Pasti rata-rata cakap tak tau lagi la... Salah siapa kalau anak bangsa tak ada wawasan?

Yang non bumi pulak, asyik nak persoalkan hak keistimewaan bumi. Always want to take, but not willing to give. Tak perlu hurai banyak2. Refer to demi negara dah cukup.

Paling aku muak, sikit-sikit 1Malaysia. Sini 1Malaysia, sana 1Malaysia. Apa sebenarnya 1Malaysia ni? Everybody tak mengira kaum is Malaysian? Really? Rukunegara pun tak tentu hafal dalam bahasa kebangsaan yang betul, ada hati nak mengaku Malaysian? Pulak tu, pemimpin sendiri, utamakan politik masing-masing dari kesejahteraan negara. Satu perkara yang obviously menyumbang kepada perpaduan tak nak buat. Kata we are not ready konon. Kalau macam tu, we are not ready to become 1Malaysia. As DN said, it's more like 3 in 1 Malaysia (or 4/5/more..).

Politik berteraskan wang... akhirnya bencana. Bila agaknya politik nak bertunjangkan ilmu?

No comments: