Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri




Buat sahabat-sahabat yang jauh di mata, tetapi selalu dekat di hati, I wish all of you a Selamat Hari Raya, dan maaf zahir dan batin atas segala kesilapan, juga sebab dah lama tak contact (phone). Huhu.. Rindu memang rindu. Sangat mengharapkan satu hari nanti, angan-angan kita yang dulu untuk beraya bersama-sama berserta family masing-masing menjadi kenyataan. :)

Apa pun, semoga kalian semua berbahagia dan bergembira di hari raya, jangan makan banyak sangat, nanti susah nak diet (ni pesanan untuk aku sebanarnya), drive elok-elok ke kampung, jaga anak-anak elok-elok, jangan bagi main mercun yang boleh memutuskan jari, jangan lupa bawa penutup hidung dan mulut untuk dibekalkan kepada mereka yang memerlukan. Last but not least, kenanglah daku masa makan kuih raya (you know just how much i loveee kuih rayas, don't you??) :)

Untuk makluman, saya akan mula bercuti jumaat ni, walauppun kampung saya di sini sahaja. Sebabnya? Nursery sarah ditutup sebab ada kes HFMD. Ni pun, MIL and hubby tengah jaga dia. Kalau aa kesempatan turun ke Lembah Klang, jemputlah beraya di rumah, ya? :)

Salam lebaran! :)

No comments: